cp-4🐏

1.8K 105 7
                                    

Pejam jelik, dah seminggu berlalu.

'Apa lah nasib, nama aku dia tidak suka.'

'Walaupun nama Fitri ni unik, tetapi aku sendiri pun tidak suka. Dah macam nama lelaki!'

"Fitri dah ada boyfriend?"

"Jodoh masih sesat Aunty." Ringkas balasan Fitri

"Bagus la tu. Nanti aunty hantar rombongan mengejut, Fitri terima la ye?"

"Erhh?" Senyum janggal.

"Ma, kenapa tanya soalan macam tu? Aidil, Marry this 'anak syurga' ?" Jari telunjuk di hala betul-betul hadapan muka Fitri.

Ada yang jadi 'Train to Busan' kejap lagi. Mahu hilang jari aku gigit.

"Aariz Aidil...tak baik halakan jari pada wajah tetamu."

"Sorry Ma." Anak mama sangat.

***

"Aku dengan si JERUNG tu. Opss sorry, not my type."

Bila ingat balik cara Aidil lemparkan senyuman itu, rasa macam nak layangkan penampaq!

Senyuman sinis yang mempamerkan gigi taringnya itu.

Arh!! geramnya rasa hati.

Renungan matanya yang tajam seperti HELANG, boleh tahan menggerunkan.

"Kan dah jadi animal planet sekarang ni, segala jenis binatang keluar. Nasib aku tak judge perangai dia macam binatang." Ujar Fitri seorang diri. Pen ditangan dimasukkan ke dalam mulut.

"Tapi okay la dari sejenis beluncas kan? Eee g--."

"Ha!!"

"Hang ni.. cuba gempaq sekali lagi, aku nak baling mug ni." Mawar senyum tak bersalah.

"Kau ni berangan aje kerja."

"Bestie...berangan orang lain buang masa, tetapi berangan bagi aku membawa untung, bestie. Hang tak nampak aku tengah karang buku baru sekarang?" Fitri halakan komputer ribanya betul-betul dihadapan wajah dia.

"Wow! bagus la kerja kau ni duduk rumah pun duit masuk, untung la berbakat, kalau aku ni memang tak sanggup dah nak hadapi masa berbulan-bulan tulis senaskah buku aje."

"Nak buat macam mana ini ja hasil pendapatan aku sekarang. Course masa study lain, kerja lain. Daripada aku menganggur lebih baik aku layan minat aku."

"Betul! Aku sokong kau. Kau bila nak balik kampung ni?"

"Malam ni lepas isyak kot."

"Bahaya la balik malam-malam ni."

"Aku dah biasa jadi lone ranger. Apa ada hal. Wat lekk sudah."

"Cakap besar."

"Eh mana ada. Aku cuma bina confident diri. Bahawasanya seorang wanita itu boleh hidup tanpa lelaki."

"Weh Adam sentiasa untuk Hawa tau. Bergitu juga Aidil untuk Fitri. Kalau tak, tak raya la kita."

"Banyak la hang. Hang dah pi hantaq adik hang ka?"

"Kau nanti keluar kunci semua pintu tau, aku hari ahad baru balik. Hati-hati balik nanti."

"Aku balik sini hari ahad juga. Hang tu balik Kelantan elok-elok."

DARIN's [C]Where stories live. Discover now