Seperti dijanjikan pagi-pagi lagi Tengku Aidan sudah membawa Afyra ke klinik. Kaki Afyra terseliuh jadi doktor menyarankan Afyra untuk banyak berehat dan kurangkan pergerakan.
Ketika mereka pulang semua sudah menunggu kerana risau.
"Doktor cakap apa Aidan?" Tengku Elias bertanya.
"Terseliuh. Doktor suruh banyakkan rest and jangan banyak gerak"
Yang lain hanya mendengar. Mak Pah yang baru selesai meletak juadah breakfast itu terus meluru ke arah Afyra. Dari semalam dia merasa serba salah.
"Fyra, Mak Pah minta maaf ya nak" badan kecil Afyra itu dipeluk Mak Pah.
"Alaa Mak Pah bukan salah Mak Pah pun. Salah Fyra sendiri careless. Mak Pah janganlah salahkan diri sendiri. Kaki Fyra ni sikit je, nanti cepat elok" Afyra menyakinkan Mak Pah. Dia sendiri merasa serba salah melihat Mak Pah begitu.
"Fyra duduk jelah sini sementara kaki sakit tu. Kat sini ramai boleh jaga Fyra" Tengku Rozita bersuara.
"Eh takpe lah Mama. Fyra okay je. Boleh jalan lagi" Tidak mahu dia susahkan keluarga mertuanya. Lagipun dia cuma terseliuh bukan patah kaki pun.
"Betul tu Fyra. Fyra duduk je sini. Aidan pun dah biasa ulang alik office dari sini dulu" Tengku Elias menyokong.
"Aidan memang plan macam tu. Sebab Fyra ni degil. Duduk rumah sorang-sorang nanti entah apa dia buat lagi" Tengku Aidan dengan selamba mengutuk isteri sendiri di depan semua orang. Kutukan itu mengundang cubitan dari isterinya.
Jadi nak tak nak terpaksalah Afyra duduk di rumah mak ayah mertuanya sehingga dia sihat. Baju semua Tengku Aidan pergi ambil.
****
Seminggu duduk di rumah keluarga Tengku Aidan, Afyra dilayan seperti seorang puteri. Langsung tak diberi buat apa-apa kerja. Tengku Rozita mahupun Mak Pah dua dua melarang keras. Serba salah dibuatnya.
Afyra duduk di gazebo luar berdekatan taman bunga milik Tengku Rozita. Itu tempat kegemarannya selama duduk di sana. Dia rasa tenang walaupun selalu di marah kerana berjalan jauh sampai ke sana.
"Termenung apa pula kali ni" Tengku Afreen yang baru balik kerja itu menegur.
"Mana ada termenung. Saya bernafas je. Mana Aidan?" pelik juga Tengku Afreen sudah pulang tapi mana suaminya.
"Aidan lambat sikit balik sebab tadi dia ada meeting"
Afyra angguk tanda faham.
"Asal sedih je saya tengok awak ni Fyra? Tak suka ke duduk sini?"
"Eh tak lah. More than happy" Afyra tersenyum
"Then?"
"Saya serba salah Mama dengan Mak Pah tak bagi saya buat apa-apa. Rasa macam menantu derhaka pula hahaha"
Tengku Afreen turut tergelak mendengar. Itu yang dia risaukan.
"Mereka cuma risau. Awak kan tak sihat. Nanti kaki awak dah sihat, awak tolonglah macam biasa"
Afyra cuma senyum. Betul lah tu. Semua dirumah ini tak lokek dengan kasih sayang. Walaupun dia orang luar, tapi semua menyayanginya.
****
Hari ini merupakan hari penyatuan antara Megat Dhafir dan Faziera. Semua tak sangka mereka akan membuat keputusan untuk bernikah dengan cepat. Mengikut cerita Faziera, Megat Dhafir melamarnya bila Faziera memutuskan untuk berpisah. Mereka tak bercinta pun tapi bila Faziera sedar hatinya mula mengharapkan sesuatu, dia ingin jauhkan diri dari Megat Dhafir. Dia takut dia akan dikecewakan lagi.
Tapi yang sebaliknya yang jadi. Megat Dhafir terus melamarnya. Selepas beberapa solat istikharah ditunaikan, Faziera yakin Megat Dhafir ialah jodoh yang dititipkan oleh Allah buatnya, jadi dia terima.
Afyra dan Tengku Aidan tumpang bahagia buat mereka.
Afyra dan Tengku Aidan dua dua memakai baju berwarna kelabu cair. Majlis Faziera dan Megat Dhafir dijalankan di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Keluarga Tengku Aidan dan Afyra juga dijemput.
