ch-1🐏

3.4K 127 9
                                    

"Wahai puteri lilin mai dari langit ke 13, ente turun sendiri sebelum ana naik!!" Nashwa Fitri menutup kembali telinga apabila mendengar suara ibunya kembali memekik.

"Sekejap lahh ibu, ishh." Orang dah la tengah sedih ini. Air mata Fitri kesat.

Sampai hati hayyat buat Aira macam tu. Heliza ni pun satu laki orang pun nak.

Dia melihat wajahnya dari pantulan cermin sebelum dia melangkah turun ke tingkat bawah.

"Lawa juga aku ni noh walaupun baru lepaih sedih-sedih. Flawless gituuww."

Dengan wajah selamba berudu, Fitri melangkah turun.

"Reti pun turun, perangai macam budak darjah satu. Macam mana nak menikah pun ibu tak tau. Nak kata muda dah tua bangka. Kalau orang mai meminang hang, ibu terima ja nih."

"Terima ja la ibu, agak-agak muka macam model Giorgio Armani, otak macam Albert Einstein pun okay dah. Akak tak memilih sangat kalau dah 'Takdir untuk Aku.' " Itu balasanya.

"Loyar buruk hang dengan ibu noh, hang tunggu la. Muka maca model gogo armani ka otak setinggi almari dua tingkat ka. Ibu terima ja. Biaq padan muka hang." Ibu cuma pulangkan paku ke buah keras.

"Pagi-pagi dah bising dia beranak ni." Abah menyampuk.

"Ouh abang..Kanda lihat la anak mu ini." Ibu cuba mengadu.

"Haih penat sudah. Kalau aku tau besaq-besaq jadi lagu ni aku rendam hang dalam mesin basuh auto."

Abah menggelengkan kepala.

"Ye, Princess, itu la. Biasa dia tu." Telinga Fitri dijentik.

Fitri pegang telingan yang baru sahaja dijentik oleh abah. Padan la berjodoh, abah pun melayan aje karenah ibu.

"Nak sweet-sweet pun kat dapuq. Eii geli.."

"Itu la orang suruh nikah tak mau." Kini suara along pula terdengar.

"Wahh along. Mana Noah?"

"Ada ha tengah main dengan John." Kak Nisa. Kak ipaq aku.

"Noah!!"

"Acuu!!" Riang suara kanak-kanak yang berusia 3 tahun itu berlari ke arahnya.

"Rindunya acu dekat dia." Fitri gomol pipi Noah, mengekek dia ketawa.

"Mana John?" John, kucing kesayangan ibu. Nama penuh John Labu, anak hasil mengawan dengan kucing jiran sebelah. HaHa.. bapak dia dah arwah. Mak dia? kena tanya jiran sebelah sebab mak dia kat sebelah.

"Awah kete abi.."

"Nanti kita main dengan John, sekarang kita masuk rumah. Okay baby?"

"Yokey, cantik."

"Kereta siapa pulak yang masuk tu?"

"Hmm, acamm kereta mama ngah la." Noah bersuara.

"Yeke? bukan mama ngah naik kereta lain?"

"Tak mama ngah beli kereta baruuu... Papa ngah bagi hadiah ani...anive..ani apa ahh Acu?" Noah berputus ada apabila ayat yang ingin disambung tak kunjung tiba.

"Anniversary."

"Haha!! ani tu la."

"Yaka? mana Noah tau?"

"Sebab Noah dengar mama cakap. Lepastu abi pun pernah bagi mama rantai masa anniv..ani.. ani apa acu?"

"Anniversary la Noah." Telinga lintah betul budak ni. Apa orang cakap dia dengar.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now