"Is she the girl that mama told me about that day?"
Aidil senyap dan kepala dijatuhkan pada stereng kereta
"I believe in her with all my soul, Fitri. I am willing to accept her past story that she had been with her own lover. But she left me 2 days before we got married, Fitri."
Entah apa yang merasuk Aariz Aidil. Dia Mula bercerita serba ringkas. Mungkin itu yang terbuku dihati dia.
"Tapi itu yang terbaik."
"Dia tinggai hang 2 hari sebelum majlis. Bukan hari majlis. Tu point pertama. Point ke-2 bagus la tu dia yang tinggai hang sekurangnya hang tau perangai dia. Point ke-3 hang boleh jumpa yang lagi baguih dari dia. Point ke-4 dia tak layak untuk hang."
Aidil pandang Fitri lama, sebelum..
"Asal aku cerita dekat kau. Kau siapa?"
"Kadang-kadang cerita pada stranger lagi bagus dari cerita pada orang yang kita kenal, Aidil."
"Sudah la kau. Sebab aku kena hantar kau, aku nak kau belanja aku Laksa dekat pantai hujung sana." Sedap tu. Setakat laksa, apa ada hal.
"Okay ja, jom gerak."
***
"Hang nak dengaq satu pesanan dak?" Aariz Aidil yang sedap menjamu laksa itu panggung kepala, sudu dan garpu diletakkan.
Aidil tidak berkata apa, tapi dari gerak tubuhnya Fitri tahu dia sudi mendengar.
"Setia itu limited edition. Hanya ada pada golongan limited edition juga. Everyone can claim of having it. But not all can afford."
"Dari mana kau jumpa ayat tu?"
"Salah satu novel yang aku baca. Sweet jalan cerita dia."
"Cehh padan la sampai sekarang tak kahwin." Amboi mulut tak ada insurance.
"Cakap orang dia yang lebih."
***
"Hang nak pi mana ni kak pagi-pagi buta, kalau dak matahari nak terbenam balik baru nampak rupa."
"Nak pi tengok rumah la ibu. Dah lama tak pi tengok..jadi hutan belukaq dah apa."
Rumah pertama Fitri.
Semestinya yang berdekatan dengan laut. Buka sahaja pintu dah terdampar pantai. Sunset dan sun rises pun cantik. Sesuai dengannya yang suka pada ketenangan.
Banyak ilham untuk menulis novel baru.
"Akak pergi dulu ibu. Esok pagi aka balik la. Malam ni nak tidur sana. Dah lama tak tidur situ."
Sekali sekala kena tinggal di sana juga, takut nanti benda lain pula yang menumpang.
Kereta dipandu merentasi jalan kampung. Nasib la tidak jauh dari rumah ibu. Dalam 42 km dan kurang 28minit.
Sesampai di hadapan rumahnya.
"Lalang ni pun dah sama tinggi dengan aku." Cepatnya dia tinggi. 'Aku ni dah 24 tahun besar ni ja. Dia dalam 4 bulan dah besar aku.'
Rumah belakangnya masih jiran yang sama.
"Aik?" Fitri hairan apabila jiran sebelah rumahnya sudah berpenghuni. Hm, bagus juga. Tak la sunyi sangat.
Fitri hendak keluar dari rumah untuk mengambil barang didalam kereta.
"Eh?" Ada benda hitam mendarat dihadapan pintu rumahnya. Tadi rasanya tak ada kan? bila masa pula jiran sebelahnya sidai kain baju?
Dengan niat yang baik Fitri ingin pulangkan 'benda hitam' itu, baru sahaja diangkat.
"Astaghfirullah!! ei, tak ada rasa malu ka? Dah tau duk tepi pantai, angin mesti la kuat. Bila angin kuat mesti baju mudah terbang, yang dia pi sidai buta macam tu ja awat? Tak ada pengepit ka? sekarang ni mata aku dah tak suci!"
Laju Fitri ketuk pintu jiran sebelah rumahnya. DENGAN KUAT!
Bam!! bam!!
"Assalamualaikum, jiran sebelah..." Pagi-pagi Fitri dah memekik.
Tidak ada balasan.
"Tidoq mati ka?"
Akhirnya ketukan dihentikan apabila pintu dibuka.
"Hmm?" Belum sempat pandang wajah si empunya 'benda hitam' mata Fitri sudah bersarapan dengan tayangan tubuh tegap dihadapannya.
Laju mata ditutup, dengan bantuan tapak tangan kecilnya lagi.
"Astaghfirullah, apa dosan aku harini sampai banyak betul dugaan. Hello sedara, awak kalau sidai kain baju sila guna pengepit ya, tak pasai boxer awak terbang sampai depan rumah anak dara orang. Tak malu ka?"
"Lagi satu, dah tau ada orang bagi salam tu, sarung la baju. Dalam islam ada ajarkan cara menjaga aurat? ini dak, dengan pakai boxer ja pi buka pintu. Nak tayang kat siapa semua tu?"
Bebel Fitri.
Sunyi apabila bebelannya yang panjang lebar tidak bersahut. Dari cerlahan jari jemari, Fitri pandang hadapan.
WTfish...
Aku membebel punya panjang...
Rupanya tak ada orang? pintu rumah siap bertutup lagi?
Baru hendak mengetuk sekali lagi tetapi pintu itu kembali terbuka.
"Yes Darin? sekarang aku dah pakai baju. Hensem tak?" Fitri perhati jejaka dihadapannya yang tadi hanya berboxer. Sekarang dah tersarung baju dengan kain pelikat. Rambut messy yang tidak sesekali mencacatkan langsung rupa ciptaan tuhan itu.
"Dah habis scan?"
"Hang buat apa tangni?" Terkejut? semestinya, tetapi cuba dikawal.
"Rumah aku suka hati aku la. Kau buat apa sini."
"Ni rumah aku. Dan tu hang punya boxer. Hang angkat la sendiri." Fitri tunjuk 'benda hitam' itu.
"Kau tolong angkat jap. Bukan kotor pun, aku dah basuh." Gila mamat ni.
"Hang gila? Hang nak suruh aku angkat? Hang ingat aku bini hang ka apa."
"Habis kau kahwin la dengan aku."
"Eii tak kuasa aku. Tak ingin kuasa dua bila pikiaq balik hang jadi suami aku."
"Amboi mulut kau..macam baru makan peluru ehh..kau cakap la, silap haribulan nanti, muka aku ni yang kau tak lepas pandang. Ehh! kau fikir aku nak kau jadi bini aku sangat ke? sudah la garang macam singa betina."
"Erhh!! aku benci tengok muka hang."
"Ohh Darin. I hate you too.."
--------------------TBC..
12.11.2022
re-edit:13.10.2023
YOU ARE READING
DARIN's [C]
Fiksi UmumDarling 2nd book's [C] Code Name : SHARK's Start : 1 Nov 2022 End : 16 DEC 2022