cp-11🐏

1.5K 105 11
                                    

"Amboi! senangnya hati encik abang kita sorang ni, siap berpantun lagi, tak lama lagi ada yang panggil makan nasi minyak la.."

"Aku sokong kau Fakhrul. Apa katak?" Terdengar kekekkan tawa sambung menyambung apabila salah seorang dari mereka perli Aidil.

"Aku call budak yang jagakan Rio. Pantun tadi aku suruh dia tolong sampaikan untuk anak kesayangan aku tu."

"Yo latu, membongak yo kojo kau. kau pikir den baghu kona kau duo aghi? Dah botaun la Aariz." Fakhrul kembali menyakat. Keluar habis loghat nogori.

"Aariz, aku hampir terlupa, ex mu ada datang minggu lepas, cari mu. Nasib mu kelik kampung." Sambung Fateh.

"Gila ke datang sini cari aku?"

"Mana aku tahu, gewe mu bukan aku." Fateh menjawap malas. Selepas siap kilapkan kasut terus dia baringkan badan atas katil bujang itu.

"Ex!" Aidil perbetulkan, Fateh angkat bahu, lepastu keluh dilepaskan.

"Ekau kenapa ni Fateh? macam orang tua den tengok."

"Aku penat la mummy dengan abi aku tak habis tanya bila nak kahwin." Dengan wajah masam Fateh bercerita.

"Wahai Al-Fateh bin Al-imran tabahlah anda. Aku pun senasib dengan kau."

"Baiklah Aariz Aidil bin Amin Ridzuwan."

"Den tak termasuk." Fakhrul angkat kain tuala putihnya.

"Kau memang gatal. Tak sampai 22 dah nak kahwin, tak menyabar betul, latihan pun belum tamat lagi masa tu." Aariz Aidil mulakan hujah.

"Nak buat macam mana tak kahwin nanti orang cantas. Sudah la nyaris-nyaris aje si buah hati pengarang jantung den tu kena kebas ekau tahu." Aariz Aidil dan Al-Fateh gulingkan biji mata ke atas.

Macam tak tahu kisah cinta dua ekor tu. Nasib jodoh kuat dan nasib baik jugaklah si Fakhrul ni tak putus asa.

"Kau gatal. Aku bagi tahu mak kau, kau gatal." Fateh masih lagi dalam mood mengusik.

"Ehh mana ada."

"Mana ada konon, anak selang setahun mana ada konon." Ujar Aariz Aidil.

"Anak pertama baru 7 bulan dah ada nombor 2. Sekarang kira kau dah pandai merancang la kan?"

"Kau Aariz. Aku sumpah bini kau bunting pelamin baru tahu." Kan dah kena sumpah.

"Ehh! asal aku pulak. Nihh si Fateh pun sama tau."

"Aku tak bersalah, mu yang buka topic bahawasanya anak dia selang setahun." Fateh buat muka tak bersalah.

"Tapi Aariz okay apa bunting pelimin awal sikit mu dapat anok. Hebat aa tu." Ujar Fateh.

Buk!!

Kan dah mendapat.

"Sedap kena baling bantal." Terkekeh Fakhrul apabila sebijik bantal mendarat tepat ke wajah Fateh.

"Esok ekau balik Aariz?"

"Ha?"

"Aku tanya esok ekau balik ko?"

"Insyaallah, kalau tak ada aral melintang. Kes pun pihak polis sudah ambil alih." Fakhrul anggukkan kepala.

"Asal?" Soal Aariz Aidil hairan dengan sikap sahabatnya.

"Tak ada apa saja, tak sabar nak makan nasi minyak kau." Mood yang kembali reda dah riuh kembali.

"Kau kan, mentang-mentang anak dah 2 kau kena kan aku. Kau jangan sampai aku jadi menantu kau." Ujar Aidil sambil tangan menekan-nekan dada Fakhrul seolah melakukan CPR.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now