Part 45

468 28 3
                                    


"Puan saya cuma nak remind Puan pasal meeting dengan client dari London tu" Eliya menjalankan tugas amnya sebagai pembantu Afyra untuk mengingatkan tentang segala mesyuarat dan hal penting.

"Kat sini je kan?" soal Afyra yang sedang menandatangani beberapa dokumen.

"Haah Puan. Kat bilik meeting."

"Okay Eliya you may go" ucap Afyra dengan tangan menghulur dokumen-dokumen yang dia sudah siap tandatangan. Kadang-kadang clientnya ada yang mengajak untuk bermesyuarat di luar, kadang-kadang hanya di pejabat.

Kalau di pejabat sudah mudah kerjanya. Jimat duit dan tenaga. 

****

Eliya membukakan pintu untuk Afyra yang sudah terlambat untuk ke bilik mesyuarat kerana dia solat zohor tadi selepas makan tengahari. Biasalah perempuan, selepas solat kena make up semula. Jadi kena ambil masa yang lama.

"I'm so sorry, I'm late" Afyra meminta maaf pada 2 orang lelaki yang sedang duduk yang merupakan kliennya.

Kedua-dua lelaki terus berdiri untuk memandang Afyra. Senyuman diukir di bibir.

Tapi Afyra, matanya terbuntang besar. Apa yang 2 orang lelaki ini buat dia syarikat nya.

"Excuse me. Can you wait for 3 minutes? I will come back" Afyra meminta izin untuk keluar dari bilik mesyuarat itu sekejap. Tanpa menanti jawapan, Afyra terus keluar dari bilik mesyuarat itu.

"Eliya, saya nak tengok details pasal client ni"

Eliya terus menghulurkan Ipad dan di skrin Ipad itu menunjukkan segala maklumat tentang syarikat yang diwakili oleh 2 orang lelaki itu. Sah bosnya lupa untuk baca dulu tentang latar belakang klien sebelum masuk ke mesyuarat.

'Brian is the CEO of Lymex and Carl is the chief director' itu yang dibaca oleh mata Afyra.

Afyra terus masuk semula ke bilik mesyuarat apabila dia selesai membaca. Dirinya cuba ditenangkan sebaik mungkin. Nafas ditarik dalam-dalam. 

"I'm sorry for taking your time" Afyra cuba untuk menjadi profesional walaupun dia rasa pelik dengan kemunculan Carl di syarikat nya.

"It's okay Mrs. Can we continue?" ucap Brian dan disambut senyuman oleh Afyra.

Sepanjang bermesyuarat, Afyra mendengar dengan fokus penjelasan yang keluar dari mulut Carl. Suara yang dia rindu. Dia hayati satu-satu perkataan yang keluar.

"Mrs Nurin Afyra?" Brian memanggil Afyra yang sedang ralit mengelamun. Carl pula hanya memerhati riak muka Afyra.

"I'm sorry. Where are we just now" cepat-cepat dia cuba mengawal ekspresi muka.

"Are you okay? If you feel uncomfortable, we can continue later" ucap Brian dengan tenang.

"It's okay. You came a long way from London. I can't waste any more of your times" jawab Afyra. Serba salah pula dah termenung ketika mesyuarat.

Mereka pun menyambung mesyuarat sehingga dua-dua pihak bersetuju untuk berkolaborasi. Ini merupakan peluang besar buat FitIn untuk melebarkan sayap ke bumi London.

Selesai mesyuarat, Afyra terus naik ke pejabatnya. Tiba-tiba dia rasa pening kepala. Terlampau banyak benda yang dia fikirkan ketika mesyuarat tadi sehingga dia hilang fokus.

"Puan okay?" tanya Eliya yang risau tengok Afyra dari tadi hilang fokus.

"Saya pening kepala sikit lah. Lepas ni saya ada apa-apa lagi tak? Kalau takde, saya ingat nak balik rumah lah" ucap Afyra sambil tangan mengurut bahagian di antara dahi dan hidung untuk melegakan sedikit rasa peningnya.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now