Part 21

468 25 0
                                    

Rutin hujung minggu Tengku Aidan semenjak kemalangan Afyra memang berada di hospital sahaja. Dia menemani Afyra sambil membaca Yasin. Terkadang dia berkongsi rutin hariannya pada Afyra seolah-olah Afyra mendengar dirinya.

Encik Zahid dan Tengku Aidan sedang berborak sambil duduk di sofa di bilik VVIP yang menempatkan Afyra manakala Puan Riani sedang mengelap tangan dan muka Afyra dengan tuala bersih. Sedang khusyuk Puan Riani lap jari mulus anaknya itu, tiba-tiba dia rasa ada pergerakan dari Afyra. 

"Abang.. Fyraa.." Panggil Puan Riani.

"Fyra dah sedar bang!" jerit perlahan Puan Riani melihat Afyra yang sedang cuba membuka mata.

Encik Zahid dan Tengku Aidan lantas bangun. Ya, Afyra sudah sedar. Encik Zahid sudah memeluk isterinya dan mulut mengeluarkan khalimah bersyukur. Akhirnya penantian mereka berakhir.

'Thank you Afyra for coming back' hanya itu terlintas di hati Tengku Aidan sebelum dia memanggil doktor. Bibir mengukir senyuman. 

****

Selepas selesai pemeriksaan dijalankan terhadap Afyra, Puan Riani terus memeluk tubuh kecil anaknya itu. Rindu sangat sepanjang Afyra tidak menyedarkan diri.

"Terima kasih adik. Sebab dah bangun. Mak bersyukur sangat anak mak seorang ni kuat semangat" ucap Puan Riani. Afyra hanya tersenyum sambil menikmati pelukan hangat ibunya itu. Encik Zahid lantas memeluk anak dan isterinya juga.

"Ayah minta maaf adik. Kalau hari tu ayah teman adik keluar mesti semua ni tak jadi" Encik Zahid yang masih memeluk Afyra itu meminta maaf.

"Bukan salah ayah pun. Ayah jangan lah minta maaf. Benda dah jadi dah pun." jawab Afyra perlahan. Perkara yang berlaku bukanlah salah ibubapa atau dirinya tapi salah Reza yang terlalu mengikut perasaan.

Kemudian Encik Zahid mengajak Puan Riani untuk makan dan solat, meninggalkan Afyra di bawah jagaan Tengku Aidan.

"Kenapa awak diam je dari tadi? Awak tak happy ke saya bangun?" tanya Afyra. Kerana semenjak dia bangun tadi, Tengku Aidan hanya diam memandang dia berborak dengan ibu bapanya.

Lama Tengku Aidan terdiam sebelum dia duduk birai katil Afyra.

"Happy is not enough Afyra. Because I'm beyond that. I'm so grateful that you come back. Awak tahu tak berapa lama saya tunggu awak." luah Tengku Aidan sambil merenung mata Afyra yang dirindui dan bibir pucat yang akhirnya mengukir senyuman. Suara Afyra yang sangat dia rindu setiap malam.

"Sorry. Saya tidur lama sangat. Mesti awak penat kan tunggu saya. " jawab Afyra sambil mengukir senyuman.

"Takpe. Yang penting awak dah bangun sekarang. Itu yang penting. Tak kisahlah berapa lama pun awak tidur, saya tetap akan tunggu."

"Saya minta maaf sebab saya kita kena tangguhkan perkahwinan kita dan dah susahkan semua orang" rasa serba salah hadir.

"It's okay Afyra. As i told before, yang penting awak dah bangun. Sekarang ni awak kena fokus untuk sembuh. Awak dah sembuh nanti, kita kahwin okay" lembut sahaja Tengku Aidan menjawab untuk menenangkan Afyra.

Lepas mendapat perkhabaran Afyra sudah sedar, Along dan Angahnya terus bergegas datang ke hospital. Begitu juga dengan keluarga Tengku Aidan. Mereka masing-masing menzahirkan rasa bersyukur yang akhirnya Afyra sedar.

Afyra masih belum dapat keluar hospital kerana dia perlu melakukan physiotherapy untuk membantu kakinya berfungsi seperti biasa.

