"Maksud kau?"
"Hang buat aku rasa keliru."
"Aku tak tau niat asai hang nikah dengan aku, tapi aku dah mula taruh sedikit harapan dalam perkahwinan ni."
"Tapi, awat hati aku perit untuk terima hakikat sebenaq yang hang nikah dengan aku sekadar menutup malu keluarga aku?"
Air mata yang mengalir setitis tadi sudah berhenti mengalir..
"Aku...aku tak ada jawapan untuk persoalan kau."
"Aku tak ada jawapanya. Aku cuma nak kau jadi milik aku, Fitri."
"Untuk apa?"
"Aku ada buat salah dengan hang ka, awat hang sanggup nikah dengan aku? hang nak balas dendam? ka hang nak sakitkan hati ex hang dengan gunakan aku? Kalau hang tak boleh move on, jangan nikah dengan aku, jangan mainkan perasaan aku. Aku tau aku dah tak sempur--"
"Sudah Fitri. Aku tak nak kau ungkit benda yang dah lepas."
"Aku nak kau berpegang pada ayat aku ni, suatu hari nanti aku akan ceritakan semuanya, tapi bukan sekarang, mungkin juga kau akan dengar dari buah mulut orang lain. Ingat, tidak semua kebenaran itu indah didengari. Mungkin cepat, mungkin lambat."
"Kau kena ingat sesuatu, Aariz Aidil yang ada depan kau ini juga mungkin akan pulang dari kerja dalam keadaan bernyawa, dan mungkin juga hanya jasad. Atau, hanya khabar sahaja."
Fitri terkaku..
Apabila Aidil hendak bangun dari menindih tubuhnya, laju sahaja Fitri rangkul leher itu.
"Apa maksud ayat terakhir tu?" Aidil senyap.
Apabila Fitri tarik dia mendekat, Aidil tahan tubuhnya dari merapat.
"Apa maksud dia?" Soal Fitri lagi
"Setiap tutur kata seeloknya berkias supaya tiada hati yang terguris. Aku rasa kau tak sebodoh itu untuk faham apa yang aku maksudkan."
"Kau maksudkan, Camilla?" Sekali lagi Aidil cuba lari dari soalan itu.
"Dia sekadar umpan." Balas Aidil. Berkerut-kerut dahi Fitri.
"Tepilah aku nak--" Fitri halang Aidil dengan mendakap tubuh si suami. Ditarik tubuh itu merapat sehingga hidung mereka berlaga.
Fitri gesel bibirnya dengan bibir Aidil. Hanya dihujung.
Provoke!
"Aku warning kau Nashwa Fitri--"
"Touch you." Fitri cium rahang kiri Aidil.
"Feel your touch." Fitri kucup kedua pipi Aidil.
"Accept your touch." Fitri tarik tangan Aidil dan tapak tangan Aidil diletakkan di pipinya.
Dapat Fitri rasa tubuh itu sedikit menggeletar. Semakin memberat tubuh Aidil diatas tubuhnya.
"Kau nak apa?" Soal Aidil tegas. Tetapi tangan masih dipipi Fitri, sesekali diusapnya.
"Tolong aku Aidil." Aidil renung anak mata cantik milik Fitri.
"Tolong aku lupakan semuanya, sentuhan lelaki itu, tragedi malam tu. Semuanya, tolong aku lupakan.."
"Tolong.. tolong buatkan aku ingat sentuhan suami aku aje, aku nak ingat sentuhan lelaki yang selayaknya. Sentuhan suami aku."
"Aku boleh lakukannya, tapi bukan malam ini, Darin. Kau penat, aku pun penat. Aku tak nak sentuh kau dalam keadaan macam ni."
YOU ARE READING
DARIN's [C]
General FictionDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022