"Again?"
"I'm sorry. Abang tahu abang dah berjanji. Tapi kali ini abang terpaksa. Mereka perlukan bantuan abang." Tegas Aidil.
"Fitri pun perlukan abang sekarang.."
"Abang akan tinggalkan kami untuk jangka masa sebulan, abang! Abang janji abang akan balik tapi macam dulu lah."
"Tengok-tengok bukan tuan badan yang balik, baju ja, kan? itu yang abang nak, kan?" Perlahan sahaja air jernih itu mengalirkan meniti di pipi
"Fitri dah nak bersalin, abang.. 2 bulan ja lagi. Dah tak dak orang lain ka? Kenapa nak suami Fitri jugak." Fitri pegang kepala yang berpinar tiba-tiba. Bila Aidil mendekat dia menjauh.
"Sayang.." Risau Aidil melihat tingkah Fitri.
"Fitri penat la abang, penat tagih kasih abang. Abang sibuk dengan kerja abang, ni nasib dah tukaq pi unit lain. Kalau dak, mau 6 bulan sekali baru boleh tengok muka laki sendiri, kan." Fitri tergelak sinis.
"Fitri cakap, Fitri faham kerja abang. But why persoalkan semuanya sekarang?" Anak mata Fitri naik tepat menikam anak mata Aidil.
"Sebab saya faham lah, saya tak pernah paksa awak berhenti, Aidil." Fitri pejam mata, tangan berpaut pada dinding bilik. Nafas ditarik dalam sebelum dihembuskan.
Matanya kembali dibuka menatap wajah si suami. Butir jernih yang mengalir dikesat kasar dari pipi.
"Baik la kalau abang nak pergi juga.." Dengan langkah lemah, Fitri masuk ke dalam wardrobe.
Beg besar itu ditarik keluar dan di isi semua barang keperluan Aidil. Dengan berat hati baju itu disusun kemas. Aidil sekadar memerhati isterinya dari belakang.
"Sayang buat apa ni?" Senyap, tiada lagi balasan. Dia tahu isterinya tengah tahan sebak didada.
"Darin, abang tanya ni." Masih senyap.
"Dah, ini barang awak. Sekejap saya iron baju kerja." Iron board dan iron dibawa keluar. Dengan penuh kasih baju kerja itu di iron.
"Sayang buat apa ni." Kini tangan Fitri dipegangnya tetapi ditepis. Fitri hempas kuat iron pada iron board.
"Apa?!" Terus Fitri baling baju kerja yang sudah digosok itu ke tubuh Aidil.
Duk tanya banyak kali, pasaipa! tak nampak aku duk buat apa.
"Awak tidoq sini, saya pi tidoq dengan Affi.."
"Nak buat apa tidur dengan Melody. Tidur la dengan abang, esok lusa abang dah nak pergi, bulan depan pulak baru abang balik."
"Saya perlu biasakan diri tidoq tak ada awak, Aidil. Dah, pi tidoq." Tangan yang menahan tubuhnya itu ditepis.
"Sayang, kenapa cakap macam ni. Bahasakan diri saya awak." Aidil buang keluh.
"Abang tengah cakap dengan sayang ni, tengok muka abang." Nadanya tegas, tapi sikit pun Fitri tak hairan.
"Apa lagi, Aidil?!"
"Sayang kenapa? abang tanya tak boleh jawap elok-elok, yang nak melenting sangat ni kenapa?" Bengang juga bila ditanya tidak dijawap.
Tiba-tiba naik angin, marah.
"Apa yang tak elok lagi. Semua dah siap, kan."
"Tadi kata nak pi sangat, kan. Ha, pi ja la!" Fitri terus melangkah keluar dari bilik. Aidil ikut langkah kaki isterinya kemudian menghalang tubuh itu dari melintas.
"Apa lagi?" Soal Fitri.
"Abang tanya elok-elok ni, kan. Jangan bagi abang marah, abang pun ada kesabaran sendiri."
YOU ARE READING
DARIN's [C]
قصص عامةDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022