suka² update

318 17 6
                                    

Bam!

Fitri sepak bakul sampah yang ada berdekatan dengan kakinya.

"Uit! marah nampak.." Sakat Aidil yang sedari tadi memerhati si isteri.

"Diam lah!" Tersungging sengih dibibir. Aidil kerling ke kanan. Ada Afif.

"Papa ni, tak ade keje ke nak ganggu mama?" Soal Afif. Nak tersedak Aidil mendengar ujaran itu.

"Tak ada. Afif pergi ganggu kakak kat bawah. Papa nak tacau mama, ocey?" Sempat Aidil mengajuk cara percakapan anak terunanya.

"Tak matang betul la papa ni."

Pftt!!

Aidil pandang hadapan.

Seronok Fitri gelakkannya.

"Anak kata bapak sendiri tak matang!" Makin sakan Fitri hemburkan tawa. Siapa tutup-tutup mulut lagi. Bahagia betul gelakkan aku.

"Muiz pergi main dengan kakak. Sibuk betul budak ni." Aidil tolak Afif keluar dari bilik kerja Fitri.

Klak!

Siap dikunci lagi tombol pintu.

"Habis dah gelakkan abang?"

"D..dah" Fitri usap birai mata.

"How's your day?"

"Biasa-biasa ja." Ringkas balasan Fitri. Hilang stres nya bila si suami dah balik.

"Tadi kenapa? sampai sepak bakul sampah bagai." Aidil tarik Fitri agar masuk ke dalam pelukkannya.

"Nothing. Manuscript kena tolak dengan penerbit. Dia orang kata tak cukup bagus. Hello! Fitri tulis story tu selama 5 tahun tau. It's not a short period!" Geram Fitri dibuatnya.

Sesenang itu pihak penerbit tolak dia.

"Nah! maybe tak ada rezeki. Lain kali jangan marah sampai macam ni, tak elok anak-anak tengok. Tak elok juga untuk orang yang baru lepas pantang. Look at you, stocking tak pakai, rambut tak ikat bagi kemas.." Aidil perhati Fitri dari atas sampai bawah.

"Fitri dah habis pantang."

"Baru habis, selagi anak menyusu badan selagi tu abang nak Fitri pakai stocking dalam rumah. Badan nak pakai lama tau." Fitri muncungkan bibir.

"Mulut ni.. kalau degil macam ni kita duduk dengan ibu, senang sikit ibu nak pantau sayang dengan anak-anak. Kalau abang cakap bukan Fitri nak dengar." Laju Fitri geleng kepala.

"Tak mau!" Ngeri! mahu tiap hari dia kena luku dengan ibu.

Lagi kuat pelukkan Fitri ditubuh Aidil.

"Dah makan?" Fitri angguk.

"Kembar?"

"Dah. Affi jagakan adik-adik dia tadi." Fitri longgarkan pelukkan.

"Jom cari dia orang. Jangan nak berkurung aje dalam bilik ni." Aidil tarik tangan Fitri untuk keluar dari bilik kerjanya.

"Mama.." Afif tayang botol susu dihadapan muka pintu yang terbuka.

"Awat tak panggil?"

"Afif tak nak tacau mama buat work.."

"Jom, kita turun."

"Jangan nak dukung!" Patas Aidil lelar tangan Fitri.

"Aih! sayang lupa ke? sayang tak boleh angkat benda yang lagi berat dari kembar. Suka cari penyakit la dia ni. Nak kata baru beranak. Anak dah empat, ini--"

DARIN's [C]Where stories live. Discover now