"Are you.. that sure, Darin?"
"Abang tak percaya?"
"No, abang cuma nak kepastian. Kenapa sayang fikir semuanya berpunca dari Zarul?" Aidil masih bersuara tenang.
"Sebab..sebab dia pernah lamar Fitri dulu. Tapi Fitri tolak lamaran Zarul."
"Itu aje?"
"Abang tak percaya?"
"Bukan--"
"No! Abang lagi percaya Zarul dari Fitri, kan?"
"Heyy..we talk nicely. Lower your voice, I'm your husband, please remember that." Fitri terus menapak naik ke tingkat atas.
Sungguh emosinya tidak stabil sekarang ini.
***
"Darin.. duduk sini, meh.." Fitri buat tidak endah dengan panggilannya.
Hmpp!
mogok la katakan.
"Sayang--"
"Fitri nak keluaq jumpa kawan sat, boleh?" Fitri berdiri dihadapan Aidil. Kepala dipanggungkan melihat wajah kacak itu.
"Boleh.Tapi darin nak jumpa siapa?" Aidil pandang wajah Fitri penuh tanda tanya.
"Pasaipa, dah tak percaya kat orang sangat ka?"
"Bukan.." Aidil mengeluh sebelum menjatuhkan beberapa kali kepalanya.
"Abang izinkan tapi balik sebelum 5 petang ye."
"Okay." Fitri tunduk dan menyalam kekura tangan suaminya.
***
"Kau kenapa muka macam ayam berak kapur ni?" Aidil menjeling sahabatnya yang berada disebelah.
"Entah la Fakhrul aku serabut la dengan Fitri ni."
"Kenapa. Dia buat apa lagi?"
"Kau tahu kan kes dia dulu?" Fakhrul pandang wajah sahabatnya sebelum mengangguk.
"Semalam, suddenly she said yang Zarul terlibat dengan kes dia dulu. Aku pun tanya la, sebab apa dia boleh fikir sampai macam tu, kan.."
"..dia kata Zarul pernah lamar dia tapi dia tolak lamaran tu."
"Itu aje?" Kini Aidil pula mengagguk.
"Kau dah siasat kes ni?"
"Dah, tapi masih tak ada bukti la. Aku pun dah buntu nak cari siapa jantan tak guna tu."
"Bukti yang kau simpan sebelum ni?"
"Ada dengan aku tapi tak cukup la. Tak ada bukti kukuh. Note tu semua tak ada seberang kesan yang boleh dibuat sebagai bukti, macam cop jari ke."
"Aku pun pening dengan kes kau ni Aariz. Apa yang jantan tu nak dengan bini kau. Nak kata artist pun tak, famous tu boleh la juga, dia kan penulis buku tapi more to private life tak semua orang kenal." Fakhrul buat spekulasi sendiri.
"Itu yang aku pelik sekarang ni, Fakhrul. Aku pun kadang-kandang syak juga yang si Zarul ni terlibat. Cara dia pandang Fitri tu.."
"...aku pulak yang seram."
"Macam aku pernah cakap. Zarul memang ligat, macam yang kita tahu, mulut manis dia tu.. haihh, jarang mengecewakan. Tapi untuk rosakkan anak dara orang atau bini orang tu--"
"Aku susah la nak percaya." Noktah Aidil.
"Kau yakin itu semua kerja Zarul." Aidil angkat bahu.
"Setakat ini kau berdoa la banyak-banyak semoga Allah berikan pertunjuk." Senang cara Fakhrul noktahkan kata-kata.
YOU ARE READING
DARIN's [C]
Aktuelle LiteraturDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022