Aidil bawa tangan ke dahi Fitri.
"Kenapa ni?" Fitri gelengkan kepala.
"Jangan tipu, abang tahu sayang tak okay."
"Abang.." Fitri alihkan badan menghadap tubuh Aidil yang baru sahaja duduk di atas sofa bersebelahannya.
"Hm?" Aidil jungkitkan kening.
"Abang tak pelik ka bila kandungan ni dah 5 bulan. Kita baru nikah 4 bulan macam tu."
"Nak pelik sebab apa?"
"Ya la, kandungan dah 5 bulan tau, kalau orang luar tau, mesti depa ingat ni anak tak sah taraf, itu yang tak tau kisah sebenaq. Kena yang tau kisah betoi? Fitri tak kandungkan anak Sya--" Akhirnya terlepas jua apa yang terbuku di dalam hati.
"Shh! abang tak suka la sebut nama jantan tu. Stop it! ini anak abang. Sayang, malam tu tak ada apa yang berlaku. You save, Zarul datang tepat pada masa, jantan tu tak sempat buat apa-apa."
"Be--betul? abang tak tipu?"
"Betul, sayang. Ini anak kita, abang yakin sangat."
"Tapi, abang tak pelik ka!!!" Fitri dah melerek.
Dia nakkan jawapan!
"Kalau pelik pun, kenapa? Sayang memang pelik pun, sebab tu abang nikah dengan sayang. Kalau anak abang pelik, dah tahu dah menurun dari mana."
Aku gigit jugak dia ni.
"Tapi abang--"
"Sudah la, jom naik tidur. Tak elok tidur lambat." Jemari Fitri digengam dan ditarik lembut agar mengikutinya masuk ke dalam bilik.
"Sudah la tak tahu diri sendiri mengandung, nasib tak jadi apa-apa. Lasak semacam, siap boleh lari rumah lagi." Bebel Aidil sepanjang mendaki anak tangga.
"Abang perli Fitri?"
"Mana ada, dah sini abang dodoii." Tubuh Fitri ditolak agar berbaring ditengah katil.
"Abang ingat orang ni John nak didodoi."
"Practice makes something perfect, sebelum dodoi anak kena dodoi mama dia dulu." Fitri jeling Aidil.
Aidil gantikan bantal dikepala Fitri dengan lengan sasanya. Ditepuk sisi pinggang Fitri, tepukkan kian perlahan sehingga terhenti sendiri.
Aik?
Fitri panggung kepala.
Orang yang nak dodoi dah tidur dulu. Ceh! kalau ada anak ni, papa dia yang tidur dulu bukan anak!
Fikiran Fitri melayang sebentar..
Kenangan terimbau kembali apabila masih di hospital.
"Siapa? masuk la."
Fitri letak sudu di atas pinggan semula. Melihat siapakah gerangan yang datang melawatnya.
Kening Fitri terus berkerut..
"Awak nak apa Camilla?"
"I cuma nak melawat you. I dengar you dah mengandung, congratulations."
"Terima kasih." Fitri masih berfikiran positif.
"Boleh I duduk." Camilla tunjukkan kerusi disebelah Fitri.
"Berapa bulan?"
"5 maybe, belum scan lagi. Minggu depan kot, nak tunggu Aidil cuti."
"Ohh, cepatnya bukan you berdua baru kahwin? You are already 5 months pregnant when you have only been married for 4 months, I guess?" Fitri teguk liur sendiri, prasangkanya betul, sesiapa yang dengar mungkin akan hairan juga.
YOU ARE READING
DARIN's [C]
Fiction généraleDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022