Part 22

490 24 2
                                    

Sudah seminggu sejak Afyra sedar, akhirnya dia dapat discharge. Berkat kegigihannya yang rajin melakukan physiotherapy dan melakukan senaman sendiri membuatkan doktor yakin bahawa kaki Afyra sudah sembuh dan boleh pulang ke rumah.

Tengku Aidan beriya-iya ingin menghantar Afyra pulang walaupun telah dilarang. Afyra tidak mahu menyusahkan Tengku Aidan lagi tapi Tengku Aidan tetap berkeras. Belum sempat Afyra mengangkat begnya, laju tangan Tengku Aidan mengambil dahulu. Terharu Afyra melihat sikap lelaki itu.

"Awak saya nak tanya sikit boleh" soal Afyra dalam perjalanan pulang ke rumahnya.

"Sure, Princess. What is it?"

"Apa jadi kat Reza?" tak sangka itu yang ingin ditanya Afyra.

Kalau jawab kena tangkap polis macam tak logik kerana tiada pun pegawai polis datang untuk menyoal Afyra selepas dia sedar.

"Saya dah uruskan dia. Awak jangan risau. Dia tak kan kacau awak lagi" itu saja jawapan Tengku Aidan.

Afyra hanya tersenyum. Ikutkan dia tidak mahu tahu langsung tentang Reza tapi curious juga lah dia apa jadi selepas itu.

****

Sampai di rumah, Afyra terus masuk ke dalam lalu menyalam kedua ibubapanya. Tengku Aidan pula sedang mengambil beg Afyra di dalam boot kereta.

"Masuk Aidan, makan dulu." ajak Encik Zahid.

Tengku Aidan terus masuk mengikuti Afyra dan menuju ke meja makan.

"Hm sedapnya bau.. Dah lama tak makan asam pedas yang mak buat. Adik rindu.." teruja Afyra akhirnya dia dapat makan masakan Puan Riani.

"Ha makan banyak-banyak. Badan adik dah makin kurus dah" suka Puan Riani melihat anaknya.

Tengku Aidan hanya memerhati sambil tersenyum melihat Afyra yang sudah semakin ceria semenjak apa yang berlaku.

Macam-macam yang diborak mereka berempat di meja makan. Termasuklah topik tentang pernikahan Tengku Aidan dan Afyra.

"Aidan tak kisah. Aidan ikut je bila Fyra dah bersedia" jawab Tengku Aidan. Afyra baru sahaja keluar hospital. Takut badan Afyra masih belum sihat sepenuhnya.

"Kalau kita buat bulan depan okay? Adik rasa macam mana?" tanya Encik Zahid.

Pernikahan mereka telah  tertangguh kerana Afyra tidak menyedarkan diri. Tidak sedap pula untuk ditunda-tunda lagi. 

"Adik okay je ayah. Dah lama sangat tangguh, kesian Aidan dengan family dia" jawab Afyra.

"Nanti Aidan bagitahu keluarga Aidan" laju saja Tengku Aidan selepas mendengar Afyra yang sudah bersedia itu.

****

Selepas makan tengahari, Afyra mengajak Tengku Aidan untuk ke kedai. Dia teragak ingin minum Cendol, sempat juga mereka singgah membeli kuih keria.

"Aidan, kita pergi pantai nak? Saya rasa nak jalan-jalan tepi pantai." pinta Afyra lepas dah beli macam-macam makanan.

"Anything for you Princess" mana mungkin Tengku Aidan menolak permintaan cinta hatinya itu.

Mereka berdua berjalan beriringan melewati tepi pantai. Bunyi ombak pantai itu terasa sangat tenang.

"Fyra, are you okay?"

"Hahaha of course I'm okay. Kan dah sihat ni" jawab Afyra sambil tersenyum sambil memandang pantai di depannya.

"I mean emotionally. Are you okay?" Tengku Aidan tahu mata Afyra menipu. Dia dapat rasa wanita di depannya ini cuba menyembunyikan perasaan sebenar. Lama Afyra terdiam mendengar soalan Tengku Aidan.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now