Part 8

565 25 0
                                    




Tengku Aidan membawa Afyra ke sebuah kafe kesukaannya di Paris. Hari itu merupakan hari terakhir mereka di Paris. Sepatutnya 4 hari 3 malam, tapi tiba-tiba Tengku Aidan ada urusan di pejabat maka mereka perlu balik lebih awal.

"Kenapa awak suka cafe ni?" soal Afyra sambil menghirup airnya. Cafe itu simple cuma pemandangannya yang cantik.

"Sebab bila kat sini, saya rasa tenang. Permandangan indah & makan pun sedap" Ringkas saja jawapan Tengku Aidan sambil melihat pemandangan di hadapannya.

Afyra senyum melihat wajah Tengku Aidan yang termenung itu. Kemudian dia menyambung makan fruit pavlova di depannya. Sedap sampai dia hanya fokus untuk makan. Lupa Tengku Aidan di hadapannya itu. Kemudian, Afyra teringat satu soalan yang sudah lama dia ingin tanya pada Tengku Aidan.

"Aidan, saya nak tanya something boleh?" berhati-hati Afyra bertanya.

"Sure, Princess." terus Tengku Aidan memandang Afyra untuk mendengar soalan yang ingin ditanya Afyra.

"Kenapa awak terus masuk meminang saya ya? Kenapa awak tak buat macam normal people do? Kenal, bercinta kemudian kahwin." Tipulah dia tidak pelik melihat sikap Tengku Aidan yang terus meminangnya selepas hanya 2 kali berjumpa.

"I don't like wasting time Afyra. Buat apa bazirkan masa untuk perkara sia-sia kalau boleh terus halalkan. Lagipun dalam Islam kan lebih indah bercinta selepas kahwin" tenang sahaja Tengku Aidan menjawab. Dari awal, dia memang tidak berniat untuk bercinta lama-lama dengan Afyra.

Afyra cuma tersenyum lalu menyuapkan fruit pavlova ke mulutnya. Betullah apa yang Tengku Aidan kata. Ramai pasangan bercinta bertahun-tahun, akhirnya berpisah juga. Buang masa.

"Awak akan menyesal ke kalau usaha awak sekarang ni sia-sia?"

"No and never. Saya perlu terima kenyataan kalau awak masih tak dapat terima saya. Yang penting saya dah usaha. Walaupun saya akan kecewa, saya kena terima dan hormat keputusan awak"

Afyra hanya senyap tak bersuara. Dapat dia rasakan Tengku Aidan seorang yang sangat percaya takdir Allah. Nampak saja beku muka ketat tapi dalamannya sangat baik.

Mereka bersiap-siap untuk pulang. Sempat juga Afyra membeli buah tangan buat keluarganya dan yang penting dia siap tulis di telefonnya berapa yang dia pinjam untuk dia bayar semula kepada Tengku Aidan nanti.

****

Setiba di Malaysia, Faziera dihantar pulang oleh Qaid. Tengku Aidan pula ingin menghantar sendiri Afyra. Haih sajalah habiskan minyak. Padahal sama jalan.

Sepanjang dalam perjalanan, Afyra terlelap. Mungkin kerana terlalu penat. Dalam flight tadi, dia tak dapat tidur dengan lena. Entah kenapa.

Apabila rasa kereta seperti sudah berhenti bergerak, baru Afyra terjaga, bila dia lihat sebelah, Tengku Aidan sedang fokus membaca sesuatu di ipadnya.

"Dah lama ke kita sampai?" Terkejut Afyra dia sudah sampai di depan bangunan apartmennya itu. Dia menggosok-gosok matanya kerana masih mamai.

"Just 5 minutes ago. Tak sampai hati saya nak kejut. Awak nyenyak sangat" Jawab Tengku Aidan dengan senyuman sambil menyimpan semula ipadnya.

"Sorry tau. Saya terlelap"  serba salah Afyra membuat lelaki itu menunggu.

"No worries princess" tak tunggu lama, mereka berdua keluar dari perut kereta. Afyra melihat Tengku Aidan sedang mengambil sesuatu dari boot kereta.

Terkaku Afyra melihat Tengku Aidan berjalan ke arahnya sambil memegang sejambak bunga Peony berwarna merah jambu.

"For you" Tengku Aidan menghulurkan bunga itu kepada Afyra.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now