cp-38🐏

343 25 7
                                    

Huahh!!

Pap!

"Adu--"

"Shuh!" Zarul usap kepala yang baru sahaja menjadi sasaran telapak tangan Aidil. Aku menguap aje pun.

Pap!! pap!

Zarul tampar tempat yang menjadi persinggahan RnR nyamuk-nyamuk itu.

"Aku tumbuk kau kejap lagi." Zarul tayang wajah pasarah, tangan dan pahanya digaru selepas menjadi sasaran nyamuk yang sedang 'meraba' setiap inchi kulit tubuhnya.

Gatal nokk!

"Sampai bila nak duk sini? banyak nyamuk la." Ujar Zarul. Lepas dapat panggil itu, terus Aidil ajak Zarul pergi dengan segera, pukul 4 pagi ye!

"Betul ka sini alamat dia?"

"Aku rasa la." Dari tadi Aidil tenung maps digital itu. Entah betul entah tidak la tu.

Macam la ada line kat dalam hutan ni..

"Arh!!" Aidil segera berhentikan langkah.

"Itu.. itu suara Fitri." Aidil pandang Zarul..

Zarul rentap tangan Aidil

"Jap! jangan kalot! relax. Think rasional.. hang tak boleh buat benda terburu-buru. Fikir apa yang patut kita buat sekarang, ingat. Bantuan belum tiba, kita kena lengahkan masa, jadi kita perlukan plan yang betul. Sikap terburu-buru tak membantu kita menyelesaikan masalah, malah tambah masalah." Tegur Zarul.

"Apa kita perlu buat? nak tunggu? sampai bila, nak tunggu isteri aku mati dulu baru boleh ke?"

"Bukan macam tu, Aariz. Ingat apa yang kita belajar, kenali siapa lawan kita. Kita patut kawal dia bukan dia kawal kita. Laki tu gila, dia psycho, kejap lagi bukan dia yang psycho hang, aku yang psycho hang." Geram Zarul dibuatnya dengan tingkah gelabah biawak Aidil.

Aidil sudah gelisah sendiri.

"Kita kena cari dulu suara tu mai dari mana." Laju Aidil anggukan kepala.

Beru beberapa langkah...

"Lepasla, bodoh!!" Detak jantung Aidil kian laju apabila suara itu juga kian jelas dipelupuk telinganya.

"Ada rumah kayu usang." Aidil senggol lengan Zarul. Mereka merapati rumah kayu usang itu..

Aidil dan Zarul mengendap dari lubang kecil yang ada pada dinding papan itu.

"Sekarang pukul berapa, Rul?"

"5:06 am." Aidil angguk kepala.

Kiranya, hampir sejam juga perjalanan mereka untuk tiba di rumah usang yang berada betul-betul di sepadan Thailand-Kelantan ini. Agak hulu..

Di intai dari luar, pada penglihatannya terlihat seorang wanita sedang terbaring lemah dan seorang wanita sedang meronta-ronta.

Aidil ketap bibir melihat pinggir bibir itu mengalirkan darah baru.

"Kau ambil telefon aku, kan?! mana kau letak!" Syakir jerkah kuat dihadapan wajah Fitri. Fitri ludah air liur yang bercampur darah itu ke lantai.

"Aku cakap, aku tak ambil tu.. tak ambil lah!! hang pekak ka apa, dah tuli sangat?!" Jerkah Fitri, turut sama naik suaranya.

"Kau tipu!"

Pang!!

Tamparan kedua kalinya sudah tidak memberi kesan buat Fitri.

"Tu ja?"

"Aku tanya tu ja ka yang hang reti, bangsat?!" Aidil yang berada diluar menggengam penumbuk.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now