cp-13🐏

1.5K 107 3
                                    

sorry tapi aku malas gila nak update la ni.
rajin² la doakan perjalan hidup aku berjalan lancar dan doakan supaya aku rajin study. n doakan supaya jauhi aku dari negative n toxic people. aku dah penat nak hadap depa.

plus aku tgh busy dgn assignment n hw n exam. minggu depan exam lagi. so faham² ja la.
terpaling penting! doa bagi aku dapat 4.00
- afsun (24.10.23)

Thanks setia menunggu.

***

"Hang nak bawa aku pergi mana lagi ni? jam pun dah nak injak ke 10 malam."  JERUNG ni, aku tanya tak pernah nak jawap. Bisu kot!

Fitri pandang luar cermin kereta apabila kereta sudah memasuki satu kawasan parking yang luas.

"Awat tak cakap nak datang pesta, dah la aku pakai baju kemeja." Rungut Fitri, dia sudah la cepat berpeluh.

"Aku baru teringat harini ada pesta. Dah lama tak datang, jadi aku bawa kau sekali."

Keluar sahaja dari kereta, Aidil berjalan mendekati Fitri sebelum sling beg yang di galas pada bahu kanan diambilnya.

"Ehh! nak buat apa?"

"Aku pegang."

"Tak payah.."

"Sini ramai orang, nanti kau sendiri tak sedar barang kau hilang bila dah bersempit-sempit. Manusia sekarang ni licik."

"Tak apa, aku boleh silangkan ke depan."

"Kau tu perempuan, sudahla kecik. Sekali orang rentap dengan kau-kau pergi. Meh sini biar aku galas." Aidil rentap beg di bahu Fitri dan digalasnya.

"Degil!" Mencerun Fitri pandang Aidil yang baru sahaja memanggilnya degil.

Buk!!

"Laaa, hang berhenti berjalan ni awat?" Fitri gosok dahinya.

"Kau pegang tali beg ni."

"Pasaipa pulak?!" Bengang dia dibuatnya.

"Kau pilih. Pegang tali beg ni atau pegang tangan aku." Ada yang aku karate kejap lagi.

"Ye..ye aku pegang dah jom jalan."

"Kau nak makan takoyaki?"

"Nak!!"

Fitri lihat Aidil tersenyum ringkas dan mengangguk sebelum berjalan ke gerai yang menjual takoyaki.

Set mix menjadi pilihan kami.

"Kita duduk sana, meriah sikit. Sini sunyi, seram kena tangkap basah dengan kau."

"Hang ingat aku teringin." Marah Fitri, tangan masih memegang kejap tali beg yang bersilang di tubuh tegap Aidil.

"Kau tak makan?"

"Kenyang la, hang makan la perabih." Fitri tolak bekas takoyaki miliknya, tanpa segan silu Aidil makan takoyaki milik Fitri.

"Kau tengok apa?"

"Tak ada apa, seronok mai sini, aku tak pernah mai sebelum ni."

"Kau tak pernah datang?" Suara Aidil seperti terkejut.

Fitri geleng.

"Ayah tak kasi, dia kata anak dara tak elok pi tempat macam ni."

"Aku kira jahat la sebab dah bawa anak dara orang keluar?"

DARIN's [C]Where stories live. Discover now