Part 2

639 34 0
                                    




Tengku Aidan merupakan CEO syarikat Reliant Sdn Bhd yang dibina oleh datuknya sejak 50 tahun yang lalu. Tengku Elias iaitu papa Tengku Aidan turun dari jawatan CEO setahun yang lepas kerana ingin berehat. Dia yakin anak sulungnya itu berkebolehan menguruskan syarikat, cukup la dia sebagai penasihat sahaja.

Seperti Afyra, Tengku Aidan yang berumur 29 tahun menghabiskan masa mudanya hanya dengan belajar dan kerja. No interest in love. Itulah yang selalu disebut Tengku Aidan bila orang bertanya kenapa dia masih single. Dia belum merasakan perempuan itu satu keperluan baginya.

"Halo Tengku Aidan kawan baik kesayanganku..." suara yang menerpa di pintu masuk office Tengku Aidan sekaligus membuat Tengku Aidan mengangkat muka untuk melihat siapa yang telah mengacau waktu bekerjanya.

Megat Dhafir masuk dengan senyuman manis. Selepas 2 tahun duduk di London, baru nak pulang ke tanah air dan melawat kawan baiknya.

"Haih, ingat dah lupa Malaysia" perli Tengku Aidan. Sepanjang Megat Dhafir di London, hanya sekali mereka bertemu ketika Tengku Aidan ada outstation di sana.

"Alolo, perli ke tu? Rindu cakap la baby" jawab Megat Dhafir sambil menertawakan kawannya itu.

"Jijik nak rindu kau. Baik aku rindu orang lain" jawab senada Tengku Aidan.

"Wahhh, impressive. Kau dah ada someone nak rindu ke? Dah ada girlfriend? Dah lucut jawatan jadi gay?" soal Megat Dhafir dengan teruja. Teringin juga ingin tau kod kod dah ada yang dapat mencairkan hati beku Tengku Aidan bin Tengku Elias ini.

PAP!

Seraya itu, buka nota kecil mendarat di dada Megat Dhafir.

"Auch, sakit la gila" marah Megat Dhafir sambil mengusap dadanya yang terkena bucu buku nota kecil yang berkulit keras.

"Mulut tu jaga sikit eh. Bila masa aku gay" marah Tengku Aidan. Disebabkan dia tidak pernah bercinta, orang asyik mengingat dia gay. Dia cuma belum rasa ingin bercinta. Itu sahaja. Pelik sangat ke?

"Alaa sorry la baby musyuk masam. Jom pergi makan. Aku lapar la" Megat Dhafir mengajak Tengku Aidan lunch, lagipun memang sudah lunch hour ketika itu.

****

Bermacam-macam cerita yang dikongsi dua sahabat itu sambil makan. Macam la dah 10 tahun tak jumpa heh.

Tiba-tiba Tengku Aidan tertangkap satu figura yang dikenali sedang lalu di restoran yang dia berada sekarang. Ya, Afyra.

"Kau tunggu sini jap. Aku nak jumpa someone" Tengku Aidan terus mengatur langkah keluar dari kedai makan dan meninggalkan Megat Dhafir yang tercengang.

**

"Miss Coffee!"

Terkejut Afyra mendengar panggilan itu. Sebenarnya kalau dia dengar sahaja mungkin dia tak kan rasa panggilan itu untuk dia, yelah nama dia sedap Nurin Afyra. Apa kena mengena dengan Miss Coffee. Tapi yang membuatkan Afyra memusingkan badan adalah apabila dia terasa totebag yang ditarik seseorang.

"Yes?" ringkas soalan Afyra. Dia ingat Tengku Aidan tapi apa lagi urusannya dengan lelaki yang melanggarnya itu.

"You didn't contact me." Jawab ringkas Tengku Aidan. Sejujurnya Tengku Aidan mengharapkan Afyra menghubunginya selepas kejadian itu. Tiba-tiba rasa serba salah menyelubungi dirinya. Padahal tumpah coffee je pun.

"Oh. I already washed my blouse and it is perfectly fine. So i don't think i should contact you or ask for a refund"

"Lagipun nak contact macam mana, kad pun hilang" bisik Afyra sambil melihat pokok-pokok di tepi. Mengharapkan Tengku Aidan tidak mendengar, lagipun itu la kenyataannya.

Tengku Aidan yang mendengar bisikan Afyra terus mengukir senyum. Dia dapat melihat karakter Afyra yang tidak suka menyusahkan orang walaupun baru mengenalinya.

