cp-28🐏

1.7K 115 6
                                    

"Nak pergi mana?"

"Nak hantar hardcopy pada penerbit."

"Dia orang dah terima ke?" Fitri jeling lelaki yang bercakap dengannya.

"Jangan pandang orang sebelah mata."

"No, abang gunakan kedua belah biji mata untuk tengok Darin. Tapi gitu aje abang tengok."

"Apa maksud 'gitu'? hang nak kata aku ni sama ja la sentiasa.."

"Eh! tak baik tabur fitnah, maksud abang. Gitu aje dari awal kenal. Makin cantik. Ha! itu maksud abang. Kalut sungguh bini aku sorang ni."

Aidil mendekati Fitri yang sedang membetulkan tudung.

Tangan Fitri akan dicapai dan dicium, macam selalu.. Taktik halus yang selalu digunakan untuk tegur Fitri agar sentiasa salam suami.

Fitri hanya diam memerhati tingkah Aidil yang sedang selongkar handbag nya. Satu persatu barang dimasukkan.

"Done, semua barang abang dah letak. Dengan izin Allah, abang redha setiap langkah sayang harini. Pergi kerja elok-elok, barang abang dah masukkan, insyaallah tak ada yang tertinggal." Dahi bersih itu dikucup sayang, terpejam mata Fitri menikmati kehangat sementara itu.

Jadi, ni lah yang Fateh cuba sampaikan, pandang suami kita dengan mata hati.

Dari siang bawa kemalam.. hanya topik itu sahaja didalam kepala.

Dan hanya nama itu sahaja di dalam minda.

Juga sering meniti dibibir.

Aariz Aidil.

Fitri rasa tidak akan ada lagi lelaki lain yang sanggup layannya seperti Aidil.

Jujur, banyak perubahan sikap yang Aidil tunjuk.

Cara teguran Aidil juga halus sampaikan Fitri sendiri tidak sedar bahawa Aidil tengah tegur caranya.

Kalau Fitri terleka, contohnya nak keluar rumah tapi lupa nak salam si suami. Mesti Aidil yang mulakan langkah. Macam pagi tadi, jemari si isteri yang dia cium.

Kalau tengah makanan pula mesti Aidil akan suap Fitri dahulu, seolah menegurnya untuk mendahului suami untuk bacaan doa sebelum makan.

Dari segi pernampilan, mesti Aidil akan betulkan tudung atau rambut Fitri sehingga Fitri tersedar bahawa penampilan suami juga dia perlu kemaskan terutama kalau Aidil perlu ke tempat kerja.

Dan sekarang Fitri tersedar satu lagi fakta.. Aidil tengah tegur cara percakapan dan kata panggilan mereka agar lebih lembut.

"Why?" Terkelip-kelip mata bulat itu bila ditegur suami. Bila dia ada kat sebelah?

'Ter' berangan pulak!

"Darin tengok apa?"

"Saja scan suami sendiri.."

"Berapa peratus?" Soal Aidil semula.

"Huh?"

"Berapa peratus abang layak jadi suami Darin."

"100%, tak ada discount." Aidil cuit hidung mancung milik isterinya.

"Ab..abang, Fitri nak tanya something boleh?" Tersimpul anak tekak Fitri dibuatnya.

Aidil tersenyum lebar mendengar tutur lembut itu.

"Apa tu?"

"Awat abang tak usik kita dah lepaih ja malam pertama tu?"

"Abang tak nak memaksa."

"Tapi Fitri tak rasa terpaksa pun." Aidil pandang tepat mata Fitri.

Aidil lingkarkan tangan sasanya ke pinggang ramping itu erat, ditarik rapat ke arahnya. Tangannya menjalar ke sekitar tubuh itu.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now