"Macam mana kau tahu isteri aku ada dekat mana?" Aidil memulakan perbualan yang hampir 30 minit dalam keadaan bisu tadi.
"Sebab dia target aku.."
"Siapa?"
"Syakir bin Sahar. 30 tahun. Mempunyai rekod, pembunuhan, rogol dan disyaki memiliki masalah mental atau psycho." Aidil tidak terkejut wahimah sedikit.
Dah agak sebenarnya.
"Kalau nama dia ada dalam rekod, kenapa lepaskan dia gitu aje?"
"Sebab tak ada bukti yang sahih. Dia sebenaqnya pengamal ilmu hitam. Ramai dah orang terpukau dengan tingkah dia. Termasuk Nashwa, itu salah satu faktor pasaipa si Nashwa tak ingat sapa yang hampir rogol dia." Terang Zaruh. Masih tenang memandu kenderaannya.
"Macam mana kau tahu Nashwa hampir dirogol dan bukannya dirogol. Siapa beritahu kau?"
Kereta berhenti dilampu isyarat merah.
Zarul menyelak sedikit bajunya, terdapat bekas jahitan yang agak panjang pada abdomen miliknya.
Ngeri!
"Kenapa--"
"Si bangsat tu punya kerja. Sebenaqnya, aku saksi tempat kejadian. Waktu dan tempat yang sama, dengan apa yang berlaku kat Nashwa malam tu."
"3 kali tikaman yang hampir meragut nyawa aku. Semua berlaku semasa pergelutan dengan si tak guna tu la!" Zarul mengeluh dan selakkan bajunya tadi diturunkan.
"Sekurangnya aku bersyukur tak ada benda buruk jadi kat Nashwa. Aku dah anggap dia macam adik aku. Mujur masa tu aku terdetik untuk intai melalui tingkap bilik Nashwa. Ya, aku tau benda tu salah. But I have no choice. Aku tak sedap hati, and I was right."
"Waktu aku intai tu, aku nampak dia tengah tindih tubuh Nashwa. Aku syak Nashwa kena pukau. And yeahh, dia sesedap anak tekak ambik kesempatan." naik geram Zarul dibuatnya bila ingatkan peristiwa itu.
"Lepas kau nampak tu, kau buat apa?"
"Aku jerkah la, lepaih tu dia lari ikut tingkap. Aku digan dia sampai dalam semak. Mungkin aku cuai masa tu, dan ini la padah dia. Padan muka sendiri." Zarul buang keluh resah. Lega bila dapat cerita benda yang betul.
Zarul tukar gear kepada 'D' dan pedel minyak ditekan.
"Sebab ni la kau ditukarkan ke unit aku?" Soal Aidil mendapat anggukan dari Zarul.
"Hm, tapi masih dengan misi yang sama. Duk digan bangsat tu jugak. Tapi terkejut jugak aku bila tau Nashwa dah nikah dengan hang." Zarul jeling Aidil disebelah sekilas pandang.
"Dah jodoh."
"Hm, ada hikmah kot aku tak dak jodoh dengan Nashwa dulu. She got someone better then me."
"And insyaallah you can also get someone better then her." Balas Aidil semula.
Kemudian keheningan kembali menjalar didalam kereta milik Zarul.
Aidil sekadar mengeluh.
Dia termenung sepanjang perjalanan itu..
***
"Ye memang aku suka dan cintakan Nashwa.." Zarul tarik nafas..
"Tapi itu dulu dan aku masih waras lahh!!"
Gambar yang berada dimeja ditunjukkan.
"Kau tengok gambar ni. Memang ada Nashwa tetapi perhati dengan lebih terliti." Jarinya menunjukkan ke arah sesuatu.

YOU ARE READING
DARIN's [C]
General FictionDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022