cp-2🐏

2K 122 18
                                    

"Nash, minggu depan adik aku tamat Khusus Asas Tentera Laut, kau temankan aku boleh?" Mawar. Housemate Fitri. Walaupun jarak umur berbeza 2 tahun, tetapi mereka lebih selesa berborak seolah seumuran.

Siapa kesah, umur hanyalah angka.

"Panas, tak nak aku terdedah kepada sinaran UV lama-lama, nanti masalah mata macam katarak, kemerosotan makular, fotokeratitis, pinguecula dan pterygium. Aku ni dah bermata empat--"

"Lepastu terkena radiasi bebas yang boleh memastikan sel-sel kulit kau tu kan?" See, dia dah boleh hafal apa yang nakal aku ungkap.

"Ya la aku teman ja hang, tapi sat ja sebab aku malaih tunggu lama-lama. Belecak hang tau ketiak aku."

"Ye la puteri lilin."

***

"Mana adik hang ni. Kan aku dah kata belecak dah ketiak aku tunggu depa habis."

Ramai juga family yang sedang menunggu. Paling kesian bila tengok ada yang mendukung bayi.

"Panaih-panaih bawak baby tu buat apa? kesian anak dia." Fitri muncungkan bibir ke arah satu family.

"Kan."

"Adik hang umur berapa Mawar?"

"20 tahun."

"Muda lagi." Dah bertahun berkawan dengan Mawar ini kali pertama Fitri tahu umur adik Mawar.

"Adik aku dinobatkan sebagai LM terbaik keseliruhan lelaki kau tahu." Dengan bangga Mawar bercerita.

"LM?"

"Laskar Muda." Kelas Mawar.

"Nak pergi ladies kejap. Dia orang dah habis tu. Ramai dah yang start keluar." Beritahunya

"Iye, kau tu jalan elok-elok, jangan cemerkap sangat karang tak pasal terpeluk Leftenan sorang."

"Amboi hang, masin mulut satgi." Mawar ketawa mendengar ujaran sahabatnya.

"Mana tandas ni." Sambil melilaukan mata, Fitri tidak sengaja terlanggar bahu seseorang.

"Sorry." Fitri tundukkan kepala. Memang tak la nak beri senyuman untuk ajnabi. Terus dia berlalu pergi. Tapi macam pernah ku lihat wajahnya. Iras siapa ehh?

Sedang ralit berfikir Fitri tidak perasan dia hampir sampai. Nampak sahaja signboard belok ke kanan untuk ke ladies terus dia berlari anak.

Buk!

Melelong rasa tubuh. 'Aku langgar tiang ke.' Tapi tiang apa tengah-tengah jalan ni.

"Hey saudari!! mata dah empat pun masih tak nampak aku yang besar ni ke?" Marah lelaki itu. Fitri gosok kepala yang masih tak hilang pening.

Fuh! pening kepala aku matt.

"Sorry."

"Hello saudari. Mata tu kalau tak cukup 4 pakai lagi 2. Bagi cukup 6 terus." Sinis lelaki itu. Mentang-mentang sekarang Fitri tengah pakai cermin mata dia nak suruh pula pakai lens sekali.

'Hello.. ini Nashwa Fitri la. Sinis menyinis ni makanan aku lah. Mom of savage tau.'

"Maaf saudara, hijab saya ni tertutup tak nampak syaitan." Balasnya geram. Mata berani menatap anak mata helang itu.

"Yang awak berdiri dah macam tiang bendera kat sini asal? Tak cukup berdiri dekat dataran tadi nak sambung bertapa depan tandas pula?"

"Awat, teringin nak jadi syaitan panggil umat manusia masuk jamban?" Haaa. Jangan cabar Nashwa Fitri kalau tak mahu terkelu tujuh keturunan.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now