cp-7🐏

1.6K 115 23
                                    

"Kau dah nak keluar?" Soal Mawar melihat Fitri yang sedang membetulkan tudung di kepala.

"Hm, nak pergi ambil stock tudung, lepastu nak pergi beli hadiah dekat ibu ayah."

"Stock tudung baru ke?" Fitri angguk.

"Untung la ada business sendiri." Fitri tersenyum mendengar pujian ala kadar dari Mawar.

"Mawar, agak-agak hadiah apa yang elok untuk anniversary ibu ayah aku?"

"It's an easy bestie. Aku cadangkan barang perhiasan, gelang, rantai atau hm..handbag pun okay juga. Kalau ayah, jam? lelaki kan suka jam."

"Baguih la kepala otak hang ni. I like."

"Mak tahu nyah.." Fitri jeling Mawar.

Mawar ni pandai, cantik, kelakar. Tapi aku harap keturunan dia sampai situ aje.

Cukuplah.

***

Fitri padang jam rolex yang berada di tempat duduk sebelah pemandu.

"It's a good choice."

Fitri keluar dari kereta apabila sudah sampai ke destinasinya. Hàdìd jewel.

"Welcome, miss. May I help you?" Penuh ramah pekerja itu menegur Fitri.

"I nak cari perhiasan untuk anniversary ibu I."

"May I know your budget?"

"RM3K to RM7K.." Habis duit simpanan aku.

"Kalau untuk anniversary, mostly pelanggan kami akan tempah rantai."

"Rantai?"

"Yes. Miss nak tengok design yang dah siap or nak design sendiri?"

'Anniversary ibu dah dekat, macam tak sempat ja nak tempah.'

"Boleh I tengok design yang dah siap."

"Boleh, miss. Kami ada keluaran baharu, design yang terinspirasi dari old design, simple but elegant. Tidak terlalu banyak permata, tetapi menyerlah. Price RM 6899.00"

"Can I take a look?"

"Sure."

Diamond cut yang simple, cantik bertakhta. Tapi yang paling penting ialah, di dalam diamond yang kecil itu dapat Fitri lihat bayangan rose kecil apabila diamond itu terkena cahaya.

"Inspired by beauty and the beast." Jelas pekerja itu.

"I take this."

Tersenyum pekerja itu, rantai itu diletakkan ke dalam kotak baldu bewarna navy blue.

"This is yours's." Kad dihulur.

Menangis apabila satu pesanan menyatakan bahawa kad debit nya hanya tinggal beberapa ringgit sahaja baki.

Senyum paksa kepada pekerja itu tetapi didalam hati sudah mengangis.

Baru hendak melangkah keluar, Fitri kini dipaksa masuk semula.

"Masuk!!"

"Serahkan semua duit kalau tak perempuan ni mati." Tubuh Fitri ditarik membelakangi, pisau diletakkan betul-betul dilehernya. Pedih.

Dalam keadaan getir, segala jenis pertahanan diri yang pernah belajar juga boleh lupa.

Menggigil seluruh badan.

Bang!!

Satu tembakkan dilepaskan ke syiling apabila seorang pekerja cuba menghubungi pihak berkuasa.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now