"Nashwa nak kemana malam-malam ni."
"Tak pi mana pun, nak mandi ja, panaih la, makcik." Fitri garu-garu badan sendiri.
Fitri diarahkan oleh suaminya sendiri iaitu Aidil untuk tinggal dengannya dirumah makcik dan pakcik.
"Haish.. bahaya la mandi kat belakang tu sorang-sorang. Aariz mana, suruh dia teman."
"Tak dak apa kot.. Aidil pulak pi mana tah tadi, angkat baju kot." Baru sahaja Fitri ingin melangkah, tangannya sudah dilelar seseorang.
"Abang teman, tunggu kejap." Laju Fitri dengar suara Aidil membalas.
Mai mana la laki aku malam-malam ni..
"Eh tak payah la, bang.."
"Apa yang tak payahnya. Aariz, pergi teman. Tolong mandikan si Nashwa ni, lagi afdhal.."
Afdhal ni la yang Aidil suka dengar..
Akhirnya Fitri mengalah.
Lebih kepada pasrah..
Ni yang meremang buku roma nih!!!
"Dah jom." Aidil lelar tangan Fitri menuruni tangga dengan penuh berhati-hati.
Krekk!!
Pintu zink besi itu ditolak perlahan, dan dikatup.
Kerusi plastik yang selalu digunakan makcik untuk mencuci pakaian diambil dan diletakkan di tepi kolah.
"Duduk sini tau." Tubuh Fitri ditarik dan didudukkan dengan penuh berhati-hati di atas kerusi plastik kecil itu.
"Nak buat apa--"
"Dengar aje la cakap abang, tadi siang dah tampar suami sendiri. Malam nak melawan cakap suami pula, hm?" Fitri kemam bibir.
"Sini, angkat tangan." Fitri buat seperti yang diarah.
Tak nak melawan dah! nanti kena perli lagi.
"Abang buat apa ni." Fitri pandang Aidil atas bawah.
"Apa? Nah pakai kain batik ni." Dia sua, dia yang pakaikan.
Aidil sarungkan kain batik ke tubuh Fitri.. Memerah wajah Fitri menahan malu.
"Nak malu kenapa, abang dah tengok semua.. sayang." Meleret suara Aidil. Saja nak mengusik.
"Abang!" Bahu kekar itu ditampar.
"Betul la, kalau tak..." Aidil rapatkan bibir ditepi telinga Fitri.
"..mana datangnya adik dalam perut sayang ni."
Dia ni kalau bercakap payah betoi nak tapis!
Hmp!!
Aidil cebok air dalam gayung plastik dan disuakan kepada Fitri.
"Sejuk tak air ni, boleh tak?" Fitri celup tangan dalam cebok itu.
"Ayaq kolah, memang la sejuk.." Itu balasan Fitri.
"Sayang.. boleh tahan kan?" Soal Aidil lagi sekali. Takut kalau-kalau isteri kejang kaki atau kacip gigi dalam bilik air ni.
"Boleh, tak ada apa kot."
"Betul? tapi sejuk sangat ni--"
"Aariz!"
"Ye makcik!" terhenti perbualan kami apabila pintu bilik air itu diketuk.
"Ambil air panas kat dapur, makcik dah didihkan.."
Aidil keluar dan masuk semula dengan sebesen air panas dan diletakkan ditepi Fitri. Air kolah dicebok dan dicampurkan ke dalam air panas tadi. Makcik pula berdiri tegak depan pintu bilik air yang belum ditutup.
YOU ARE READING
DARIN's [C]
General FictionDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022