Cahaya yang menerjah masuk ke dalam kornea mata membuatkan dia terpisat-pisat membuka mata.
"Anak dah bangun?" Aidil pantas bangun dari perbaringan.
"Arh!!" Bahunya dipegang..
"Elok-elok, nanti terbuka jahitan tu. Tak pasal nak kena jahit lagi sekali. Kalau kali ke dua, itu bermakna pakcik kena jahit hidup-hidup la sebab tak ada ubat kebas." Aidil terus jegilkan mata terkejut.
'Jahit hidup-hidup?!' Pakcik itu ingin mendekat tetapi Aidil menjauh.
"Jangan takut. Pakcik yang selamatkan anak di tepi tasik tu, nasib tak dimakan dek buaya." Terang orang tua itu.
"Saya dekat mana pakcik, mana kawan-kawan saya?"
"Anak ada di rumah pakcik, isteri pakcik terjumpa anak, terdampar ditepi tasik semasa hendak mencuci pakaian."
"Kawan-kawan..."
"Kawan-kawan saya mana pakcik?!" Aidil langgut memandang tepat ke dalam anak mata lelaki tua itu.
"Jadi, kamu ke askar yang dikatakan hilang tu? Askar yang datang 3 minggu lepas, pakcik dengar dah pulang, yang ada sekarang ini askar yang betul-betul bertugas menjaga kampung orang asli ni.." Terang orang tua itu.
"Dah balik?" Berkerut dahinya.
"Iye, hampir seminggu anak tidak sedarkan diri, makcik lah yang rawat kamu." Aidil anggukkan kepala.
"Terima kasih pakcik."
"Alaa, sekadar rawatan kampung. Pakcik tak berani nak hantar kamu ke klinik.. sebab masih ada pemberontak yang terlepas dan tengah berdendam dengan askar yang hilang tu, iaitu kamu.."
"Dah beberapa kali mereka berkeliaran mencari kamu. Dia orang tengah buru kamu sekarang.." Cerita pakcik itu.
"Orang kampung tahu kamu masih hidup tapi dia orang terpaksa berbohong mengatakan kamu kemungkinan dah mati di baham buaya sebab tak nak pemberontak jumpa kamu. Bahaya untuk kamu dan kawan-kawan kamu." Aidil anggukkan kepala, dia kembali berbaring. Penat..
Tetapi dia teringatkan sesuatu.
"Baju saya mana pakcik?" Dia pandang semula lelaki tua itu.
"Pakcik terpaksa bakar untuk hapuskan bukti." Mata Aidil terus meluas.
"Dekat mana pakcik bakar." Dengan pantas Aidil bangun tetapi terhalang apabila sakit pada tulang rusuk kirinya pulak.
Tubuhnya diperhatikan..
Badannya penuh dengan balutan. Lengannya ada kesan calar dan gigitan, ini mesti kesan dari pergelutannya bertarung nyawa dengan buaya semasa jatuh ke dalam tasik.
Tidak lupa kaki yang melecur akibat letupan tempoh hari. Kepalanya pedih.
Kawasan dahi dipegang. Ada kesan panjang pada bahagian kening.
Mesti parut kesan letupan..
Tak hensem dah muka aku!
"Hati-hati, nak. Jangan risau, cuma baju aje yang pakcik bakar. Ini barang kamu, semua ada dalam kotak kayu ni." Sebentuk cincin dihulurkan kepala Aidil.
Syukur.
Dia selongkar lagi apa yang ada didalam kotak itu.
Gambar..
Gambar perkahwinan mereka.
"Terima kasih Pakcik." Air mata jantannya sudah menitis. Syukur tidak hilang.
"Kamu dah kahwin?" Aidil mengangguk.
"Dah ada anak?"
"5 bulan, masih dalam kandungan."
YOU ARE READING
DARIN's [C]
General FictionDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022