cp-10🐏

1.7K 110 14
                                    

Siapa yang rajin ketuk pintu bagai nak roboh pagi-pagi ni.

Dengan malas Fitri berjalan lalu membuka pintu rumahnya dengan kain telekung yang belum dibuka. Lepas subuh dia terus rebahkan diri di atas sejadah. Nikmat..

Terbuka sahaja pintu, Fitri mengeluh berat melihat wajah saudara yang berada di hadapan muka pintu itu.

"Maaf, disini bukan kaunter hikmat masyarakat.." Pintu ditutup tetapi ditahan oleh kaki seseorang.

"Sekejap! aku nak minta tolong kau pegangkan kunci rumah aku. Kau tak balik kampung kan?"

Fitri menilik penampilan Aidil. Lengkap beruniform, paku di bahu sudah menunjuk pangkat yang disandangnya.

"Insyaallah tak balik. Awat? hang nak suruh aku curi barang dalam rumah hang ka, senang sikit, kunci semua ada."

"Kau ni, aku ada kerja. Aku nak kau jaga rumah dan anak aku sekali. Boleh?"

"Anak? hang ada bela binatang ka? kucing?" Fitri tergeleng-geleng.

"Mustahil." Dengan John pun takut, ada hati nak bela kucing. Nanti dia yang duduk dalam sangkar, bukannya kucing.

"Asal muka macam tu? kutuk aku la tu. Aku nak kau jagakan Rio." Fitri senyum mata padang binatang yang berada didalam sangkar kecil itu.

"Eh! mana tahu ni.." Aidil gulingkan mata. Menyampah cakap dengan perempuan ni lama-lama.

Fitri pandang haiwan itu, kakak tua putih atau nama ilmiahnya cacatua alba.

"Hang nak suruh aku jaga dia ni?" Aariz Aidil mengangguk.

"Yakin? Tak takut bila hang balik dia dah jadi masak kicap?"

"Fitri aku dah lambah, kau boleh tolong jagakan tak? Tak lama pun sehari dua aje. Dalam beg ni ada makanan dan buku cara penjagaan, berapa kali kena bagi makan dan main dengan Rio."

"Aku ingat tuan dia ja dah menyusahkan, rupanya binatang peliharaan dia pun dua kali lima ja."

Aidil letakkan burung kesayangannya itu sebelum dengan pantas beg besar dikakinya tadi digalas.

"Aku pergi dulu, kau jaga anak aku ni elok-elok sebelum kau aku kurung dalam ni."

"Aku tahu la. Tapi kalau dia cerewet sangat aku tak teragak nak rejam dia dalam kolah rumah aku."

"Kalau kau berani kau buat la."

"Ehh! aku memang beran--" Percakapan Fitri terhenti apabila suara perut seseorang berbunyi. Bukan dari Fitri melainkan orang dihadapannya.

Aidil pegang perutnya sendiri.

"Hang tak sarapan lagi ka?"

"Belum, tak sempat. Aku dapat panggilan mengejut pagi tadi."

"Aidil kejap!!"

"Apa? aku dah lewat ni."

"Kejap la..." Bekas makanan pakai buang Fitri capai. Nasi goreng kampung diisi penuh didalam bekas itu.

"Ini ada juadah sikit." Nasi goreng yang dimasaknya pukul 5 pagi.

Maklumlah kerja sampai lewat malam. Lepas makan, solat subuh lepastu tidur atas sejadah. Nasib subuh masuk awal.

"Apa tu?"

"Jangan risau tak ada racun tikus."

"Thank you. Tapi asal dalam bekas pakai buang bagi la tupperware elok sikit.."

"Memang tak la aku nak bagi kat hang tupperware aku, lagipun bekas macam ni hang boleh buang lepas guna."

Aidil dilihat seolah menawan tawa.

DARIN's [C]Where stories live. Discover now