Aidil jeling Zarul tajam. Kalau jelingan itu boleh membunuh mesti dah tersiat leher Zarul.
"Sorry, bro. Malang tak berbau pulak masa la.. hang ni pun masa la nak rosak!" Zarul sepak tayar kereta bahagian hadapan.
"Kau sepak sampai tercabut lutut pun dia tetap tak berjalan. Benda dah nak jadi, tunggu aje la sampai si Malaeq datang." Aidil buang keluh resah, dari siang hampir berganti malam.
Pin! pin!
"Assalamualaikum, Tuan!" Malaeq terus keluar dari kereta miliknya.
"Waalaikumussalam.." Zarul dan Aidil menyahut serentak.
"Jom, mesti Tuan berdua dah penat drive dari KL datang ke Kelantan. Kereta ni biarkan dulu, nanti kawan saya datang ambil."
***
"Aariz dah makan?" Aidil yang duduk di hujung tangga rumah Malaeq itu tersentak dengan teguran Ayah Malaeq.
"Pakcik.." Senyum segaris terhias dibibir.
"Kenapa tak makan, makcik cakap kamu tak makan dari sampai tadi sekarang dah gelap. Nanti sakit, Aariz." Soal Pakcik Talib dalam dialek Kelantan nya.
"Saya tak rasa nak makan."
"Tak boleh la macam tu."
"Isteri saya tak tahu la dah makan ke belum." Aidil buang pandang pada jalan kampung di hadapan rumah.
"Anak pakcik pun hilang jugak, Aariz. Pakcik pun rasa macam nak putus nyawa sekarang ini, itu satu-satunya anak perempuan pakcik. Tapi kita tak ada pilihan. Kita tak mampu buat apa-apa." Bahu Aidil ditepuk perlahan.
"Zarul mana, pakcik?"
"Tadi kata nak solat isyak." Aidil jatuhkan kepala, tanda mengerti.
"Insyaallah, tak ada benda buruk akan berlaku. Sedangkan nabi Musa pun tak tahu yang laut seluas lautan itu boleh terbelah daripada menghalangi laluannya. Nabi hanya tahu satu perkara sahaja.. Aariz tahu apa?" Aidil panggung kepala dan mata tepat merenung wajah tua itu.
"Hanya pada yang Maha Esa sahaja Dia patut takut. Tak ada yang mustahil kalau Dia mengatakan kun faya kun. Dan Nabi Musa percaya, Allah akan sentiasa membantunya.."
"Allah akan membantu umatnya yang dalam kesusahan. Mohon padanya, mungkin dalam sekelip mata pemintaan itu akan tertunai. Mahupun cepat atau lambat, ianya satu kepastian. Kadang Allah rindukan rintihan umatnya. Dia tahu, umatnya akan lupakan Dia apabila kesenangan di hadapan mata. Bila susah, baru hendak sujud merayu. Tapi itu bukan satu kesalahan, sekurangnya Dia masih menegur dengan berikan kita sedikit dugaan supaya kita sedar, Dia yang maha Esa itu wujud."
"Jadi jangan pernah sombong untuk memohon.."
"Sekarang Aariz naik, sucikan diri, ambil wudhuk dan solat. Jamah sedikit sebagai alas perut, rehat secukupnya. Pakcik yakin, semuanya ada hikmah." Bahu Aidil ditepuk dan ditekan sedikit.
"Saya faham, pakcik. Terima kasih."
***
Aidil tenung syiling zing itu, dengkuran halus dari Zarul diabaikan.
Macam badak!
iPhone miliknya dinyalakan, 2:38 am..
YOU ARE READING
DARIN's [C]
General FictionDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022