'Special Chapter'

1.4K 96 28
                                    

Dari tadi Aidil ke hulu ke hilir dihadapan pintu bilik pembedahan untuk kesekian kalinya.

Tadi suruh masuk azan anak lepastu suruh aku tunggu pulak. Apa kes doktor ni!

Aidil pandang lampu yang bertukar hijau.

Betul-betul dah habis kan?

Selesai dah kan?

"Maaf encik. Anak encik perlu ditahan di NICU untuk pemantauan."

"Anak.. saya tak apa-apa, kan?" Doktor wanita itu jatuhkan kepala beberapa kali bersama senyuman ringkas.

"You got a boy. Your wife said, he is copying your face."

"My wife, she's fine, right?"

"Allamdulillah, semua berjalan dengan lancar, setakat ni. Hopefully, she will recover soon. Puan dibawa ke unit ICU dahulu untuk pemantauan seterusnya."

"Kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu..." Doktor itu tundukkan sedikit kepalanya.

"..and, yeah. Kalau nak tengok anak boleh la pergi NICU. Kalau dibenarkan masuk, itu nasib encik lah."

Aidil berjalan dengan lemah menuju ke unit NICU.

Bayi merah yang baru sahaja ditolak masuk itu direnung. Tag nama dilihat. Kecil matanya merenung nama di kaki itu.

Nashwa Fitri..

Anak aku!

"Afif Muiz.." Aidil lekapkan tangan pada kaca yang memisahkan 2 tempat itu.

"Keciknya kaki anak papa.." Sebak Aidil dibuatnya.

"Kalau papa tak marah mama, mesti mama tak jatuh tangga dan adik pun tak akan keluar awal, kan. "

"Te..terima kasih bagi kerjasama dengan mama dan permudahkan mama untuk lahirkan adik.." Seolah mendengar suara papa nya, bayi itu mula merenggek.

Aidil mula gelisah.. Mata melilau merata mecari jururawat yang bertugas.

"Encik.." Terhinjut bahu Aidil bila bahunya ditepuk. Terus dia pusing belakang.

Wajah penuh tanda tanya ditayang..

"Nak masuk?"

"Boleh ke?"

"Sekejap tu boleh la.." Beritahu doktor lelaki itu.

Terus Aidil angguk kepala.

Masuk sahaja ke dalam ruang itu, dia mula dekatkan badan dengan incubator baby. Aidil pegang tangan kecil itu. Seolah tahu itu papanya tangisan mula reda.

"Keciknya.. adik tak sampai 2kg pun." Aidil dekatkan bibir dengan telinga kecil itu sebelum alunan merdu azan dialunkan perlahan.

"Dah selesai?" Soal salah seorang jururawat.

Aidil senyum.. dan anggukkan kepala.

'Papa tak boleh dukung sayang lagi..' Getus hatinya, sempat tangannya memegang jemari kecil itu walau hanya sebentar.

"Oh, encik. Isteri encik dah ditolak masuk ke dalam wad. Kalau nak tengok tu boleh la."

"Baik, terima kasih." Senyuman diberikan.

Aidil tolak pintu wad itu. Dia sempat hadiahkan segaris senyuman pada jururawat yang bertugas.

"Nashwa Fitri.."

"Hm, katil nombor 2." Dalam bilik itu hanya ada 2 orang sahaja pesakit.

Aidil selak langsir itu.

Tubuh itu masih bergantung pada alat pernafan.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now