Hari ini merupakan hari pertama Tengku Aidan masuk kerja semula. Semua terkejut mendengar perkhabaran yang Tengku Aidan masih hidup dan sudah pasti semua gembira mendengarnya.
"Tengku.." Qaid yang baru nampak sosok Tengku Aidan keluar dari lif terus lari memeluk Tengku Aidan. Terkejut Tengku Aidan dibuatnya.
"Tengku saya minta maaf saya tiada dengan Tengku time tu. Kalau saya ikut Tengku time tu mungkin semua ni tak kan terjadi."
Tengku Aidan sudah tergelak melihat Qaid yang merupakan pembantu setianya itu meluah perasaan. Mata Qaid juga sudah berkaca seolah ingin menangis.
"Nothings changed, Qaid. Kau bukannya Tuhan mahupun Avengers boleh buat apa-apa untuk elak semua itu jadi"
Kenyataan yang keluar dari mulut Tengku Aidan terus membuat Qaid sentap. Betul lah, kalau dia ikut tiada apa yang berubah. Mungkin dia pun sudah tiada sekarang.
Hari ini Tengku Aidan sangat sibuk. Banyak yang perlu dia kejar semula tentang segala perkembangan syarikat. Ada yang berubah ada yang masih sama. Nasiblah dia ada Qaid untuk menerangkan semua itu. Ada juga sedikit telah diceritakan Tengku Elias ketika di rumah.
Tengahari itu Tengku Aidan mengajak Megat Dhafir untuk makan tengahari bersama. Sejak dia balik dia belum sempat untuk berjumpa kawan baiknya itu kerana Megat Dhafir ada urusan di Johor.
"You're back bro!" Megat Dhafir yang baru sampai itu terus meluru memeluk Tengku Aidan.
"Aku rindu kau do Dan. Tak sangka kau hidup lagi" Megat Dhafir buat-buat lap air mata yang tiada.
"Ah tak payah nak berlakon." Tengku Aidan terus membuatkan muka jengkel melihat lakonan murahan kawannya itu.Mereka berdua terus mengambil tempat. Kedai makan favourite mereka sejak zaman belajar menjadi pilihan kerana kedai makan itu mempunyai privacy nya yang tersendiri. Suasana juga tenang dan mudah untuk berbincang apa-apa.
"So how's life?" soal Tengku Aidan. Sudah setahun lebih sudah tentu banyak yang berubah.
"Kalau pasal business, Alhamdulilah still sama macam dulu. Ada lah perkembangan. Kalau tanya pasal aku, aku nak jadi bapak orang dah" Megat Dhafir meraup rambutnya ke belakang seolah-olah mengeluh.
"Baguslah tu. Kau tak happy ke?"
"Happy tu happy nak dapat anak dah. Lagi sebulan je. Tapi tulah penat woo, melayan karenah mengidam isteri aku tu. Ada ke patut dia suruh aku cari daging landak. Puas aku call semua orang tau." ngadu Megat Dhafir beriya-iya.
Tengku Aidan sudah tergelak mendengarnya. Dia tahu isteri mengandung selalu mengidam yang pelik-pelik tapi bila kena batang kawan baiknya sendiri, makin rasa kelakar.
"Itu baru satu. Belum lagi ada satu hari tu dia ajak aku tidur kat luar rumah konon nak tidur hadap bulan. Tak pasal badan aku penuh kena gigit nyamuk esoknya tu"
Tengku Aidan sudah menggeleng kepala rasa kelakar mendengarnya.
"Layankan jelah. Faziera yang bawa anak kau dalam perut dia. Kau sebagai suami kena lah hargai"
Megat Dhafir mengangguk tanda setuju. Seperti Tengku Aidan, dia juga sanggup melakukan apa sahaja untuk isterinya. Walaupun cerita mereka sedikit berbeza kerana Megat Dhafir sudah terbiasa mempunyai kekasih sebelum berkahwin, namun setelah bernikah hati dan hidupnya hanya untuk Faziera seorang. Tak mungkin dia akan kecewakan perempuan yang akan membawa keturunannya.
"Enough of me. Kau macam mana pula?" soal Megat Dhafir.
"Happier than ever!" dari senyuman yang terpancar di bibir Tengku Aidan sudah tahu yang dia maksudkan apa yang dia cakap itu.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?