Afyra tersedar dari tidur mendengar loceng rumahnya ditekan banyak. Dia yang masih mamai terus mencapai shawl hitam dan disarung kemas. Kakinya masih tersarung stokin yang dia pakai dari pagi tadi kerana sejuk.
Langkahnya lemah menuruni anak tangga. Buka saja pintu, sekujur tubuh Tengku Aleena dan Tengku Afreen terpacak di depan rumahnya dengan wajah Tengku Afreen yang terlihat risau. Sangat dingin.
"Kak Ally. Afreen. Buat apa kat sini?" soal Afyra dengan suara yang tersekat-sekat. Mereka berdua pula menilik wajah pucat Afyra.
"Fyra awak okay tak? Puas saya call, awak tak angkat. Saya ingat awak pengsan tadi" ucap Tengku Afreen dengan nada yang risau. Nampak dahinya yang licin itu berkerut.
"Sorry. Telefon saya habis battery rasanya. Saya tak sempat nak charge. Masuklah." jawab Afyra lalu pintunya dikuak besar untuk memberi laluan Tengku Aleena dan Tengku Afreen masuk. Terdengar beberapa kali batuk kecil dilepaskan.
"Mama risau kat Fyra. Tu dia suruh kita orang datang check" Tengku Aleena bersuara. Terdapat beberapa plastik yang digenggam Tengku Aleena ketika masuk. Mungkin makanan.
"Sorry risaukan semua. Fyra pening kepala sikit je semalam lepas balik kerja. Tu yang tak dapat masuk kerja hari ni" terang Afyra.
Mereka membawa diri ke arah sofa di ruang tamu.
Tengku Aleena terus melekapkan tangannya pada dahi Afyra.
"Fyra demam ni. Panas sangat dahi tu Kak Ally rasa. Kita pergi rumah Mama la jom. Kat sana ramai boleh tengok-tengokan Fyra"
Risau pula pada adik iparnya itu. Bukan dia tak tahu semenjak Tengku Aidan tiada, Afyra asyik menyibukkan diri dengan kerja. Entah terjaga entah tak kesihatannya.
"Takpelah Kak Ally. Fyra okay je ni. Nanti makan ubat okaylah"
"Dah jangan degil. Ni makan dulu Mama masakkan bubur ayam, then makan ubat. Lepas tu kita pergi balik rumah Mama" Tengku Aleena memainkan tugas sebagai seorang kakak. Terpaksalah Afyra akur.
****
Nasiblah dia jatuh sakit bila nak hujung minggu, tiadalah dia cuti lama. Hujung minggu dihabiskan di rumah Tengku Elias.
Tengku Rozita dan Mak Pah beriya-iya menjaga Afyra padahal dia cuma demam panas. Itu yang membuatkan dia sayang sangat pada keluarga mertuanya. Afyra tidak pernah terasa seperti orang asing di rumah itu.
"Fyra dah okay ke, nak?" soal Mak Pah bila melihat Afyra turun ke dapur untuk membantunya masak.
"Dah Mak Pah. Dah tak panas dah. Cuba Mak Pah rasa" tangan Mak Pah ditarik untuk rasa dahi Afyra. Di mukanya juga terukir senyuman untuk meyakinkan Mak Pah.
"Baguslah macam tu. Mak Pah risau kalau Fyra demam. Sudahlah Fyra duduk sana sorang-sorang"
Sejak pemergian Tengku Aidan. Kadang-kadang saja orang gaji datang untuk mengemas rumah. Jadi rumah itu memang sangat sunyi. Rumah besar tapi hanya dia didalamnya dengan kenangan Tengku Aidan.
Petang itu Afyra menemani Tengku Rozita di taman bunganya. Macam-macam yang mereka borakkan. Tengku Rozita suka berborak dengan Afyra kerana anak muda itu sangat lembut kalau berbicara. Mereka juga selalu bertukar-tukar pendapat.
"Fyra sekarang macam mana? Dah okay?" yang dimaksudkan oleh Tengku Rozita ialah kehidupan Afyra tanpa suami di sisi.
"Much better Ma" jawab Afyra sambil senyuman terukir di bibir merah itu.
"Baguslah macam tu."
"Fyra, Mama nak Fyra tahu yang kami semua tak pernah halang kalau Fyra nak buka hati Fyra untuk orang lain. Fyra tetap anak Mama and Papa" kepala Afyra yang tersarung tudung sarung itu diusap lembut. Memang dari awal perkenalan, dia sudah menganggap Afyra seperti anaknya sendiri.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?