Part 23

514 29 0
                                    

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Hari penyatuan antara Tengku Aidan dan Afyra. Majlis diadakan di resort milik keluarga Tengku Aidan yang bertaraf 5 bintang. Dengar cerita harga bilik paling murah di resort itu bernilai RM5,000 semalam. Jadi tahu-tahu sajalah golongan mana yang mampu menetap di resort itu. Yang membuatkan resort itu sangat terkenal di kalangan bangsawan adalah kerana resort itu terletak di tepi pantai persendirian yang hanya boleh diakses oleh pengunjung resort itu sahaja. Sesuai untuk mereka yang inginkan privacy.

Afyra memilih untuk memakai gaun pengantin berwarna putih untuk akad nikah. Gaun yang simple tidak terlalu mengikut bentuk badan dan dilengkapi lace yang diimport dari luar negara. Manakala Tengku Aidan memakai baju melayu cekak musang berwarna putih sama seperti Afyra dan dilengkapkan dengan samping songket.

"Aku nervous la Fa, sempat tak nak lari?"

"Eish apa kau ni. Kau lari aku ambik tempat kau kang, nak ke?" jawab Faziera dengan ugutan. Faziera hanya melihat Afyra yang sedang dioles make up oleh MUA itu sambil tangan ralit scroll Instagram.

"Amboi laju je nak curi tunang orang!" Afyra mencebik.

"Yelah kau dari tadi nak lari, nak lari. Aku gantikanlah. Free-free dapat kahwin dengan Tengku Aidan.

Afyra terus menjuling mata ke atas malas ingin layan kawannya itu. Dia sedikit tidak terasa dengan apa yang dikatakan Faziera kerana dia tahu Faziera bukan orang yang akan mengkhianatinya.

Afyra sudah siap memakai gaun pengantin. Shawl juga dililit kemas pada kepalanya dengan veil di belakang. Heels 3 inci disarung, hanya untuk majlis ini Afyra korbankan kaki untuk nampak sama tinggi dengan Tengku Aidan.

"Hm cantiknya anak Mak ni. Adik nanti jadi isteri yang solehah ya. Jangan melawan cakap suami. " Puan Riani sudah bergenang air mata melihatnya anak bongsunya yang sudah cantik dengan persalinan nikah.

"Terima kasih Mak. In shaa Allah adik cuba ya. Adik cuba jadi isteri yang solehah macam Mak." Afyra terus memeluk ibunya. Berat pula hati bila sedar selepas ini dia akan mengalas tanggungjawab sebagai isteri. Tidak sangka dirinya sudah besar dan sudah layak menjadi isteri seseorang.

"Aww, jangan cry-cry la auntie. Kau pun janganlah nangis. Belum sempat nikah kang dah rosak make up tu" Faziera menyampuk lalu memeluk anak-beranak itu.

Puan Riani dan Afyra terus tergelak lalu meleraikan pelukan.

****

Mereka membuat pernikahan bertemakan beach wedding. Dewan resort itu mempunyai kawasan outdoor yang berlatar belakangkan pantai. Pelamin dengan dekorasi cantik berhiaskan bunga hidup diletakkan berlatar belakangkan pantai. Tengku Rozita yang mengambil tanggungjawab bahagian hiasan, Afyra dan Tengku Aidan ikutkan sahaja. 

Selawat lembut dialunkan. Tengku Aidan, Tengku Elias, Encik Zahid, Tok Kadi dan beberapa orang saksi sudah mengambil tempat. Afyra menyelusuri para tetamu dengan memegang sejambak bunga sambil ditemani ibu kesayangannya. Perhatian semua orang tertumpu pada Afyra yang nampak sangat cantik dan manis bak seorang puteri.

Tengku Aidan sudah tersenyum melihat bakal isterinya itu. Afyra mengambil tempat di samping ibunya di atas pelamin. Dia memegang tangan Puan Riani untuk mencari kekuatan kerana sudah mula rasa sebak. Puan Riani mengusap-usap tangan Afyra yang dihiasi henna dengan lembut, tidak dinafikan dia juga sebak untuk melepaskan anak bongsunya itu.

"Aku nikahkan dikau dengan anak perempuanku, Nurin Afyra Binti Zahid dengan mas kahwinnya RM20,000 tunai"

"Aku terima nikahnya Nurin Afyra Binti Zahid dengan mas kahwinnya RM20,000 tunai"

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now