Part 19

456 22 0
                                    

Lagi sekali Afyra disimbah air selepas pengsan. Biar betul Reza ini suka padanya? Kalau suka tidak mungkin dia akan menyeksa Afyra. Selepas melihat Afyra mula sedar dan memperbetulkan kedudukan, Reza mencampakkan roti dan air kosong pada Afyra.

"Nah makan ni! Kang mati pula" Reza bersuara dengan nada tegas.

"Reza, apa yang sebenarnya awak nak ni. Awak tak takut ke kalau kena tangkap polis" perlahan saja suara Afyra. Kepalanya masih sakit kesan hentakan. Badannya sudah terlalu lemah.

"Mana mungkin polis dapat tangkap aku. Esok kita berdua akan keluar dari Malaysia. Aku nak mulakan hidup baru dengan kau Fyra" jawab Reza dengan nada lembut pula sambil merenung muka Afyra. Dalam beberapa saat saja, personaliti lelaki itu boleh berubah. 

"You're sick!" Afyra rasa Reza memang sudah gila. Mana mungkin dia akan hidup dengan lelaki yang telah menyeksa dirinya. Not in this life.

"Kau masih nak jual mahal ke Afyra?" 

"Reza, kenapa kau yakin sangat aku akan terima kau even kau bawa aku lari jauh dari Malaysia pun. Sejauh mana pun lah kau bawa aku, aku akan tetap lari dari kau Reza"

Entah dari mana keberanian datang membuatkan Afyra berkata begitu. Hilang sudah pertuturan awak saya kerana Reza sudah melampaui batas.

Reza berdiri meraup muka kerana kegeraman. Afyra semakin mencabar kesabarannya. Lagi sekali Reza tidak dapat mengawal perasaannya. Reza memijak-mijak kaki Afyra sekuat-kuatnya sehingga jeritan Afyra memecah keheningan kawasan itu. Tidak ubah seperti binatang layanannya ketika itu. 

"Kau nak lari sangat kan. Lari lah lari. Aku patahkan kaki kau biar kau tak dapat lari dari aku. Kau jangan cabar aku Afyra." Ugut Reza.

Bila Afyra sudah terbaring akibat terlalu sakit, Reza menyepak kepala dan kakinya pula. Berganda kesakitan dia rasanya.

"Sakit Reza.." Air mata sudah berjurai-jurai menahan kesakitan. Ada yang keluar dari tempat ini cuma mayat sahaja.

"Kalau kau tak nak sakit, baik kau diam dan ikut je arahan aku. Aku tak nak sakitkan kau Fyra, kau yang paksa aku!"

"Aku lagi sanggup mati dari hidup dengan jantan tak guna macam kau ni" walaupun tengah menahan kesakitan, Afyra masih bersuara kerana itu lah yang dia rasakan sekarang. Belum kahwin pun Reza sudah sanggup memukulnya sebegitu rupa, entah bagaimana nasibnya jika sudah bergelar isteri. Mungkin hari-hari makan penumbuk dari Reza.

"Kau nak mati sangat kan? Sini aku ajar kau neraka dunia!" jerit Reza lalu dia sambung menyepak Afyra seperti binatang. Reza seperti orang gila mengikut perasaan. Afyra yang seperti sudah nazak itu masih dia sepak bertalu-talu.

****

Tengku Aidan dan Megat Dhafir sudah hampir sampai ke Melaka. Laju kereta Lamborghini milik Megat Dhafir itu menyelusuri jalan raya. Speed trap diabaikan. Mampulah dia membayar denda nanti yang penting Afyra selamat.

Kemudian Tengku Aidan mendapat panggilan dari Qaid.

"Tengku, kami dah dapat jejak Cik Afyra. Saya hantar location pada Tengku. Kami semua dah on the way ke situ" ucap Qaid. Dia dan anak buah Tengku Aidan sudah sampai terlebih dahulu.

"Okay!"

****

"Betul ke tempat ni Qaid? Senyap sunyi je macam takde orang" tanya Megat Dhafir melihat rumah usang yang berada di tengah-tengah hutan ini.

"Ikutkan memang inilah tempatnya" Qaid juga merasa was-was. Kang tersalah tempat, mahu nya nyawa Cik Afyra melayang sebelum mereka sempat selamatkan.

Tiba-tiba mereka terdengar jeritan lelaki yang sedang melepaskan geram. Tengku Aidan terus meletakkan pistol di celah pinggang dan membuka langkah untuk masuk ke rumah usang itu. Anak-anak buahnya yang lengkap bersenjata juga mengikut di belakang.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now