Part 47

559 40 11
                                    

Carl hanya memerhati keluarga itu menyoal Afyra dari tingkap pintu bilik. Satu-satu wajah keluarga Tengku Elias ditenung dari jauh. Seperti muka yang dia kenal.

Tiba-tiba kepalanya rasa berdenyut-denyut. Dia cepat-cepat melangkah untuk pergi jauh dari bilik yang menempatkan Afyra. Bermacam memori yang tak pernah ada dalam ingatannya keluar. Membuatkan dia jatuh terduduk di lorong hospital itu. 

Kepalanya terasa sangat sakit seperti ditikam-tikam. Dia memegang kepalanya, terdengar bunyi dengusan kesakitan keluar dari mulutnya. Carl cuba untuk bangun tapi gagal sehingga ada seorang jururawat yang datang menolong dan memapahnya untuk ke unit kecemasan.

Carl membuka mata perlahan-lahan, dia sudah berada di atas katil hospital. Sah, dia pengsan tadi. Matanya meliar di sekeliling kawasan unit kecemasan itu. Dia cuba ingat semula memori yang tiba-tiba muncul sebentar tadi. Bermacam suara yang sangat familiar menerpa telinganya. Muka Afyra yang sedang ketawa juga muncul. Wajah-wajah keluarga Tengku Elias yang baru saja dia lihat tadi pun bersilih ganti menyapa ingatannya. 

Jelas kelihatan dahi Carl yang berkerut-kerut. Kesakitan di kepalanya diabaikan. Dia ingin menjawab segala teka teki yang sedang berlaku. Dia perlukan jawapan.

Sehinggalah doktor datang menyuruhnya untuk kekal tenang. Doktor mengatakan dia mungkin ada rekod kehilangan ingatan dan otaknya sedang mendapatkan ingatannya semula mengakibatkan kepalanya sangat sakit. 

Carl cuba menenangkan diri. Cebisan teka teki mula disusun satu-satu dalam otaknya. Semakin lama, teka teki itu mula bercantum menjadi jawapan. Muka yang awal berkerut mula tersenyum seolah mendapat sinar harapan. 

Tiba-tiba langsir hospital yang menyembunyikan Carl itu ditolak kasar. 

"Carl, what's wrong?" Brian yang baru sampai itu terus menyapa Carl dengan soalan. Terkejut dia bila Carl kata dia berada di hospital. Badan Carl ditelek dari atas hingga bawah untuk memastikan tiada kecederaan pada kawannya itu. 

"I think I remember my family now Brian" Carl bersuara dengan penuh rasa gembira. Matanya juga bersinar-sinar seperti orang yang baru hidup di dunia ini.

"Huh?" dahi Brian berkerut meminta penjelasan.

"I've met my family Brian" tiba-tiba mata Carl berkaca. Teka teki yang dia cuba susun tadi telah memberi jawapan padanya. Dia telah jumpa keluarga yang selama ini dia cari. 

Terus Brian memeluk Carl. Dia tumpang bahagia untuk Carl kerana sudah setahun lebih dia menolong Carl untuk ingat tentang keluarganya tapi gagal. Bermacam doktor dan psikologi yang mereka jumpa tapi masih tak mampu untuk mengembalikan ingatannya. 

"So what's your name?" soal Brian dengan penuh teruja. 

"Tengku Aidan" nama Carl itu nama yang dicipta oleh Brian kerana Tengku Aidan langsung tak ingat apa-apa termasuk namanya selepas kemalangan kapal terbang dahulu. 

"Great. We need to meet your family after this. They must be happy" Brian tidak menyembunyikan rasa teruja. Tak sangka rancangan mereka ke Malaysia akhirnya membuahkan hasil yang lumayan buat Carl.

Tengku Aidan mengangguk. Dia juga sudah tidak sabar untuk berjumpa keluarganya. Rasa rindu membuak-buak terutama pada isterinya, Afyra.

***

Selesai membuat bayaran, Tengku Aidan dan Brian ke bilik yang menempatkan Afyra namun setiba di sana,bilik itu sedang dikemas. Tiada langsung sosok badan Afyra mahupun keluarganya. 

Tengku Aidan membawa langkah menuju ke arah jururawat yang berada di sekitar bilik itu. 

"Sorry, mana patient yang kat sini tadi ya?" soal Tengku Aidan *Auto ingat Bahasa Melayu terus.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now