"Assalamualaikum mak ayah" Afyra memberi salam. Dia balik ke kampung untuk memberitahu tentang berita gembira itu."Waalaikumsalam. Eh adik balik? Tak bagitahu pun" pelik Encik Zahid melihat anaknya yang tiba-tiba muncul.
"Saja buat surprise. Suka tak?" sakat Afyra.
"Ni mesti ada apa-apa ni" teka Puan Riani kerana melihat Afyra bahagia semacam.
Mereka bertiga duduk di sofa yang terletak di ruang tamu rumah itu. Afyra mengatakan dia ada sesuatu ingin diberitahu.
"Kenapa dik? Ada apa-apa jadi ke" tanya Encik Zahid.
"Tak ada lah. Mana ada apa-apa jadi. Cuma adik nak bagi mak ayah sesuatu" ucap Afyra.
"Nak bagi apa?" tanya Puan Riani.
"Menantu" sambil menunjukkan cincin di jarinya.
Encik Zahid dan Puan Riani sudah memandang satu sama lain sambil mengucapkan rasa syukur. Betapa mereka bersyukur akhirnya Afyra menerima Tengku Aidan. Mereka yakin Tengku Aidan mampu menjaga Afyra sebagaimana mereka menjaga Afyra.
"Bila nak langsungnya?" Puan Riani bertanya sambil mengesat air mata terharu.
" Adik dengan Aidan tak bincang lagi. Tapi adik rasa biarlah adik habiskan belajar adik ni dulu. Apa pendapat mak ayah?"
Memang Afyra dan Tengku Aidan belum berbincang tentang perkara ini. Tapi dia teringat masa dia menyerang pejabat Tengku Aidan dulu, dia menyatakan hasratnya untuk single sampai berumur 25 tahun dan Tengku Aidan kata dia sanggup tunggu memandangkan lagi beberapa bulan sudah masuk tahun baru.
"So new year nanti kita kahwin lah" itu lah dialogue Tengku Aidan. Ketika itu Afyra sangat marah mendengar jawapan loyar buruk Tengku Aidan itu. Kemain awal, new year terus nak kahwin. Sekarang dia rasa ingin tergelak bila mengingatkan perkara itu.
"Nanti adik dengan Aidan bincang la elok-elok. Mak dan Ayah ikut sahaja" jawapan yang tenang keluar dari mulut Puan Riani.
***
Terkejut Afyra mendapat panggilan dari Tengku Rozita mengajaknya untuk makan malam di rumah Tengku Elias. Ini tak lain tak bukan ingin membincangkan pasal dia dan Tengku Aidan lah.
Tengku Aidan menjemput Afyra dengan kereta Audi miliknya. Baru seminggu lepas, mereka berjumpa. Tak sempat nak rindu, dah jumpa balik.
"Assalamualaikum mama" ucap Afyra setelah masuk ke rumah agam milik Tengku Elias itu.
"Waalaikumsalam menantu mama. Fyra sihat?" tanya Tengku Rozita.
Sudah lama mereka tidak bertemu sejak balik dari Switzerland.
"Alhamdulilah sihat je. Mama Papa sihat?" tanya Afyra balik.
"Makin sihat lepas dengar berita gembira dari Aidan minggu lepas" tersenyum besar Tengku Rozita. Bahagia sungguh dia mendengar berita dari Aidan yang Afyra sudah menerima dirinya.
Afyra memandang Tengku Aidan dan mereka berdua terus tersenyum. Ramai yang bahagia buat mereka berdua buatkan Afyra bersyukur.
"Assalamualaikum adik iparku!" ucap Tengku Aleena yang sudah lama ingin berjumpa dengan Afyra. Dia tak dapat menyertai percutian mereka ke Switzerland kerana ada urusan kerja.
"Waalaikumsalam kak.." tergantung ayat Afyra kerana tidak tahu ingin memanggil Tengku Aleena apa. Kerana Tengku Aidan hanya memanggil Tengku Aleena dengan panggilan "Ally". Mereka cuma beza setahun jadi Tengku Aidan tidak mahu memanggilnya kakak.
"Kak Ally would be nice dear" jawab Tengku Aleena.
Laju Afyra mengangguk lalu menyalam Tengku Aleena.
Mereka semua sudah duduk di meja makan. Afyra perasan ada seorang orang gaji yang berusia 50-an bekerja untuk keluarga ini. Nampak keluarga ini melayan Mak Pah itu dengan baik walaupun Mak Pah hanya bekerja untuk mereka.
"Fyra dah decide bila nak langsung?" tanya Tengku Rozita. Wah, mak dengan mama ni memang tak sabar nak mereka kahwin ke.
"Belum lagi ma. Fyra ingat nak habiskan belajar dulu" berhati-hati Afyra menjawab. Kerana hal itu dia belum sempat untuk memberitahu Tengku Aidan.
"Next year boleh?" tanya Tengku Aidan sambil memandang Afyra. Dia juga sudah teruja untuk mengahwini perempuan yang dicintainya itu.
Afyra mengangguk sambil tersenyum sebab dia akan menamatkan Master pada bulan November.
Senang hati Tengku Elias dan Tengku Rozita melihat mereka berdua.
"Amboi Aidan, tak sabar eh nak kahwin" sindir Tengku Aleena melihat wajah teruja adiknya itu.
"Single duduk diam-diam ya. Jangan jealous" Tengku Aidan membalas balik.
Terus muncung muka kakaknya itu. Nak kahwin juga!
****
Afyra membantu Mak Pah membasuh pinggan walaupun dihalang banyak kali.
"Alaa Cik Fyra. Cik Fyra duduk je kat depan. Nanti basah baju Cik Fyra. Ni tak apa nanti Mak Pah urusukan."
"Panggil Fyra jela Mak Pah. Fyra saja nak tolong Mak Pah. Mak Pah kemaslah yang lain, pinggan ni biar Fyra basuh" jawab Afyra sambil menolak lembut bahu Mak Pah untuk jauh dari sinki.
Mak Pah cuma tersenyum melihat perwatakan Afyra itu. Dia bersyukur Tengku Aidan memilih orang yang baik seperti Afyra.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romantizm"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?