Part 57

503 23 0
                                    


Sejak mengetahui kewujudan malaikat kecil di dalam perut, Afyra mula mengalami morning sickness yang teruk membuatkan dia tidak larat untuk pergi kerja. Tengku Aidan juga terpaksa mengambil cuti beberapa hari untuk menjaga Afyra di rumah. 

"Sayang nak buat apa hari ni?" soal Tengku Aidan sambil memeluk bahu Afyra untuk turun ke tingkat bawah. 

"Nak keluar tak Abang? Bosanlah asyik duduk rumah je" adu Afyra. Dia asyik terperap saja di rumah kerana tak larat. Baru hari ini dia rasa bersemangat sedikit. 

"Sayang larat ke nak keluar?" 

"In shaa Allah larat. Kalau Fyra pengsan, Abang dukunglah" Afyra mengukir senyuman nakal pada suaminya. Sejak mengandung, makin kuat rasa ingin mengada dengan Tengku Aidan. 

"Boleh princess. Anything for you" Tengku Aidan mencuit hidung isterinya. Dia turut senang bila melihat Afyra yang tampak lebih ceria dan bertenaga hari ini. 

Tapi kaki Afyra masih melangkah ke arah ruang tamu. Dia mengambil tempat di sofa lalu diikuti oleh Tengku Aidan. 

"Sayang kata nak keluar." pelik Tengku Aidan melihat isterinya. Kata nak keluar namun tidak pula dia pergi bersiap. 

"Hmm.." Afyra hanya membuat bunyi seolah memikirkan sesuatu. 

"Kenapa ni? Sayang ada mengidam apa-apa ke? " Tengku Aidan menatap wajah lembut isterinya. Yelah wanita mengandung selalunya mengidam macam-macam, mana tahu Afyra ada mengidamkan sesuatu maka terpaksalah dia cari demi isteri tercinta. 

"Ada tapi.." ayat Afyra tergantung. Jarinya dikuis-kuis pada peha seolah takut-takut ingin memberitahu. 

"Just tell me. Abang carikan. Sayang mengidam apa?" Tengku Aidan terus menarik tangan Afyra membuatkan Afyra memandang wajahnya. 

"Abang janji tak marah?" Afyra membuat muka comel. Hampir saja Tengku Aidan tergelak namun cepat dia sembunyikan. 

"Tak dan tak kan marah. Bagitahu je apa Sayang nak, In sha Allah Abang usahakan okay." Tengku Aidan menyakinkan Afyra. 

"Fyra teringin.." 

Kening Tengku Aidan sudah terangkat jelas wajah menanti Afyra menghabiskan ayatnya. 

"Fyra dah lama teringin nak pergi Sabah." jawab Afyra dengan sengihan. 

Tengku Aidan melepaskan nafas lega. Ingatkan Afyra ingin minta yang bukan-bukan. Risau dibuatnya jika tiba-tiba Afyra ingin makan biawak atau makan dakwat pen seperti yang selalu dia baca di internet. 

Tengku Aidan mengukirkan senyuman manis 

"Kalau macam tu jom lah kita pergi Sabah" laju Tengku Aidan merancang ke Sabah untuk isterinya.

"Tapi Abang tak busy ke? Dah lah Abang dah cuti lama then ni nak bawa Fyra pergi Sabah pula" Afyra mula rasa serba salah. 

"Boleh je Sayang. Qaid selalu hantar all the documents kat Abang even though I'm at home. Kalau Sayang nak pergi esok, Abang masuk office jap petang ni nak check everything. Boleh?" 

"Esok? Takpe ke?"

"Boleh Sayang. Tapi ni Sayang duduk rumah elok-elok jap sementara Abang pergi office. Sekejap je. Nanti Abang balik. Boleh?" tanya Tengku Aidan dengan penuh lembut.

Afyra mengangguk laju dengan penuh teruja. Tak sabar rasanya ingin pergi ke Sabah. Sudah lama dia masukkan Sabah ke dalam check list nya. 

***

Mereka telah tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu selepas penerbangan selama hampir 2 jam. Teruja sungguh Afyra selepas tiba di negeri yang sudah lama ingin dia pergi. 

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now