Part 38

432 28 3
                                    

Sudah sebulan sejak pemergian Tengku Aidan. Afyra pula sudah berubah. Tiada lagi Afyra yang ceria. Kadang-kadang saja dia tersenyum untuk menjaga hati. Semua yang memandangnya pasti sedar yang Afyra seperti sudah hilang separuh dari dirinya. 

Dibawa pergi oleh Tengku Aidan bersama.

Hari ini Tengku Elias mengajak Afyra datang ke rumah. Ada perkara yang ingin dibincangkan katanya. Encik Zahid dan Puan Riani juga sudah pulang ke Melaka sebab Afyra yang memaksa mereka pulang. Afyra menyakinkan mereka yang dia sudah pulih namun sebenarnya dia cuma tak mahu menyusahkan mak dan ayahnya itu.

"Fyra sihat?" Tengku Elias bertanya. Sepanjang Afyra di rumah Tengku Aidan, selalu juga mereka sekeluarga datang melawat. Tapi Afyra banyak berdiam diri.

"Alhamdulilah sihat Pa. Sorry Fyra dah risaukan semua" Afyra memandang semua wajah di meja makan itu dengan riak serba salah. Tengku Elias, Tengku Rozita dan Tengku Afreen. Tengku Aleena  pula ada kerja di luar negara.

"Takde lah. Mama bersyukur sangat Fyra dah okay."

Afyra hanya tersenyum. Lama dia mencari kekuatan untuk bangkit semula. Sampailah suatu hari dia mimpi Tengku Aidan menyuruhnya untuk jadi kuat walaupun dia tiada. Mungkin itu petunjuk yang suaminya tak mahu dia terus menerus bersedih.

"Ada hal apa Papa nak jumpa Fyra hari ni?"

"Sebenarnya Papa ada simpan sesuatu dari Aidan untuk Fyra" kemudian Tengku Elias menghulur satu file kepada Afyra.

Perlahan-lahan Afyra membuka file itu.

"Apa ni Pa?" soal Afyra kerana dia tak faham.

"Ini hadiah hari jadi untuk Fyra yang Aidan sediakan sebelum dia pergi. Dia suruh Papa simpan. Dia ingat nak bagitahu Fyra bila dia balik, tapi tak sempat.."

Hari jadi Afyra ikutkan seminggu selepas Tengku Aidan bergerak ke London. Tapi siapa sangka tahun ini dia langsung tidak meraikan hari jadinya. Dia hanya berkurung di dalam bilik berseorangan bertemankan air mata.

Mata Afyra masih ralit membaca dokumen-dokumen di depannya.

"A company?" mata Afyra sudah mula berkaca.

"Your company Fyra. Aidan already prepared everything. Awak cuma tinggal masuk and take over. Dia tahu awak tak ready lagi sebab tu dia nak tunggu sampai birthday awak" Tengku Afreen yang menjawab.

Walaupun Tengku Aidan sudah tiada, dia masih lagi tidak berhenti membuat Afyra kagum dengan usahanya. Terlalu banyak yang Tengku Aidan buat untuk Afyra. Afyra sudah tidak mampu menahan air mata. Dia biarkan saja air mata membasahi pipinya.

"Papa dengan Afreen ada untuk tolong Fyra handle company tu. So Fyra ambiklah seberapa banyak masa yang Fyra perlukan. In the meantime, Papa dengan Afreen akan tolong tengokkan company Fyra" Tengku Elias yakin Afyra juga masih terkejut. Jadi dia biarkan saja Afyra terima perkara ini perlahan-lahan.

****

Malam itu Afyra mengambil keputusan untuk tidur di rumah Tengku Elias atas ajakan dari Tengku Rozita. Balik ke rumahnya pun tiada orang. Paling-paling dia hanya akan menangis teringatkan suaminya.

Selesai makan malam, dia duduk di gazebo mengambil angin malam seorang diri. Entah jauh ke mana dia termenung.

"Awak okay Fyra?" soal Tengku Afreen sambil mulut menyisip kopi yang dibuat oleh Mak Pah untuknya.

