"Tak kerja ka? lama betul cuti. Tak balik rumah mama hang?"
Fitri labuhkan punggungnya berhadapan Aidil yang sedang merenung tablet nya sambil berbaring santai di atas gazebo.
"Kau nampak aku kat depan kau kan, maksudnya aku tak balik la. Lagipun sekarang cuti, mesti papa bawa dua kuntum tu bercuti."
"Kau ni tak kerja?"
"Aku kan kerja sendiri, lepas hantar manuscript dah boleh goyang kaki tunggu buku keluar."
"Habis tu kenapa kau tak menulis?"
"Aku baru hantar manuscript, nak tulis cerita baru, otak pula tepu."
Selepas beberapa minit, perasaan bosan menghurung dirinya, Fitri masuk semula ke dalam rumah dan keluar semula membawa sebuah meja jepun dan beberapa helai kertas.
"Kau nak buat apa?"
"Rangka jalan cerita la."
"Atas kertas?" Soal Aidil. Dia masih berbaring santai.
"Hm, lagipun fon kan ada. Aku type melalui fon lepastu send ke laptop."
Aidil sekadar mengumam.
"Hang buat apa dari tadi, busy ja aku tengok."
"Tengah baca kes, dalam askar mana ada istilah cuti. Kau ingat aku tengah main Roblox ke?"
"Aku tak cakap macam tu pun. Eh, Aidil.. Hang dalam bidang apa, udara, laut ka darat?"
"Darat, tapi sebelum ni aku ikut latihan laut."
"Boleh pulak macam tu? latihan kan lain-lain."
"Waktu study aku masuk palapes laut. Lepas aje grade sebagai Leftenan muda, aku sambung lagi 9 bulan latihan untuk diserap sebagai pegawai tetap, aku mintak untuk masuk under TDM."
"Lagipun aku rasa macam lagi menarik berada di darat berbanding laut. Laut ni aku rasa macam lagi bahaya, ya.. di darat pun bahaya jugak. Tapi di laut lagi susah dijangka apa yang bakal dan akan berlaku di dasar laut sana."
Fitri hanya muncungkan mulut berbentuk O.
"Sekarang hang tengah baca kes baru ka?"
"hm, tengah baca naskah. Kenapa?"
Fitri geleng..
"Kata busy tapi sempat baca naskah." Aidil bangun dari berbaring. Tablet ditayangkan dihadapan wajah Fitri.
"Saja nak tambah ilmu, kau tengok. Banyak kes rogol, penculikan, rompak. Macam sekarang, topik hangat di news ni adalah pengitip ataupun stalker. Banyak orang dah kena sekarang ni, jadi kau pun perlu berjaga-jaga." Jari Aidil laju sahaja slide ke tepi untuk menunjuk setiap butiran akhbar online itu.
"Seramnya, eh! ini kan kerja polis, tentera bukan terlibat pun tapi awat hang sibuk nak kaji kes-kes macam ni?"
"Tak semua benda PDRM boleh selesaikan, contohnya penculikan berdekatan sempadan. Kebanyakkan akan di ambil alih oleh TDM, sebab mereka lebih arif selok belok di sana."
Padat dan ringkas penceritaan Aidil tapi.. satu pun Fitri tak faham.
"Kau faham tak?"
Macam dah boleh agak dengan reaksi si Fitri sebab itu Aidil bertanya.
Fitri senyum dan menggelengkan kepala.
Aidil melepaskan keluhan.
"Setiap unit uniform mempunyai kepakaran dalam bidang yang berbeza."
YOU ARE READING
DARIN's [C]
General FictionDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022