"Fitri?" Sunyi apabila jejaka dihadapannya itu mula menyebut namanya.
"Nashwa." Fitri betulkan panggilan. Fitri tidak suka digelar dengan nama keduanya selain ahli keluarga.
Jejaka itu hanya mengangguk.
"Aidil." Kening Fitri terjungkit. 'Tak tanya pun.'
"Oh." Itu balasanya.
"Err.. memang nak diam macam ni aje ke? Nama Aidil kan?" Mawar memecahkan kesunyian.
"Aariz Aidil. Aariz." Aik Aariz pula tadi kata Aidil. Mawar garu kepala.
"Ouh.. Tak apa la, kami balik dulu ye wahai Leftanan muda Aariz Aidil." Laju Fitri ucapkan selamat tinggal.
"Ehh.. Nash tunggu aku!!" Dengan sepantas kilat Mawar mengejar langkah Fitri.
"Kau asal laju sangat." Apabila sudah berada disebelah, dengan kelajuan 110km perminit tamparan melekat dengan jayanya di bahu kanan Fitri.
Pap!!
"Sakit la gilerr."
"Asal laju sangat, nak pergi mana laju-laju? Hensem kot Leftenan sorang tu..uishh ruginya kau tak ngorat dia. Aku tengok cara dia tengok kau tadi--"
"Hang elok-elok boleh balik naik kereta axia aku..karang ada yang balik naik kapal selam."
"Kau ni baru lepas makan tebuan ke? garang semacam. Kalau garang macam ni sampai bila-bila la tak kahwin."
"Biaq la aku kahwin lambat pun. Tak kahwin pun tak apa...I'm gonna die virgin."
"Orang tua-tua cakap, yang single lama ni akan kahwin dulu..mana tahu bulan depan dah ada anak."
Fitri pekup mulut Mawar.
Dia ni bukan boleh sangat. Celupar. Mulut masin.
Tengok tadi. Dia doa aku terpeluk Leftenan seorang.
Bukan terpeluk dah..
Tercium terus.
"Hmppp.!!"
"Sowwy.." Senyum tidak bersalah apabila terlupa mahu alihkan tangan dari menutup mulut Mawar.
"Mawar, adik hang nanti duduk mana? Tak akan nak serumah dengan kita?"
"Betul jugak kan." Mawar garu kepala.
"Kita hantar dia pergi rumah pak lang aku. Sebenarnya aku tak tahu kau balik awal dari kampung. Aku ingat kau balik minggu depan, jadi boleh la adik aku tumpang sebentar sebelum balik Kelantan."
"Suka hati kau lah. La ni mana adik hang pi?"
Baru disebut, tuan punya nama sudah tiba.
"Hang ni pi mana lama-lama, sembang mengalah orang perempuan..." Dah kena bebel pula si Malaeq.
"Sorry la kak. Malaeq sembang dengan Tuan Aariz tu kejap. Dia ajak pergi rumah dia, ada buat kenduri kesyukuran minggu depan."
"Seriously!!" Mawar dah excited.
"Aku dah lama tak makan nasi kenduri Nash."
"Aku tak join kot, busy nak urusan hal dengan syarikat penerbit."
"Kenduri pagi, petang tu kak Nash pergi la yer?" Mata dah mengalahkan Puss in Boots Malaeq tayang. Adik kakak sama ja.
"Ya la.."
***
"Kau buat apa Nash?"
"Tengah susun senarai semak. Kalau tidak semua dah siap pagi ni, tapi ada 2 mickey mouse ni nak pergi kenduri jadi aku kena tangguh la kerja pagi ni ke petang."
Fitri sememang sudah cantik mengenakan baju kebaya labuh dan bertudung selendang.
"Simple nya kau bersiap. Make up la sikit kalau ya pun."
"Kenduri kesyukuran, okay la ni, mana ada simple sangat, lagipun aku tak ada niat nak cari jodoh."
"Tapi kan.. pinjam lipstick kau kejap, lawa la colur dia, beli mana?"
"Online, aku dah siap susun senarai semak. Cepat, nak pergi ambil adik hang lagi."
"Nash, tengok aku."
"How. Look good? Young? Fresh?"
"Hang dah 26 tahun Mawar.. hang rasa?"
"Malas aku dengan kau ni."
"Kalau malaih tak payah pi."
"Okay-okay jom."
***
"Ya Allah, Nash. Bapak besar.." dah kenapa si Mawar ni.
"Bapak sapa?"
"Kau ni, buka mata kau luas-luas. Nampaknya Leftenan sorang ni bukan calang-calang orang la kan. Kau tengok la rumah dia. Ni kalau kau kahwin dengan---"
"Hang belum pernah merasa makan guna tiup kan?" Mawar kemam bibir.
"Tahu pun diam."
"Jom masuk kak." Malaeq dah laju masuk selepas nampak beberapa orang kawannya.
"Kita nak duduk mana ni Nash."
"Duduk ja la mana-mana yang boleh duduk. Hang kalau nak makan sila panggung dengan kucing dalam sangkaq tu pun aku tak kesah."
"Tapi aku tak mengaku kawan la."
Pap!!
Fitri usap bahunya yang ditampar oleh Mawar.
"Kau---"
"Tak makan lagi?"
"Baru nak makan. Aariz dah makan?" Ramah pula si Mawar ni.
Fitri perasan akan mata lelaki itu memandangnya sekilas sebelum kembali melihat Mawar.
"Saya Tuan rumah. Jadi kau orang makan lah dulu. Sini boleh duduk."
"Kau anak syurga boleh duduk situ."
"Hang---"
"Ni kawan-kawan Aariz ke, tak tahu pula mama Aariz ada kawan perempuan."
Selamat hang jerung, Ish!!
"Bukan--"
"Ya Aunty saya Mawar." Fitri tahan sabar apabila percakapannya sering dipotong.
"Habis yang kecik molek ni?" Wanita berusia itu memandang Fitri selepas bersalaman dengan Mawar.
Ini mesti mama Si JERUNG tu. Tapi, biar benci anak, jangan benci Mak.
"Saya Nashwa. Nashwa Fitri..Aunty."
"Ouh Fitri..!!"
Suaranya hampir satu khemah dengar, Fitri dan Mawar senyum janggal.
'Apa yang terkejut sangat dengan nama aku?'
Selepas itu, anak terunanya yang berada disebelah dikerling.
Aku tahu anak dia hensem.
Ehemm. Boleh la.
"Awat Aunty?"
"Tak ada apa, comei nama. Aunty suka."
--------------------TBC..
6.11.2022
re-edit:29.9.2023
YOU ARE READING
DARIN's [C]
Ficción GeneralDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022