cp-50🐏

1.7K 117 25
                                    

SURAT PERTUKARAN....

Aidil hela nafas berat.

Betul ke?

Kamarul Hakma.

Aidil renung nama yang terdapat pada pintu kayu itu.

Aidil pusing belakang, baru setapak Aidil kembali hentikan langkahnya kembali.

Kau dah janji Aidil. Ini aje jalan dia.. kau bukan berhenti kerja pun. Just, tukar cara kerja.. Nothing happen. Kau tak susahkan sesiapa pun. Yang penting kau ada lebih masa untuk anak bini kau. Kali ni aje..

Aidil pusing belakang dan tangan naik mengetuk pintu kayu itu perlahan.

"Masuk.."

"Aariz? awak buat apa kat sini, nak apply cuti lagi? isteri awak sakit lagi ye?" Aidil senyum kelat dan gelengkan kepala.

Surat di tangan dia serahkan.

"Saya nak serahkan ini, Laksamana." Berkerut seribu dahi lelaki dihadapan Aidil.

"Duduk dulu.." Kerusi ditarik.

Lelaki itu meninggalkan cermin matanya dan memberi sepenuh tumpuan kepada Aidil.

"Boleh saya tahu kenapa awak ambil keputusan ni? Awak orang penting Aariz. We trust you." Mata Aidil memandang tajam orang atasannya.

Dia diam seribu sehinggakan lelaki dihadapannya mengangguk kepala.

"Awak tak nak tarik semula surat pertukaran ni? Awak leader yang cemerlang Aariz. Awak nak sia-siakan kebolehan awak?"

"Saya minta maaf, Laksamana. Saya memang berhasrat untuk tukar posisi selepas misi pemberontak tempoh hari. Saya masih sedia berkhidmat sekiranya khidmat saya diperlukan."

"Saya... tak nak sia-siakan masa dengan anak isteri, Laksamana. Saya tahu keputusan saya ni pentingkan diri. But, I have no choice."

"Pilihan di tangan awak. Saya tahu anak isteri itu penting tapi tindakkan awak ini, awak rasa betul? Awak masih muda."

"Saya rasa ini yang terbaik. Kalau keluarga kecil sendiri pun saya tak mampu jaga, macam mana nak lindungi negara. Kedengaran macam alssan tak munasabah. Tapi itu lah alasan saya."

"Saya rasa, lebih baik jangan sia-siakan darah muda yang lain. Saya pun kian mengijak usia. Saya ada baca biodata ahli rekrut yang baru. No less great. They are quite perfect.. hampir sama dengan markah saya, kalau di asah tak mustahil boleh jadi yang terbaik."

"Laksamana jangan bimbang, saya bukan berhenti, cuma nak undur diri dari ahli GGK.. I need more time with my family."

"Baiklah, saya luluskan permohonan awak, tapi dengan satu syarat."

"Syarat apa?"

"Janji dengan saya yang awak akan jadi pelatih untuk budak-budak tu nanti. And, make sure dia orang lagi hebat dari awak." Aidil tergelak mendengar ujaran yang terakhir.

"Baik, Laksamana!"

***


"Kau betul ke ni Aariz. Tak best la bertugas tak ada kau." Rungut Fateh.

"Cara kau bercakap macam aku ni berhenti kerja, padahal aku tukar tugas aje. Tiap hari kau boleh tengok muka aku yang hensem ni kat padang." Fateh mencebik. Sendiri isi sendiri angkat..

"Fakhrul dengan Zarul kan ada.. "

"Aariz!" Fateh peluk Aidil. Dasar anak mak!

"Ish! aku busy la.. Lepas!"

DARIN's [C]Where stories live. Discover now