Mereka bertiga mengambil tempat di tempat paling hujung dan tertutup di kafe yang terdapat di resort itu. Afyra di samping Tengku Aidan, di depannya pula Dina. Kawan lama Tengku Aidan yang sudah sekian lama menghilangkan diri.
"So, how's your life?" tanya Dina. Mukanya masih terkejut. Tak sangka selepas beberapa tahun, dia jumpa semula dengan lelaki yang dia minati ketika zaman universiti.
"So much better when she's became my wife." jawab Tengku Aidan sambil memandang wajah Afyra yang disebelahnya.
Dina hanya mengangguk dan tersenyum. Jelas sungguh wajah Tengku Aidan yang kini bahagia dengan isteri tercinta. Timbul pula rasa cemburu melihat pasangan itu.
"And you?" soal Tengku Aidan semula.
"Just living my life. Surviving I guess" Dina melukiskan senyuman segaris di bibir. Walaupun dia kerap tersenyum tapi terhias beribu masalah dalam hidup wanita itu.
Suasana menjadi canggung bila dua-dua mendiamkan diri seolah tidak tahu ingin membuka topik apa.
"So, Dina stay kat sini juga? Berapa lama?" Afyra yang memecahkan kecanggungan. Terus Dina menegakkan muka, teruja ingin berborak dengan Afyra.
"Haah. Sampai ahad. Korang?"
"Samalah! Dina dah jalan mana je?" Afyra dapat rasa wanita di depannya ini seperti seorang yang baik dan bukannya lawan. Biarlah kisah silam antara Dina dan suaminya berlalu. Tidak penting waktu ini.
"Tak pergi mana lagi. Just jalan-jalan area resort ni je."
"Cool. Jomlah join kita orang jalan petang ni" ajak Afyra dengan muka teruja. Tengku Aidan pula disebelahnya terus menoleh. Seakan terkejut dengan rancangan Afyra.
Entah kenapa Tengku Aidan tidak suka dengan kemunculan semula Dina.
"Takpe ke? Tak ganggu kau orang?"
"Takpe. Lagipun kita orang jalan ramai-ramai"
Laju Dina mengangguk. Lalu dia memandangan wajah Tengku Aidan yang tidak bereaksi dari tadi.
****
Petang itu, mereka semua pergi ke Pantai Cenang. Sempat mereka berjalan di kedai-kedai yang berdekatan sebelum memulakan aktiviti pantai mereka. Afyra seperti biasa sibuk membeli coklat.
Tengku Aidan, Afyra, Tengku Afreen, Tengku Aleena dan Dina lima-lima menempah slot untuk parasailing. Seperti terbang di udara, mereka semua menikmati waktu itu untuk menghilangkan tekanan hidup.
Selepas solat Maghrib, mereka kembali ke pantai untuk melihat pertunjukkan api sambil makan malam. Yang paling teruja sudah tentu Afyra dan Tengku Aleena. Mereka berdua tidak habis-habis merakam aksi-aksi yang ditunjukkan.
"Aidan" Dina muncul diri di sebelah Tengku Aidan. Afyra pula sudah mengikut Tengku Afreen dan Tengku Aleena untuk membeli air.
"Hm"
"You marah kat I ke?" takut-takut Dina bertanya. Bukan dia tak sedar yang Tengku Aidan tidak suka kehadirannya dalam percutian keluarga mereka.
"Why should I?" soal Tengku Aidan semula namun mata masih ralit memandang api-api yang menyambar di depannya.
"So, we're still good right?"
"Kita tak pernah gaduh pun Dina. We just lost contact. That's it" terang Tengku Aidan sebelum dia melangkah ke arah Afyra yang sudah memanggilnya.
Dina terus tersenyum mendengarnya. Itulah lelaki yang dia pernah minati dahulu. Tengku Aidan yang nampak kasar namun sebenarnya sangat lembut.
Di meja makan, mereka semua bertukar-tukar cerita. Sangat riuh seperti selalu. Tengku Aidan pula dari tadi menyuap makanan kepada Afyra yang sibuk merakam itu dan ini. Dina yang duduk di sudut hanya melihat dari jauh. Cemburunya dia melihat layanan Tengku Aidan pada Afyra.
****
Selepas makan malam, mereka semua balik ke resort dan terus ke bilik masing-masing.
"Abang tak suka Dina ada ke?" soal Afyra yang sedang mengeringkan rambut Tengku Aidan dengan tuala. Saja dia ingin keringkan sebab sepanjang mereka keluar, Tengku Aidan saja yang asyik memanjakannya, jadi kali ini biar dia manjakan Tengku Aidan.
"Takde lah. Kenapa sayang tanya macam tu?"
"Sebab Abang macam tak layan dia sangat. Dia kan kawan lama abang. Kesian dia Abang tak layan dia" terang Afyra.
Tengku Aidan terus memusingkan badan untuk menghadap isterinya. Serentak tangan Afyra yang dari tadi mengeringkan rambutnya kaku di udara, lantas Tengku Aidan menggenggam lembut tangan itu.
"We were colleagues and that's it. So I don't think we should have a deeper conversation" mata Tengku Aidan memandang tepat ke arah Afyra mengharapkan Afyra percaya apa yang dia cuba sampaikan.
"Plus I have you sayang. No one should get my attention unless it's you. Abang tak nak sayang sampai terasa hati because of my actions" sambung Tengku Aidan.
Lantas Afyra tersenyum. Tenang saja Tengku Aidan menerangkan isi hatinya yang Afyra yakin pasti benar. Terharu dia bila Tengku Aidan bersungguh-sungguh ingin menjaga hatinya.
"Thank you abang. But seriously I don't mind sebab Dina tu kawan abang. I know you won't do something you should not. I trust you Aidan"
Tengku Aidan hanya mengangguk. Dia sendiri tak pasti kenapa dia sangat tak selesa dengan Dina. Jauh di sudut hati masih ada sisa rasa geram keranakan Dina, dia kehilangan kawan baiknya.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?