Hari ini Afyra mengajak Tengku Aidan berjoging di tasik berdekatan rumah mereka. Saja ingin bersenam. Asyik terperap di rumah saja pun lesu badan.
"Abang.. Fyra penatlah. Kita rehat kejap" baru lari 1 pusingan sudah pancit. Tengku Aidan pula nampak masih bersemangat. Biasalah badan suaminya itu fit, selalu bersenam. Jadi apalah sangat berjoging. Lainlah dia, bersenam boleh kira guna jari berapa kali setahun.
"Awal betul rehat. Baru satu pusingan"
"Alaaa. Kaki Fyra lengguh lah. Rehat kejap" ada saja alasan dari mulut Afyra. Tengku Aidan menghulur botol air kepada isterinya. Kang pengsan dia juga yang kena dukung.
Sedang Afyra menyua air ke dalam mulut, matanya melilau melihat sekitar tasik itu. Ramai orang yang beriadah sepertinya. Tapi, ada satu sosok yang menarik minatnya sampai tersembur air dalam mulut.
"Ya allah sayang. Apa tak senonoh minum macam ni" Tengku Aidan terus mengelap mulut Afyra menggunakan tisu. Mata Afyra masih ralit memandang sosok yang dia pandang tadi.
"Abang, Fyra nampak something"
"Mana ada hantu siang-siang ni sayang"
Afyra terus menarik tangan suaminya menuju ke arah sosok yang dia pandang tadi.
"Fa?" Afyra menegur. Sosok yang dia nampak dari jauh tadi adalah Faziera. Dan dia nampak Faziera sedang bergelak sakan dengan seorang lelaki yang dia tak nampak mukanya. Mereka sudah lama tidak ketemu jadi dia tak tahu cerita tentang Faziera. Dia cuma agak Faziera terlalu sibuk dengan kerja.
Kedua-dua pasangan yang sedang berborak itu terus memusing kepala untuk melihat siapa yang memanggil. Dan dua-dua terkejut. Bukan setakat mereka berdua, Afyra dan Tengku Aidan pun terkejut.
Faziera dan Megat Dhafir keluar bersama? Tengku Aidan sudah menahan gelak. Tak sangka cepat betul kawannya buat kerja. Megat Dhafir pula sudah malu. Kantoi pula dah.
"Kau tak bagitahu aku pun." Afyra merajuk Faziera langsung tak memberitahunya yang dia bekerja di syarikat Megat Dhafir.
"Alaa sorrylah. Actually awal-awal aku pun tak tahu aku kerja kat company dia. Sampailah dia buli aku, baru aku tahu" jawab Faziera.
"Haa? Dhafir buli kau? Kenapa tak report kat pejabat buruh?" Faziera sudah tepuk dahi.
"Seminggu je dia buli. Lepas itu, dia jadi baik" Faziera tersenyum sendiri. Walaupun perubahan drastik Megat Dhafir itu mengejutkan dia tapi dia suka. Megat Dhafir kini lebih lembut.
"Amboi. Ini dah tangkap cintan ke apa?" seperti boleh agak. Mana ada pekerja dan majikan keluar bersenam berdua.
"Awal lagi lah. Maybe he's just being nice" ayat memujuk hati sendiri. Dia sendiri takut untuk berharap. Dia dengan Megat Dhafir bagai langit dengan bumi. Tak kan lah Megat Dhafir suka padanya.
"Alaa mana tahu Dhafir tu memang betul suka kat kau. Kahwin jelah terus. Tak payah bercinta lama-lama. Buang masa"
Faziera cuma tersenyum. Jauh di sudut hatinya berharap perkara yang sama.
****
Sementara tidak bekerja, Afyra banyak mengumpul maklumat tentang perniagaan yang dia ingin bina. Banyak kali Tengku Aidan memujuk untuk buka sahaja. Dia lebih dari mampu untuk jadi pelabur utama. Tapi Afyra kata dia belum bersedia lagi. Dia perlukan sedikit masa. Bukan senang menjadi peniaga. Kalau untung setiap masa, tak apa lah. Ini nak menghadap rugi kemudian nak jaga kebajikan pekerja lagi. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan. Sesekali Afyra ke pejabat Tengku Aidan, banyak juga perkara dia dapat belajar.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?