cp-44🐏

316 26 4
                                    

"Kau okay tak ni Nash, pucatnya muka. Ini nasib aku ikut, kalau tak? itu pun ada hati nak datang sendiri mak buyong ni." Bebel Mawar.

"Jangan membebel la, Mawar. Aku penat ni." Termengah-mengah Fitri sendiri.

"Okay tak ni? makin penat aje aku tengok kau."

"Okay, cuma panas la kat sini. Sekarang ni aku mudah berpeluh la, tak tau pasaipa. Aku kurang gula la rasanya, rasa mual, pening-pening sikit. Jom duduk sana.." Mawar memapah Fitri untuk duduk ditepi dewan.

"Kenapa ni, nak?" Makcik yang entah dari mana datang, menegur mereka bedua..

"Kawan saya ni kurang gula, itu yang pening.." Makcik itu meraba dahi Fitri, perut bulat itu juga diusap.

"Hm, ada air manis tak? bagi kawan kamu ni minum.."

"Tak ada la. Kedai makan dekat sini ada ke makcik?" Soal Mawar. Ada ke kedai makan kat kampung hulu macam ni.

"Ada tu ada, tepi sekolah sana. Ada kedai makan, sekadar nak beli air manis biasa-biasa tu... boleh la."

"Saya pergi beli. Kau tunggu sini." Arah Mawar. Fitri mencebik.

"Makcik masuk dalam dulu. Kamu jangan merayau pulak. Takut jatuh nanti." Fitri tersenyum.

"Baik, makcik." Bersama anggukan.

Anda percaya Fitri akan duduk diam?

Cip!! cip!!

Riuh terdengar siulan anak burung yang bersarang di dinding dewan itu. Dekat dengan syiling.

"Comeinya.." Sakan Fitri lihat anak burung itu mengambil makanan yang ada didalam paruh si ibu. Berebut-rebut.

"Si besar dan si kecil.. hmm kesiannya tak dapat makan." Mengumam sendiri. Yang kecik asyik terpicak apabila si besar hendak mengambil makanan.

"Eh! kesianya kat hang." Fitri bangun dan mendekati anak burung yang kecik tadi. Sudah jatuh dari sayang..

"Allah, keciknya.." Anak burung itu diambil dan diletakkan di atas tapak tangannya.

"Macam mana nak letak hang kat ataih tu balik?" Fitri garu kepala.

Ting!

Tiba-tiba rasa macam ada mentol kat dahi.

"Tunggu sat." Fitri letak anak burung itu di dalam poket baju kurung kedahnya.

Tangga yang tersandar pada dinding dewan di tarik sehingga berada dekat dengan dinding dewan yang terdapat sarang anak burung itu tadi. Mesti ditinggal lepas sahaja mereka memasang kain lentang.

"Kukuh kan?" Satu kaki di pijak pada ada tangga. Dua kaki.. tiga kaki.

Tersenyum lebar Fitri dibuatnya apabila dia dapat melihat kesemua anak burung yang ada di dalam sarang.

"Comeinya hampa ni!!"

"Here you go.." Anak burung itu diletakkan perlahan-lahan ke dalam sarangnya semula.

"Cip!!"

"Aduh!" Fitri terkejut apabila tangannya dipatuk oleh ibu burung itu. Tidak sakit tidak kuat..

Yang sedang-sedang saja~~

Tetapi mampu buatkan Fitri terkejut dan hilang keseimbangan.

"Allah!" Terasa kakinya kejang tiba-tiba.

"Cik!"

Buk!

Selamat!

"Degil!" Itu yang Fitri dengar selepas sahaja dia masuk kedalam dakapan seseorang.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now