Afyra perlu berjumpa Dr.Aisyah untuk menyiapkan research papernya. Ada yang masih perlu diperbaiki. Afyra orangnya sangat 'perfectionist'. Dia tak suka buat kerja cincai. Selepas 3 jam mengadakan discussion dengan Dr.Aisyah, Afyra meminta izin untuk pulang. Setiba di tempat parkir, Afyra nampak sosok lelaki yang ingin dia elak. Laju kaki melangkah ke keretanya."Afyra. Nurin Afyra!" jerit Reza.
'Haih apa mamat ni buat kat sini' bisik hati Afyra. Tidak menghiraukan panggilan Reza, Afyra terus menambah kelajuan kakinya. Baru dia ingin membuka pintu kereta, tiba-tiba tangan Reza menutupnya kembali. Laju betul kaki mamat ini kejar dia.
"Nak apa awak ni" marah Afyra.
"Nak jumpa awak lah Fyra. Dah lama kita tak jumpa. Saya call whatsapp awak semua awak tak layan." jawab Reza
"Nak buat apa layan awak. Kita bukan ada apa-apa pun" malas sahaja jawapan yang keluar dari mulut Afyra sambil mata memandang sekeliling. Malas dia ingin melihat wajah Reza itu.
"Teman saya makan, boleh?" ajak Reza. Sangat berani ya ajak tunang orang makan. Tapi yelah yang tahu tentang pertunangan dia dan Tengku Aidan hanyalah keluarga mereka dan Faziera sahaja. Orang kata bertunang baik dirahsiakan.
"Saya dah kenyang dan saya kena balik cepat. Kucing saya masuk hospital" laju alasan keluar dari mulut Afyra. Terus dia menarik pintu kereta dan kunci. Sejak bila pula dia bela kucing tapi lantaklah yang penting dia selamat dari Reza.
Kereta milik Afyra laju keluar dari pekarangan universiti. Reza hanya tersenyum melihat sikap Afyra yang jual mahal. Yang jual mahal inilah yang ramai mahu.
'Wait and see. One day you'll be mine'
****
Sampai sahaja di rumah sewa, Afyra masuk memberi salam dengan muka monyok.
"Dah kenapa masam sangat muka ni? Terlanggar biawak ke? Tanya Faziera. Dia tahu Afyra memang selalu berwajah tegang tapi ini lain macam tegangnya.
"Reza. Dia jumpa aku tadi" itu sahaja Afyra jawab lalu menghempaskan badannya di atas sofa.
"Aik dah kenapa mamat tu. Dia nak apa?" curious pula Faziera. Selalunya Reza hanya kacau Afyra di telefon kerana dia bekerja di Perlis. Itu yang membuatkan Afyra tidak takut kerana dia tahu Reza sangat jauh.
"Dia ajak makan. Dia still kerja kat Perlis kan Fa?" Entah kenapa Afyra rasa tidak sedap hati dengan pertemuan mereka tadi.
"Tak silap aku dia still kerja sana. Tak tahu lah kalau dah tukar tempat kerja. Kau nak aku siasat ke?" jawab Faziera. Reza itu senior mereka zaman degree. Faziera boleh saja menyiasat tentang Reza melalui seniornya yang lain.
"Hm tak payahlah. Buang masa je" sejujurnya Afyra malas ingin ambil tahu tentang Reza. Afyra terus mengambil langkah ke biliknya untuk solat.
****
Hari ini Afyra dan Faziera keluar bersiar-siar di Central I-City. Saja ingin menghilangkan tekanan belajar. Selepas selesai menonton wayang, Faziera mengajak Afyra untuk makan di salah sebuah kedai makan yang sedang viral. Afyra hanya menggeleng melihat perangai kawannya yang senang terpengaruh dengan benda viral. Kadang bukan sedap pun, hype je lebih. Selalu Afyra membebel padanya.
Sedang mereka sedap makan, tiba Afyra mendapat panggilan dari Encik Tunang iaitu Tengku Aidan. Mereka hanya menghubungi satu sama lain kadang-kadang sahaja. Macam mana Afyra ingin menghormati jadual sibuk Tengku Aidan, begitu juga Tengku Aidan menghormati waktu belajar Afyra. Tersenyum Afyra melihat nama Tengku Aidan di skrin telefonnya.
YOU ARE READING
Places to Your Heart
Romance"I hope we will meet again if destiny let us" Mampukah mereka mengekalkan kebahagiaan yang dibina?