"Kau okay, ada sakit dekat mana-mana tak? ke kau nak pergi tandas? nak makan? minum?" Fitri renung wajah Aidil yang berceloteh sedari tadi.
"Bila hang balik dari kerja? Rio mana? kita kat mana sekarang?" Aidil tenung dalam-dalam anak mata Fitri.
"Kau tak ingat apa yang dah terjadi?"
Fitri tak menjawap, matanya terpejam rapat dan satu persatu benda yang terjadi kembali berhubung ibarat puzzle yang hampir dilengkapkan.
Tubir mata memanas..
"Jadi mimpi tu betul la?"
"Kau mimpi apa?"
"Jujur dengan aku, Aidil!! semua tu betul kan?!" Suara Fitri memenuhi segenap ruangan wad.
Jarum iv drip yang terpasak ditangan kanannya direntap sehingga darah menintik-nintik.
"Allah, Fitri sabar.." Sudah tidak ada pilihan lain, Aidil terpaksa menolak Fitri agar terbaring dan menekan kedua belah tangan Fitri ke atas katil, supaya pergerakan yang kian aggressive itu semakin terbatas. Butang merah ditekan.
"Semua tu mimpi kan? tak ada apa-apa yang berlakukan? aku masih suci kan?!!"
"Jawap la, Aidil! hidup aku dah hancur!"
Dada bidang Aidil ditumbuk-tumbuk sepuas hati seolah dialah persalah pada malam itu..
"Darin, kau selamanya suci, kau selamanya sempurna, hidup kau belum hancur. Percaya cakap aku." Peganggan semakin kuat dicengkam di atas katil apabila gadis itu meronta-ronta.
"Hang tipu aku! kenapa nasib aku macam ni! kenapa Allah uji aku macam ni!! Aku tak buat salah dekat orang, tetapi kenapa Dia buat aku macam ni. Tak adil, aku benci Dia!!"
"Ya Allah, bawak mengucap Fitri.."
"Encik tolong pegang cik Nashwa, saya nak suntik ubat penenang." Salah seorang misi masuk kedalam wad.
"Ash-hadu anna la ilaha illa Alla wa ash-hadu anna Muhammadan Rasulu Allah"
"فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ "
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (ar-Rahman: 13).
"Mengucap Fitri tak baik cakap macam tu.."
Alunan zikir beralun lembut di cuping telingan Fitri. Tubuh itu sudah tidak meronta seperti tadi lagi. Perlahan-lahan tangan itu dilepaskan. Selimut Aidil tarik sehingga paras dada Fitri.
"Hang tak ada kat tempat aku Aidil. Sakit.." lembut suara itu. Air mata deras menuruni pipi.
"Yes, aku tak ada kat tempat kau, tetapi aku cuba untuk faham kau. Kalau diberi pilihan untuk aku merasai apa yang kau rasa dan jawapan aku juga sama iaitu tidak. Aku sendiri tak sanggup merasai benda itu."
"Macam mana suami aku nak terima ketidak sempurnaan aku nanti Aidil. Bagitahu aku.."
"Kalau bakal isteri hang senasib dengan aku, hang sanggup terima? hilang dara yang sepatutnya menjadi milik suami tetapi diragut oleh orang lain?"
Fitri nampak halkum Aidil bergerak-gerak seolah tidak mempunyai jawapan. Aidil tiba-tiba bangun kemudian meninggalkan Fitri berseorangan di dalam wad.
Sempat dia berpesan.
"Makcik dan pakcik baru balik tadi, mama aku pun. Nanti dia orang datang semula. Kau jaga diri nanti aku datang semula..."
"Maaf, aku tak ada jawapan untuk menjawap persoalan kau."
YOU ARE READING
DARIN's [C]
Fiksi UmumDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022