"Aariz kerja di pangkalan Lumut ya?" Ayah memecahkan kebisuan di meja makan, hampir 15 minit tiada seorang pun yang berkutik selepas dimarahi ayah.
"Iya pakcik."
"Lama cuti?"
"3 bulan aje, sekarang tinggal lagi 2 bulan."
"Sebab itu saya nak dia kahwin cepat-cepat. Umur sudah 28 tahun." Celah Puan Ameena.
"Macam mana nak cari, Meena. Kerja enam bulan, cuti 3 bulan, aku rasa hang yang kena mencari." Puan Kaula menyampuk.
"Tak tahu la, Kaula. Anak teruna aku sorang ni dah tutup rapat pintu hati dia lepas aje bekas tunang dia buat hal dulu."
"Fitri ni umur dah berapa ye?" Soal Puan Ameena.
"24 tahun, anak aku sorang ni pun sama aje. Kerja, makan, tidur. Bila entah nak nikah nya."
"Nikah kan aje la dia orang ni." Fitri panggung kepala mendengar kata-kata Puan Ameena
'No!! nahin!!'
Jerit Fitri dalam hati.
"Ma!!"
"Apa? dulu Aidil kata tak kesah, asalkan mama suka kan. Sekarang mama perkenan dengan Fitri."
"Fitri terima ye?" Pujuk Puan Ameena.
"Tak nak, Akak tengah busy." Ringkas Fitri sambil memandang wajah ibunya.
"Habistu bila nak nikah?" Puan Ameena menyoal.
"Entah, kalau takdir memaksa." Fitri angkat bahu.
Pap!
"Sakit la ibu." Fitri usap bahunya.
Ibu senyum paksa pada Puan Ameena.
***
"Amboi hang majlis tunang dah macam nak nikah noh.."
"Tu la hang, orang masuk meminang tolak kalau tak boleh bersanding sekali." Seloroh Alia.
"Tak mau aku, jantan tu adik beradik dengan Crocodylidae hang tahu."
Alia sudah gelak terbahak-bahak. Bukan dia tak kenal si Zarul tu macam mana.
"Setakat menumpang nama bapak ja buat apa. Nasib keluarga aku bukan jenis memaksa apabila si Zarul itu masuk meminang."
"Lagipun aku yakin ayah tak akan terima. Baca ayat kursi pun tak lepas ada hati nak jadi Imam aku. Walaupun aku tak baik mana tapi mestilah memilih juga kalau nak bersuami." Fitri sudah membebel, geram melihat sepupunya itu ketawa.
"Dah jom cepat pihak lelaki dah sampai." Beritahu ibu dari luar bilik.
"Aku nervous la Nash.."
"Bukan nikah pun tunang ja. Lepas sarung cincin tu habis la."
Cantik cincin yang tersemat dijari manis Alia. Sempat lagi dia menunjuk cincin di jari kepada Fitri.
Hang tunggu nanti aku tuntut dekat suami aku.
"Cantikkan cincin aku."
Mereka sedang menyantap makanan dibawah khemah memandangkan majlis sudah habis, ramai tetamu sudah pulang.
"Hang tunggu aku tuntut platinum princess diamond cuts dekat bakal suami aku."
"Tinggi cita-cita kau." Fitri dan Alia pandang suara yang mencelah perbualan mereka. Jejaka itu dengan selamba tarik bangku dan labuhkan punggung disebelah Fitri.
YOU ARE READING
DARIN's [C]
Ficción GeneralDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022