Aidil renung jam tangan yang melilit pergelangan tangannya.
"Fakhrul kau balik malam ni jugak ke atau esok pagi?"
"Esok, dalam pukul 4 pagi aku gerak balik. Anak aku demam. Kau kenapa, dari tadi aku dengar gelabah semacam."
"Fakhrul, boleh tak aku masuk pejabat esok pagi. Aku..aku tertinggal barang." Dari tadi dia rasa hatinya tidak tenteram.
"Aikk? asal pula. Bukan kau dah bertolak ke?"
"Sebenarnya aku tak sedap hati tinggal Fitri seorang diri. Aku kena patah balik ni."
"Kau dah jauh bertolak ke?"
"Tak."
"Ikut kau la, asalkan esok kau datang tepat pada waktu. Kalau tidak, menanggung la kau kena bebel dengan panglima."
"Ye! sebenarnya tak sampai 10 minit pun aku bertolak." Akui Aidil.
"Kau dah kemaruk sangat ni."
"Sudah la. Aku end call dulu." Aidil tamatkan panggilan dan satu lagi panggil dibuat.
"Assalamualaikum Fitri. Rio macam--"
"Aidil!!!"
"Fit--"
"I got her first..what a good girll.."
Aidil mengetap bibir mendengar ujaran lelaki itu. Pedal minyak ditekan selaju yang boleh.
***
Pintu rumah Fitri dirempuh masuh oleh Aidil tanpa sebarang salam.
"Fitri!!" Panggil Aidil kuat. Suaranya memenuhi segenap ruangan rumah itu.
"Fitr--" Mata dia tertacap pada note yang tertampal pada hadapan pintu bilik Fitri.
"She is beautiful, lucky for me.. I will come again to claim my rights again later."
"Hak apa sial!!" Berombak kencang dada Aidil sesudah membaca note tersebut.
"Fitri? Nashwa Fitri kau buka pintu ni.. Ni aku Aidil kau buka pintu ni Darin.."
"Darin?" Masih senyap.
Aidil perlahan-lahan memulas tombol pintu itu sebelum daun pintu itu dikuak sedikit..
"Allah.." Aariz Aidil memalingkan tubuhnya semula kebelakang.
Perlahan-lahan dia memalingkan semula tubuh ke arah Fitri yang hanya dibaluti sehelai sehelai kain batik..
Dengan nafas yang tidak teratur dia melangkah ke arah Fitri yang tidak sedarkan diri itu. Selimut diselubungkan penuh tubuh gadis itu sehingga ke kepala.
Tidak mahu melihat walau sehelai rambut wanita itu.
Jarinya meraba pada pegelangan gadis itu dengan penuh berhati-hati, apabila sudah dapat Aidil meletakkan jarinya pula pada pegelangan itu bagi mengesan nadi gadis itu.
Lemah.. denyutan nadi gadis itu sangat lemah. Aidil teduduk pada birai katil. Senyap..
Dia terlambat..
Betul ujarannya, bagaimana mahu menyelamatkan negara kalau seorang wanita sahaja dia tak mampu lindungi.
Aidil sendiri tidak tahu dimana tempat gadis itu didalam hatinya sehingga dia berasa sangat sakit apabila melihat keadaan gadis itu.
Aidil menarik kain yang menutupi wajah wanita itu sehingga paras leher. Dia menatap lama wajah pucat gadis itu. Lebam pada pinggir bibir dan pipi.
Terpejam matanya, sakit.. hati dia sakit.

YOU ARE READING
DARIN's [C]
Fiksi UmumDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022