****

Tengku Aidan dan Megat Dhafir tiba di markas untuk menghabiskan riwayat Reza. Mereka berdua lengkap berpakaian jaket kulit berwarna hitam. Sudah sedia untuk menarik nyawa seseorang. Tengku Aidan tidak suka membunuh, orang saja suka membuatkan dia perlu membunuh.

Tengku Aidan menyimbah air yang berisi ais ke arah Reza untuk menyadarkannya. Reza sudah seperti mayat hidup dikerjakan oleh anak buah Tengku Aidan. Megat Dhafir hanya memerhati sambil bersandar pada dinding.

"Mesti kau penat kan tunggu? Harini aku bagi kau tidur terus. Ini balasan sebab dah sentuh harta kepunyaan aku." ucap Tengku Aidan sambil menarik rambut Reza. Reza masih diam lalu Tengku Aidan melepaskan cengkamannya.

"Hahahaha. Cepat sangat kau sampai hari itu. Tak sempat aku nak rasa Fyra dulu sebelum bagi kat kau" saja Reza ingin menaikkan kemarahan Tengku Aidan sambil senyum sinis. Haih dah nak mati pun menyakitkan hati orang.

Tengku Aidan yang geram mendengar ucapan Reza itu terus mengambil pistol di atas meja dan menembak kaki kanan Reza. Reza terus menjerit kesakitan.

"Sakit ke? Macam tulah Afyra rasa masa kau pijak kaki dia sampai retak tulang dia" ucap Tengku Aidan lalu menembak kaki kiri Reza pula. Reza kembali mengerang kesakitan.

"Afyra... Afyra okay ke sekarang?" soalan berani mati dari Reza. Wah kau yang buat Afyra macam tu lepas itu kau nak tanya dia okay ke tak. Dah cakap dah dia ni ada split personality.

"Selama kau ada kat sini, dia terbaring kat ICU tak sedarkan diri kau tahu tak?! Sebab tindakan bodoh kau tu!" Megat Dhafir mencelah.

"Afyra.. Aku minta maaf. Aku tak sengaja.." tiba-tiba rasa serba salah menyelubungi diri Reza.

"Alaa mamat bodoh ni. Minta maaf pula. Masa kau pukul dia takde pula kau serba salah. Kau pukul dia macam binatang." marah Megat Dhafir melihat Reza yang berpura-pura itu.

Tengku Aidan hanya melihat Reza yang sudah menangis sambil memanggil-manggil nama Afyra.

"Boleh tak aku nak jumpa Afyra? Aku nak minta maaf" lagi sekali permintaan berani mati dari Reza.

"Kau buat lawak ke ni? Kalau ya, langsung tak lawak bro" jawab Megat Dhafir kerana Tengku Aidan masih mendiamkan diri.

Reza yang tadi sedang menangis tiba-tiba tergelak. Dah kenapa dia ni.

"Tapi memang patut pun dia kena macam tu. Bertahun aku tunggu dia, dia buat bodoh je. Jual mahal konon. Puih! Muka je cantik, entah-entah dah tak suci" ucap Reza dengan senyum sinis.

Okay sah! Reza ini memang ada split personality.

Tengku Aidan yang tadi hanya mendiamkan diri terus mencengkam leher Reza dengan tangan kekarnya. Panas betul hatinya bila Reza menghina tunangnya begitu saja. Memang nak mati awal mamat ini.

"Aku tahu kau gila. Tapi aku pantang orang cakap bukan-bukan pasal Afyra." marah Tengku Aidan.

"Hahaha. Sayang betul ya kau kat Afyra."

Tengku Aidan memicit kesan tembakan pada kaki Reza untuk membuat dia menjerit kesakitan kerana geram melihat Reza yang masih mampu tersenyum sinis itu.

"Ya aku sayang dia. Sebab itu aku lindungi dia dari orang gila macam kau."

Tengku Aidan melepaskan tembakan ke tangan kanan Reza.

"Ini sebab kau dah pukul dia"

Tembakan dilepaskan ke arah tangan kiri Reza pula.

"Ini sebab kau dah buatkan dia kritikal dan koma"

Reza sudah semakin lemah kerana kehilangan banyak darah. Lalu Tengku Aidan memacu pistol tepat ke arah kepala Reza.

"And this, because you touch what is mine!"

Tembakan tepat ke kepala Reza dilepaskan.

"Uruskan mayat dia" arah Tengku Aidan kepada anak buahnya. 

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now