Semasa akad nikah, Afyra yang menitiskan air mata. Tak sangka kawan baiknya itu sudah sah bergelar isteri.
"Orang lain yang nikah, dia pula yang nangis" bisik Tengku Aidan. Hati tisu betul isterinya ini.
"Sedihlah. Faziera dah kahwin. Abang warning kawan abang tu siap-siap. Suruh dia jaga Faziera betul-betul. Kalau dia sakitkan Faziera, Fyra smackdown dia" pesanan Afyra itu membuatkan Tengku Aidan tergelak. Tak padan dengan kecik nak smackdown orang pula.
"Baik bos. Kalau bos tak sampai nak smackdown dia, saya tolong bos ye" hujung hidung Afyra diciut. Suka dia mengacau isterinya itu.
Selepas makan, Afyra dan Tengku Aidan ke pelamin untuk berjumpa raja sehari.
"Congrats bro. Kahwin juga akhirnya. Ingatkan single sampai tua" Tengku Aidan dan Megat Dhafir berbro hug. Afyra pula sudah memeluk badan Faziera yang lebih tinggi darinya. Dari jauh orang mesti fikir Afyra ini adik Faziera.
"Thank you bro! Kahwinlah. Dah kau tinggalkan aku. Terpaksalah aku cari bini juga."
"Eh eh nangis pula dia" Tengku Aidan melihat Afyra sudang cengeng di pelukan Faziera. Isterinya ini sel nangis bocor ke apa hari ini. Senang betul menangis.
"Dhafir, jaga Faziera elok-elok tau." pesan Afyra dengan sedu-sedu menangis. Faziera sudah tergelak melihat Afyra yang tak ubah seperti budak kecil itu.
"Haah dia pesan kalau kau sakitkan Faziera, dia nak smackdown kau" Tengku Aidan menyambung. Lagilah pecah gelak Megat Dhafir dan Faziera.
"Abang..." Afyra menjeling suaminya. Buat malu saja!
Selepas selesai sesi jejak kasih, Afyra dan Tengku Aidan meminta diri untuk pulang. Ramai tetamu juga sudah pulang, mereka antara tetamu yang akhir pulang. Biasalah perkahwinan kawan sendiri tak kan mahu pulang awal.
****
Hujung minggu kali ini Tengku Aidan sekali lagi menemani Afyra di bilik lukisannya. Tapi kali ini lukisannya dirahsiakan. Puas Tengku Aidan bertanya Afyra ingin lukis apa tapi Afyra tidak mahu bagitahu. Jadi dia pasrah saja. Nanti dah siap dapat juga dia tengok.
Seperti biasa dia duduk di sofa dia sudut bilik itu. Afyra pula leka dengan lukisan di depannya.
Kali ini lebih sekejap. Hanya 2 jam diperlukan oleh Afyra untuk menyiapkan lukisannya.
"Abang, dah siap. Tapi kejap, Abang tunggu kat situ" Afyra berlari ke arah suaminya lalu mata Tengku Aidan ditutup dengan kain bersih.
"Amboi siap tutup mata" Tengku Aidan sudah terhibur. Ada-ada sajalah isterinya ini.
"Surprise lah abang. Okay bangun, jalan slow-slow" Afyra menarik tangan Tengku Aidan ke depan lukisannya. Lalu dia suruh Tengku Aidan duduk di tempat duduknya tadi yang berhadapan dengan kanvas lukisan.
Perlahan-lahan kain di mata Tengku Aidan dibuka dan dia mula nampak apa yang dilukis oleh Afyra. Terus bergenang air matanya.
Afyra melukis dirinya yang sedang duduk di sofa. Dia sendiri tak sedar dari tadi Afyra memerhatikan dirinya saja. Dia pula leka membaca berita sampai tak sedar dirinya diperhatikan.
"Sayangg.." tangan Tengku Aidan berlari-lari di atas kanvas itu. Tak sangka Afyra melukis dirinya.
"Hehe ini tanda terima kasih sebab Abang selalu temankan Fyra melukis" dahi suaminya itu dikucup lembut.
"Terima kasih sayang. Every day I thank Allah for sending you to me. Setiap saat Abang bersyukur yang Sayang jadi isteri abang, bidadari hidup Abang." tubuh kecil isterinya dipeluk, Tengku Aidan membenam mukanya pada dada isterinya yang sedang berdiri. Afyra pula mengusap lembut rambut coklat milik Tengku Aidan.
"Fyra pun bersyukur Abang sanggup terima Fyra sebagai isteri Abang. You're my happiness Abang. You bring a lot of happiness into my life. I love you"
"I love you more. In every universe"
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?