cp-20🐏

1.5K 115 16
                                    

"Cantinya anak ibu."

Senyum ditarik dengan lebar. Fitri sedaya upaya menyarung topeng di figura, berharap netra-nya tidak boleh berbicara.

Fitri masih keliru dengan kata hatinya, mulut berkata tidak tetapi tubuh berkata sebaliknya. Macam mana kalau Aidil benar-benar masih menaruh hati pada masa silamnya?

"Anak ibu memang la cantik." Ibu tersenyum.

"Ibu harap anak bongsu ibu ni bahagia dunia akhirat. Akak dah besar, tapi ibu sentiasa rasa kakak masih kecil. Rasa macam semalam ibu bersalin."

Ibu dan drama berpisah tiada.

Kakak? Fitri digelar sebagai kakak hanya disebabkan dia teringin nak ada adik. Jadi ibu panggil dia kakak supaya Fitri tak minta adik lagi.

Pelik kan?

Fitri pandang muka pintu apabila dirasakan ada orang berdiri disana.

"Ayah.."

"Buat drama apa ni darling?" Alahh dah mula dah sesi pujuk memujuk.

"Kakak duduk dalam bilik tau, Ibu ja yang keluar. Bila dah sah, Aidil akan masuk bilik. Masa tu tanggungjawap kakak dah besar, jangan biadap dengan suami. Jaga makan, pakai dan hati suami. Yang paling penting jaga maruah suami."

"Kalau.. kalau Aidil sakitkan adik, beritahu ayah. Biar ayah ajar dia. Ayah tak mendoakan tapi kalau Aidil dah tak nak dekat anak bongsu ayah. Adik jangan risau, ayah mahu. Biar ayah jaga adik. Nashwa Fitri sentiasa jadi milik ayah walaupun dah nikah."

"Ayah akan pastikan itu." Bibir Ayah singgap di dahi anak bongsu nya. Sudah lama gelaran adik tidak digunakan..

***

Dari dalam bilik Fitri dapat dengar nama penuhnya disebut satu persatu oleh insan yang bergelar ayah sebelum disambut oleh suara garau jejaka yang bakal menjadi suaminya.

Aariz Aidil Bin Amin Ridzuwan

Leftenan Muda Aariz Aidil Bin Amin Ridzuwan.

Jantung berdetak laju apabila pintu itu dibuka perlahan-lahan oleh seseorang.

Mawar dan seorang lelaki?

"Maaf ganggu, Nash. Ni la tunang aku, dia akan jadi jurugambar korang.."

"Ehem!" Mereka berdua toleh kebelakang apabila terdengar deheman seseorang.

Aidil!

"Assalamualaikum." Tersimpu malu Fitri dibuatnya. Terpandangkan Aidil yang kacak berbaju melayu warna putih gading sedondon dengannya. Fuhh tergugat iman.

"Boleh pegang?"

"Huh?" Tidak menunggu jawapan Fitri, jari jemari itu dicapainya.

Akibat terkejut dengan sentuhan hangat Aidil, pantas Fitri ingin menarik semula tangannya, tetapi gagal apabila gengaman tangan Aidil sangat erat.

Jemari Fitri diusap lembut sebelum dikucupnya tiba-tiba. Eh? bukan selalunya pengantin perempuan yang cium tangan pengantin lelaki?

Mata Aidil bukan tertacap pada Fitri tetapi pada tunang Mawar.

"Dah boleh mula?" Soal Aidil..

"Boleh mudah. Ini cincin.." Mawar hulurkan bekas hantaran yang memiliki kotak baldu cincin pasangan itu.

Walaupun ini bukan sentuhan pertama mereka tetapi masih terasa debar. Sentuhan sebelum ini sekadar menghulurkan pertolongan bukan dalam situasa macam sekarang. Suka sama suka? mungkin..

DARIN's [C]Where stories live. Discover now