'special'

1.6K 105 17
                                    

Aidil berdehem sekali sebelum kembali fokus dengan aktiviti yang dilakukannya sedari tadi.

"Tak penat ke dari tadi duk situ aje?" Bukan Aidil tidak sedar Fitri duk mengendap dari tadi.

Awalnya memang tak nampak tapi dah menyorok pun dengan anak-anak.

Terjengul kepala Affi dan Afif disebalik pintu.

Aidil tersenyum, semestinya dia sedar kewujudan 3 orang kesayangannya itu.

"Tak dak apa aih. Saja usya laki sendiri, salah ka?" Balas Fitri selamba.

"Papa." Aidil pandang Affi yang berdiri di sebelah Fitri.

Dengan mulut seolah ingin berbisik itu Affi buka cerita.

"Mama say. 'Husband mama hot'." Laju tangan  Fitri cekup mulut celupar si anak daranya.

Tak boleh simpan rahsia betul.

"Cakit la mama." Fitri sekadar letakkan jari telunjuk dibibir sendiri mengarahkan anaknya untuk tutup mulut.

Aidil tertawa ringkas. Tangan capai kain tuala kecil di atas yoga mat dan lap peluh yang ada di wajah dan lehernya.

Baru habis push up.

Aidil masih memerhati tingkah Fitri yang masih berbalah dengan anak daranya itu.

Nak tergelak tengok Fitri yang dah macam udang panggang itu, gelisah semacam, dengan wajah merahnya..

Sekonyong-konyong, Aidil mencampak kain tuala yang basah dengan peluhnya itu ke wajah Fitri.

Memuncung bibir Fitri dibuatnya.

"Abang ni!" Fitri bentak. Aidil buat tak kesah, dia gamit tangan memanggil Affi untuk mendekatinya.

"Papa hotkan, Melody." Ujar Aidil pada anaknya.

Afif sedang bermain dengan botol air papanya, sikitpun dia tak ambil tahu apa yang dibahas mereka.

Biasa la anak nombor 2.

Tak gitu?

"Yes.." Affi menyahut..

"Papa Lody, hot!" Naik menyampah jugak Fitri dibuatnya dengan dua beranak ni.

Aidil main jemari kecil Affi sebelum kembali fokus dengan Fitri yang masih berdiri dihadapan pintu.

"Duduk la sini." Aidil tepuk yoga mat itu. Masih ada ruang untuk Fitri duduk. Kalau tak muat dia alu-alukan aje Fitri untuk duduk atas pahanya.

Ahak!

Afif boleh letak tepi.

Tak gitu?

"Sayang buat apa dekat bilik gym abang?" Aidil tarik tubuh Fitri sehingga lutut mereka berlaga. Afif terlentok di atas bahu bidang Aidil.

"Saja. Nak panggil abang turun makan sebenaqnya.." Mata tunak memandang lantai.

"Nak join abang bersenam?"

"Tak nak, penat.." Terjungkit kening itu menerima ujaran ringkas dari isteri.

Penat apanya, dari lepas subuh sampai tengah hari dia tidur.

"Muiz nak!"

"Nak apa, sayang?"

"Uiz nak itut papa la, tatak nak utut cekali?"

"Tak nak. Kakak nak tolong mama buat cupcakes..jom mama." Tangan Fitri ditarik turun ke tingkat bawah semula.

Aidil pandang dua beranak yang melangkah turun ke tingkat bawah itu. Aidil pandang Afif dan Afif pandang Aidil. Sama-sama geleng kepala.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now