Tengku Elias, Tengku Rozita dan Tengku Aleena datang ke Melaka untuk melawat Afyra. Mereka sangat terkejut mendengar berita yang disampaikan Tengku Aidan malam tadi. Ikutkan Tengku Rozita,malam itu juga dia ingin pergi ke Melaka namun Tengku Elias menghalang. Kalau mereka sampai malam tadi, belum tentu mereka dapat melawat.
"Aidan, macam mana dengan Fyra?" tanya Tengku Rozita selepas memeluk tubuh tinggi anak lelakinya itu.
"Dia belum sedar lagi. Masih kritikal. Esok Fyra kena operate sebab tulang kaki dia retak" jawapan yang keluar dari mulut Tengku Aidan membuatkan Tengku Rozita sebak. Tak sangka bakal menantunya itu akan ditimpa musibah sebegitu.
Sebelum keluarga Tengku Aidan melawat Afyra, sempat mereka bertegur dengan keluarga Afyra untuk memberi semangat.
Tengku Aidan menemani keluarganya melawat Afyra. Tengku Rozita sudah menangis teresak-esak melihat keadaan Afyra. Manusia keji mana yang sanggup memperlakukan Afyra sebegitu rupa. Tengku Aleena hanya memeluk ibunya. Dia cuba mengawal diri dari menangis.
Tengku Elias mengajak Tengku Aidan untuk turun ke kafe hospital itu kerana ada benda yang perlu dibincangkan.
"Aidan dah tahu ke siapa yang buat?" tanya Tengku Elias.
"Dah" jawab Tengku Aidan sambil menghirup air.
"Apa Aidan nak buat? Nak serah kat polis?"
"Dia tak layak nak diserahkan kat polis. Aidan settlekan sendiri"
Tengku Elias hanya mengangguk. Dia tau anaknya itu baik tapi Tengku Aidan amat pantang bila ada orang menyakiti orang di sekelilingnya. Umpama menghidupkan harimau yang sedang tidur. Itulah Tengku Aidan.
****
"Kau nak buat apa dengan mamat tu?" tanya Megat Dhafir. Reza masih dikurung di markas milik Tengku Aidan.
"Lepas Afyra bangun baru aku settlekan dia. Sekarang ni aku nak seksa dia sikit demi sikit. Macam mana Afyra terseksa dia buat." jawab Tengku Aidan sambil memandang ke luar bangunan pejabatnya itu.
"Aku dah check, kalau dia mati pun tiada siapa cari. Dia kena buang kerja lepas Qaid buat dia kena transfer balik ke Perlis." terang Megat Dhafir.
"Kenapa dia kena buang?" pelik juga Tengku Aidan. Tiada pula Qaid laporkan tentang itu.
"Dia cuba nak songlap duit syarikat. Tapi laju dia buat kerja, dia terus lari before polis sempat tangkap dia."
Tengku Aidan hanya diam. Reza hanya menunggu masa untuk lepak underground.
***
3 minggu berlalu, namun Afyra masih belum ada tanda-tanda ingin bangun. Pembedahan kakinya berjalan lancar. Dia juga sudah melepasi tahap kritikal namun masih bergantung pada oksigen.
Sepanjang Afyra tidak menyedarkan diri, ramai yang datang melawat Afyra. Faziera juga datang melawat beberapa kali.
Tengku Aidan membuat Melaka dan Kuala Lumpur seperti sebelah rumah. Kalau tiada urusan penting, pasti dia akan melawat Afyra selepas selesai kerja. Dia cepat-cepat menyelesaikan kerja dan waktu malam dihabiskan untuk menemani Afyra yang masih belum sedar. Tengku Aidan yang sekarang seperti hilang seri. Matanya kosong seperti hilang separuh dirinya.
"Hi my pretty Afyra. Dah 3 minggu awak tidur tau" ucap Tengku Aidan dengan senyuman segaris.
"Awak tak nak bangun ke Fyra? Lama saya tunggu awak. Patutnya lagi seminggu kita kahwin tau" sambung Tengku Aidan
"Tadi Auntie Tina ada hantar gambar baju kahwin kita. She's made it Afyra. Dia buat serupa yang awak inginkan. Sama macam gambar yang awak lukis" suara Tengku Aidan mula bergetar menahan sebak.
"Awak mesti suka. So bangunlah Fyra. Kita pergi tengok tu baju tu sama-sama ya"
Lama Tengku Aidan terdiam. Makin dia berborak, makin dia takut Afyra meninggalkannya.
"Fyra, please. Saya tak kuat kalau awak terus macam ni." mengalir air mata Tengku Aidan.
Perasaan yang selama ini dia pendam baru dia dapat luahkan. Selama ini dia melawat Afyra dia cuma akan memberi kata-kata semangat pada Afyra. Dia tidak mahu buat Afyra bersedih jika dia lemah tapi kali ini dia tak mampu. Perasaan sedih dan takut yang dia rasakan terkeluar sendiri.
"Saya tahu awak dengar.. Cuma ini yang saya nak dari awak Afyra. Just wake up. Wake up and look into my eyes. Awak kekuatan saya selama ni. Macam mana saya nak hidup tanpa awak Afyra. Sejujurnya saya takut. Saya takut awak akan tinggalkan saya."
"Tapi saya tahu seorang Nurin Afyra sangat kuat. Dia mampu atasi semua ni. Wake up and come to me Afyra. I will protect you from this cruel world" sambung Tengku Aidan.
"I love you. I love you more than I love myself" ucap terakhir Tengku Aidan sebelum dia mengelap air mata di pipinya. Tengku Aidan mengatur langkah ke bilik air untuk mengambil wudhu.
Tengku Aidan seperti biasa menunaikan solat Isyak dan Solat Hajat sebelum pulang semula ke Kuala Lumpur. Sejujurnya badan dia sangat penat berulang-alik, tapi dia ingin ada ketika Afyra sedar.
****
Puan Riani dan Encik Zahid setiap hari datang ke hospital manakala Along dan Angah akan datang ketika hujung minggu.Setiap minggu juga Tengku Rozita datang ditemani Tengku Aleena. Tengku Elias tidak dapat datang kerana banyak urusan luar.
Semua urusan pernikahan Tengku Aidan dan Afyra ditangguhkan. Kedua-dua belah keluarga juga sudah memberitahu semua jemputan tentang penangguhan majlis. Yang penting sekarang ialah untuk memastikan Afyra sedar.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?