"Hai, Tuan Aariz wife!!" Panggilan baru tiap kali Fitri berjumpa Syakir selepas peristiwa Aidil memperkenalkan dirinya sebagai 'Nashwa Fitri's husband.'
"Tak payah la panggil saya macam tu."
"Suami awak pun perkenalkan diri dia macam tu kan.." Cemberut wajah Fitri.
"Abang!" Fitri tersenyum mekar melihat susuk tubah tinggi yang membelakanginya itu.
Wajah ketat milik Aidil menjadi hiasan pandangannya.
Serious memanjang Daddy shark Du du ni..
"Lambat sampai." Berdiri sahaja Fitri dihadapannya terus dahi bersih itu dicium tanpa hiraukan Syakir yang ada dibelakang Fitri.
Fakhrul dan Fateh yang berdiri disebelahnya pun dipulaukan macam tu aje.
"Dah ada anak nanti, tak ada nya bini kau tu nak hantar bekal hari-hari." Perli si Fakhrul.
Bercakap melalui pengalaman yerr..
"Kalau cemburu tu cakap aje la. Biar aku beritahu bini kau untuk hantar bekal tiap hari." Sambung Aidil, wajah Fakhrul dikerlingnya.
"Jom, Fateh.. biar dia orang ni." Bahu Fateh ditumbuk sebelum berlalu pergi.
"Aku yang tak bersalah pun kena ke? Oii! Zarul sini, kau nak pergi mana tu."
Mata Zarul kerling jemari Fitri yang bersulam dengan jari jemari Aidil.
"Sabaq sat!" Berlari anak Zarul mengejar langkah Fateh dan Fakhrul, sempat dia tegur Aidil.
"Abang kena on duty lagi ke?"
"Ye sayang, insyaallah tak lama. Sayang jangan nakal-nakal tau, nakal dengan abang tak apa." Dahi Fitri dikucup sekali lagi.
Menyeringai Fitri dibuatnya. Habis merah muka..
"Berapa hari?"
"Tak sure.." Fitri jatuhkan kepala beberapa kali. Mengerti.
Dah terbiasa di tinggalkan, nama pun bermadu dengan negara.
"Fitri balik dulu tau, tata." Kekura Aidil dikucup sayang. Fitri lambai-lambai tangan depan wajah Aidil sebelum menapak pergi.
Aidil memerhati isterinya yang kian jauh dari pandangan.
Senyum seorang yang bergelar SHARK tersungging dibibir lelaki itu.
"A loving woman..." Ujar Aidil masih memandang belakang tubuh isterinya.
"She is mine." Kini tatapan seorang pemangsa memenuhi iris lelaki itu. Tepat memandang mata seseorang..
***
"Kau yakin nak turun dari sini? tinggi ni.. jatuh tak sempat mengucap."
"Apa guna ada alat keselamatan yang canggih?"
"Lagipun tak ada pilihan, lelaki tu makin aggressive." Baju kalis peluru dirapikan pada tubuh. Buckle ditarik kejap dan dikemaskan.
Perlahan-lahan tubuh dijatuhkan dari tingkat atas.
"1.2...3" Kiraan bermula dari Fateh.
Prang..
Bersepai semua kaca, sebelum mereka masuk kedalam bangunan tersebut.
"Datang dekat perempuan ni mati." Markas khas yang dijadikan sebagai tempat simpanan dadah.
Tanpa banyak cakap. Wajah lelaki dihadapan mereka sudah dipenuhi dengan cairan merah bermula dari dahi.
"Nice shot.." Lantas remaja perempuan yang dijadikan tebusan tadi berlari kebelakang salah seorang ahli mereka.
YOU ARE READING
DARIN's [C]
General FictionDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022