"Okay je. Better than before" satu senyuman tergaris di bibir merah Afyra. 

"I know it's hard for you but I'm sure you can face it"

Lama Afyra terdiam. Entah apa yang bermain di fikirannya sampai lah air mata membasahi pipi untuk kesekian kali.

"Sakit Freen..."

" Sakit sangat. Rindu pada orang yang dah tiada. Sakit sebab saya tak tahu macam mana nak hilangkan rindu ni" luah Afyra. Mungkin kerana dia sudah selesa dengan Tengku Afreen jadi perkara itu terluah tanpa dia sedar.

Tengku Afreen menarik nafas dalam-dalam. Dia memperbetulkan posisi menghadap Afyra yang sedang menangis di sebelahnya. 

"You know what, Aidan pernah cerita kat saya. Dia salute dengan awak. You look so tough and brave. Probably, the toughest girl he ever met. That's what he told me."

"Dia tahu awak boleh lalui semua ni. Dia yakin awak kuat Fyra. I'm pretty sure Aidan would be sad if he see you in this condition." sambung Tengku Afreen.

"She's tough and brave. She wants to do everything by herself. But what makes me fall for her is the idea of I want to be one that protects her despite knowing she can do it herself. I want to be the one that she can rely on"

Itu ayat sebenar Tengku Aidan ketika Tengku Afreen bertanya apa yang istimewa tentang Afyra. Saja Tengku Afreen tidak menyebut tentang fakta yang Tengku Aidan ingin melindungi Afyra kerana itu hanya akan buat Afyra lagi sedih. Orang yang ingin melindunginya sudah tiada. Yang penting sekarang adalah untuk buat Afyra bersemangat seperti dulu.

"Awak yakin saya boleh lalui semua ni Freen?" soal Afyra sambil mengusap air matanya.

"100% confident. Semua ada untuk awak Fyra. Saya pun akan sentiasa ada untuk awak" senyuman tergaris di bibir Tengku Afreen. Entah kenapa dia juga rasa ingin lindungi Afyra seperti yang Tengku Aidan lakukan.

Afyra tersenyum mendengar apa yang Tengku Afreen katakan. Beruntung dia memiliki keluarga mertua yang sangat baik padanya.

****

Afyra balik ke rumahnya bersendirian. Nak 'me time' katanya. Sebenarnya dia ingin melepaskan rindu pada suami, sebab itu dia balik. Baju-baju Tengku Aidan yang tergantung dia cium. Masih melekat bau Tengku Aidan. Bau yang dia sangat rindu.

'Rindunya Fyra nak peluk kekasih hati Fyra ni' ucap hati Afyra sambil memeluk sehelai kemeja milik Tengku Aidan.

Selesai mengemas bilik, dia masuk ke bilik kerja Tengku Aidan. Duduk di kerusi kerja lalu satu buku nota di keluarkan. Buku yang bakal menjadi diarinya untuk melepaskan rindu pada Tengku Aidan.

Tangan laju menulis segala isi hati. Kadang dia tersenyum. Kadang matanya berkaca.

Lepas ini tiada lagi tempat dia ingin bercerita sebelum tidur. Mungkin buku ini akan menjadi tempat ganti buatnya. 

Gambar kahwin mereka yang tergantung besar di dinding bilik kerja Tengku Aidan ditatap lama. Cuba mencari seribu kekuatan dan semangat untuk meneruskan kehidupan. Lagipun Tengku Aidan meninggalkannya satu amanah besar iaitu perniagaan buatnya. Dia kena usahakan sampai dia berjaya. Dia kena buat suaminya bangga dengannya. 






***Semua dah okay ke nak lepaskan Tengku Aidan? Malam ni author upload another one chapter sebab dah buat korang meroyan tapi dengan syarat pergi like my recent video tiktok pasal Tengku Aidan & Afyra! username; meowismyname_ Tak like/comment, author merajuk tak nak upload new chapter seminggu hahahah***

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now