"Can I at least take you for lunch? Just for manners, to get rid of my guilt" ajak Tengku Aidan lembut.

"Eh it's okay. I really don't mind about what happen" jawab Afyra kerana dia memang betul betul tak kisah tentang bajunya itu.

"Please?" pujuk Tengku Aidan dengan suara garaunya itu. Cuba memaniskan muka dengan harapan Afyra akan bersetuju tapi masih mengekalkan muka macho nya itu.

Dalam otak dah bermacam-macam alasan yang Afyra fikir untuk menolak pelawaan Tengku Aidan tapi lagi laju hati merasa serba salah untuk membuatkan Tengku Aidan terus hidup dalam serba salah. Pergi jela, sekali je. Kemudian buat haluan masing-masing seperti biasa. Food won't hurt right. Itu yang berada di dalam otaknya. Rezeki jangan ditolak, perut pun memang tengah lapar.

"Now?" soal Afyra dan Tengku Aidan terus mengangguk. Tidak ingin membuang masa, risau peluang untuk berkenalan dengan Afyra akan melepas.

***

*Phone Notification*

"Dhafir, aku ada hal. Kau balik la dulu. Nanti kita jumpa" mesej ringkas dari Tengku Aidan.

"Cis, macam tu je kau tinggalkan aku. Cakap la taknak bayar. Kurang Asam punya mamat, memang patut la single" dengus Megat Dhafir yang ditinggalkan di restaurant itu.

***

Hanya bunyi riuh rendah restoran menemani mereka makan.

Awkward. Ya itulah mereka sekarang.  Afyra fokus dengan makanan di depannya walaupun dia sebenarnya sangat tak selesa keluar makan dengan lelaki. Tapi entah kenapa, perutnya kali itu sangat tidak malu. Menerima sahaja makanan di depan mata.

" You're a student?" soal Tengku Aidan untuk memecah kecanggungan.

"Yup. Currently take Master" sambil menyuap makanan ke mulut. Tidak kuasa Afyra untuk memandang lelaki di depannya ketika bercakap. Allergic nya terhadap masih tidak hilang walaupun di depan Tengku Aidan ya.

"Cool. No wonder you pergi conference haritu" Tengku Aidan perasan yang Afyra bercakap tanpa memandang wajahnya. Senyum segaris melihat wajah Afyra yang cuba berlagak tenang.

"May I know your name, Miss Coffee?" tersedak Afyra mendengar soalan dari Tengku Aidan. Soalan yang simple tapi membuatkan dia rasa pelik. Kenapa nak tau nama dia sedangkan mereka tak akan berjumpa lagi. Lama Afyra berfikir sama ada ingin memberitahu namanya atau tidak.

"Since our business is settled, a name won't hurt. Afyra. Nurin Afyra" jawab Afyra sambil lap mulutnya, risau comot.

"And you?" sambung Afyra. Curious juga dia apa nama lelaki di depannya itu.

"Aidan. Just Aidan" Entah kenapa Tengku Aidan ingin merahsiakan tentang keturunan Tengku milik keluarganya walaupun dia tau Afyra bukan orang yang materialistik.

"Okay Encik Aidan. My tummy is happy now and our business is settled. It's nice to meet you. Thank you again.  And I'm sorry i gotta go, my friend have wait for me" sopan sahaja cara Afyra untuk meminta izin ingin pergi kerana Faziera telah menunggu dia untuk ke class bersama-sama.

"Nice to meet you too Afyra. I hope we will meet again if destiny let us" Entah mengapa Tengku Aidan mengharapkan akan ada pertemuan seterusnya walaupun Afyra mengharapkan sebaliknya.

Afyra cuma senyum dan melangkah keluar dari restaurant itu.

****

"Qaid, cari information pasal Nurin Afyra. A Master student dekat universiti yang kita pergi haritu" arah Tengku Aidan kepada pembantu setia dia selama 5 tahun itu.

"Baik Tengku" terus Qaid melangkah keluar dari pejabat Tengku Aidan untuk melakukan tugasan yang diarahkan. Tengku Aidan nampak tenang tapi sangat tidak menyabar. Lagi-lagi berkaitan kerja, semuanya kena on time.

' I wish a beautiful destiny for both of us, Afyra' Bisik hati Tengku Aidan sambil melihat pemandangan luar bangunan pejabatnya itu.

Tanpa sedar, Tengku Aidan yang berhati beku macam ice glacier telah mula mencair.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now