cp-27🐏

299 17 3
                                    

Aidil terjaga apabila bahunya digoncang seseorang. Eii! minah sebelah ni ada yang aku flip atas katil juga kejap lagi.

"Nak apa?"

"Aku lapar la Aidil." Aidil gosok mata.

Tadi nangis, sekarang lapar pandai pulak cari aku.

"Habistu kau nak aku buat apa?" Dalam keadaan mamai macam ni. Hilang terus panggilan 'abang' yang dia ingin terapkan.

"Jom pergi makan. Aku nak makan ayam goreng."

"Ayam apa malam-malam ni. Sejak bila aku kahwin dengan musang ni? Tidur la." Aidil tarik selimut membelakangi Fitri. Dia penat dan mengantuk, sudah la baru pulang dari kerja.

Fitri tahan sebak. Kita lapar.. mulut dah tercebek-cebek, nak mengadu tapi nanti kena marah lagi.

Nak ayam goreng Uncle Din..

"Tadi hang kata sayang aku, ni ajak makan ayam goreng pun tak oleh! aku tak mau dah hantaq bekai kat hang!" Rungut Fitri. Tiap hari dia hantar bekal pada Aidil tak pernah dia mintak balasan. Ini ajak makan pun payah.

Betoi la orang kata, sebelum dapat, semua kita mintak dapat. Lepas dapat, semua kita mintak tak dapat!

Hmpp!!

Semua salah Mawar, siapa suruh dia pergi tunjuk dekat aku kedai yang tengah viral sekarang.

Fitri usap perut yang dah berbunyi dengan pelbagai nada.

Lapar.

Sakit hati.

Sakit hati apabila mendengar dengkuran dari Aidil.

Macam badak!

"Ibuuu." Mengogoi Fitri seorang diri di atas katil. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia sedih sangat sekarang ini.

"Kau dah kenapa ni?" Rimas pun ada.

"A-ak..aku lapar, Aidil.." Makin deras esakkan Fitri. Siap pakej sedu-sedu lagi. Macam baru lepas kena rotan.

"Yang kau nangis bagai nak rak macam aku baru lepas tumbuk kau ni asal?" Aidil dah gerutu. Digosok-gosok paha Fitri. Ingatkan berjalan rupanya lagi deras esakkan itu.

Apa yang manja sangat ni?

Tadi nangis sebab Aidil makan takoyaki dia. Sekarang nangis nak ayam goreng tengah malam pulak?

"Ya Allah. Sayang kenapa ni?"

"Aku lapar."

"Ye aku tahu kau lapar. Tapi nak makan apa?"

"Nak ayam goreng Uncle Din." Sedikit terbutang mata Aidil.

"Malam-malam macam ni? tak payah kita sambung tidur." Aidil tolak  badan Fitri untuk kembali berbaring, ditarik tubuh itu untuk bersandar pada dada bidangnya.

Sedu-sedu masih ada dan tangisan masih tak reda walaupun hampir 15 minit Aidil pujuk. Makin tak jalan gamaknya.

"Hey.. sampai bila nak macam ni. Esok aku kerja la." Aidil pandang Fitri yang bangun dari baringan.

"Nak pergi mana?"

"Tadi kata nak tidoq?"

"Ya la. Sekarang ni kau nak pergi mana?"

"Nak duduk depan TV."

"Buat apa?"

"Tak mau kacau hang tidoq la. Esok kan hang kerja." Allah. Aidil dah tepuk dahi. Merajuk ka ni?

"Ya la-ya la... kita pergi cari kedai tu, nama apa tadi? kau tahu kat mana?" Fitri angguk laju. Hingus yang meleleh dia lap dengan lengan baju.

"Pengotor. pergi tukar baju dulu baru aku bagi kau ikut aku." Fitri angguk, dalam sedu pun masih dia turuti arahan Aidil.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now