Part 39

442 23 2
                                    


Sudah 4 bulan sejak Afyra menyibukkan diri dengan perniagaannya yang dibina oleh Tengku Aidan. Masih ingat hari pertama dia masuk ke pejabatnya, Tengku Afreen yang mengajar dia segala-galanya. Awal-awal agak kekok tapi Afyra seorang yang cepat belajar. Jadi senang dia untuk faham semula.

Eliya merupakan pembantu peribadinya. Mungkin tanpa Eliya, dia akan lagi susah. Jadi dia sangat bersyukur Eliya menjadi pembantu peribadinya. Kadang-kadang dia pergi juga ke Reliant Sdn Bhd yang sekarang diurus semula oleh Tengku Elias. Tengku Afreen pula dalam proses melayakkan diri menjadi CEO. Selepas kehilangan Tengku Aidan, Tengku Afreen juga berubah. Dia menjadi seorang yang sangat komited dengan kerja. Hilang terus perangainya yang suka main-main.

FitIn Sdn Bhd merupakan syarikat di bawah nama Afyra. Walaupun syarikat ini baru, tapi dia mula dikenali berkat syarikat Reliant Sdn Bhd banyak mempromosikan nya. Seperti yang Afyra rancang, syarikat itu memfokuskan pada pakaian dan barang harian untuk muslim. Sekarang Afyra dalam perancangan untuk membuka kedainya sendiri. 4 bulan sejak dia mula bekerja dihabiskan untuk mencari pembekal dan menapis segala produk yang ingin dijual nanti.

Dia sering ke Thailand, Vietnam dan Indonesia untuk mencari pembekal yang dapat memuaskan hati. Ada juga kadang-kadang Tengku Afreen menemaninya untuk memberi buah fikiran. Dia langsung tidak mahu membuang masa. Sebab itu dia cepat-cepat ingin membuka kedai FitIn supaya orang awam dapat mengenali lebih dekat syarikatnya itu.

****

Setelah lama bekerja, Afyra langsung tidak mengambil cuti. Dia betul-betul menyibukkan diri dengan kerja. Sampai Encik Zahid, Puan Riani serta Along dan Angah yang terpaksa datang ke rumahnya untuk melawat. Mereka langsung tidak terasa kerana tahu Afyra buat begitu untuk menghilangkan rasa sedih.

Tapi hari ini Afyra yang balik kampung. Rindu katanya. Sejak kehilangan suami, dia langsung tak pulang ke kampung.

"Assalamualaikum Mak Ayah" Afyra menyalam kedua ibu bapanya.

"Waalaikumsalam adik. Cepat adik balik. Mak ingat adik balik petang sikit" kali ini kepulangan Afyra sendiri. Tiada suami di sisi. Encik Zahid dan Puan Riani juga terasa dengan kehilangan Tengku Aidan. Mereka sudah menganggap Tengku Aidan seperti anak mereka sendiri.

"Siap kemas rumah pagi tadi terus gerak balik. Bukan ada siapa pun kat rumah. Adik masuk bilik dulu ya mak. Penat pula drive" Afyra terus membuka langkah ke biliknya.

Encik Zahid dan Puan Riani saling berpandangan. Sedih melihat Afyra. Mesti dia sangat sunyi di rumah yang besar itu.

Petang itu Afyra berjalan seorang ke kedai runcit. Saja ingin mengambil udara segar sendirian. Teringat dirinya sebelum berkahwin dulu. Afyra cuma keluar untuk membeli aiskrim lalu dia duduk di sebuah bangku yang berada di tengah alam sambil memandang ke arah langit biru.

'Fyra minta maaf Fyra keluar sendiri. Abang maafkan Fyra tau.' Afyra bercakap pada diri sendiri. Dia masih tak lupa pesanan terakhir suaminya. Tapi sekarang dia kena buat semuanya sendiri.

"Eh Nurin, lama tak nampak Nurin balik kampung" lamunan Afyra dihentikan oleh suara Makcik Kiah.

"Haah Makcik Kiah. Sibuk sikit dengan kerja. Ni baru ada masa nak balik" Afyra menjawab lembut.

"Nurin masih bersedih ya? Tapi Nurin nak risau apa ramai lagi beratur nak kat Nurin" ucapan Makcik Senah itu mengundang cubitan dari Makcik Kiah.

Afyra hanya tersenyum. Mana mungkin ada sesiapa dapat menggantikan tempat Tengku Aidan di hatinya.

"Nurin minta diri dulu lah ya. Assalamualaikum" Afyra terus membuka langkah untuk pulang.

"Kau ni Senah. Budak itu baru je menjanda. Kau dah cakap macam tu" marah Makcik Kiah.

Places to Your HeartWhere stories live. Discover now